"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, November 1, 2011

Solid food for baby: When to start?

Oleh kerana Aliff dah nak masuk 6 bulan, Ummi sekrang tengah mempersiapkan diri nak kenalkan Aliff kepada makanan pejal atau istilah yg popular, solid food. Ramai yang bertanya kenapa 6 bulan baru nak bagi makan? Orang dulu-dulu dalam hari (pantang) pun dah bagi makan nestum atau pisang lenyek. Perkara ini lah yang sentiasa menjadi dilema kepada ibu-ibu muda sekarang ni. Pendapat orang lama-lama di sekeliling mereka bercanggah dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu selama 6 bulan pertama tanpa makanan tambahan (makanan pejal) termasuklah air masak. Bila nak ikut, orang lama-lama akan labelkan mereka sebagai ibu yang kejam, kesian anak dibiarkan berlapar.

Saya sangat suka nak kongsikan tulisan MommyLyna tentang Solid Food, baca la bagaimana Kak Lyna membandingkan situasi dahulu dan sekarang. Semoga ia membuka mata dan minda orang-orang lama. Saya quote kan di sini:


Kenapa kena tunggu sampai 6 bulan? Ye la, ada orang baby umur 2 hari dah bagi makan nestum atau pisang (biasanya orang dulu2), okay je.Benda ni sama lah macam kita ambil UPSR dulu, dengan adik/anak kita ambil UPSR sekarang. Otak manusia ni sama je, orang jenis yang sama tapi kenapa soalan lain2? Kenapa tak sama je dari dulu?
Samalah dalam bidang perubatan dan kesihatan, makin lama semakin banyak kajian dibuat dan semakin banyak teori yang dihasilkan. Jadi banyaklah perkara2 yang tidak diketahui pada zaman2 dulu, dah ‘dibongkar’ sekarang ni.


Ummi dan kawan-kawan Ummi selalu mendengar ayat-ayat begini, 'Alah, aku 6/9/10 orang anak, semua aku bagi makan pisang lenyek masa umur 3 hari lagi. Bagi depa kenyang senang sikit nak buat keja. Ni keja nak menetek ja. Macam mana nak buat keja?'

Ataupun, ayat ini, 'Anak dah 4 bulan, bagi la makan nestum dah, buh dalam botol tu bagi dia nyonyot.'

Kawan Ummi seorang nurse komen, "Hang nak tau, depa dulu bagi makan pisang lenyek la, nestum la, depa ingat baguih la anak kenyang, depa senang nak gheja. Ha, la ni yg penuh katil hospital sampai tak muat2 dah ni sebab depa ni la baby yg mak pak depa bagi makan awai sgt ni. Hang tau, penuh wad pakat diabetes la, sakit buah pinggang la. Tu yang kat wad baby tu, yang hang tengok penuh tu bukan sebab kuning ja. Ada hat mai usus pecah dah. Mau tak pecah baby tu mak dia bagi makan awai sangat. Tak sabaq2. Bagi la anak tu sesuaikan diri dulu. Ni dak, anak teqiak ja hampa kata susu takdak, baby tak cukup minum pastu pi bagi makan nasik. Terkejut la kot. Bab tulang baby lembut hampa ghejan sangat, bab usus lembut lagi hampa tak penah amik tau!" kwn Ummi ni org Kedah, haha... Sape tak faham tanya ek? Malas plak nak translate. Ni copy & paste chatting dgn dia.

Macam yang MommyLyna cakap, sekarang dah macam2 kajian yang dibuat, banyak benda dah reveal. Peraturan baru, dibuat berdasarkan zaman yang baru. So, orang lama pun kena terima cara baru ni...

Pendek cerita apa yang Ummi nak cuba sampaikan ialah, makanan dulu dan makanan sekarang dah tak sama. Kalau dulu diorang tanam tak guna racun pun, pokok tumbuh elok ja. Sebab tanah dah sedia elok. Sekarang ni macam2 asid ada di serata muka bumi ni. Asid2 ni dah pun mencemari makanan kita. Dengan kita pun agak tak sesuai apatah lagi nak diberikan pada bayi kecil. Ayam sekarang pun dah kena suntik nak bagi cepat besar. Ikan di laut pun orang taruk macam2 untuk kekalkan kesegarannya bila nak dijual. Kita diberi akal, fikir2kan lah sendiri.

Kenapa bayi bawah setahun tak sesuai dikenalkan dengan rasa masin dan manis (garam dan gula)? Sekarang dah banyak sangat penyakit kan. Penyakit yang membunuh ialah penyakit 3 serangkai, jantung, darah tinggi dan kencing manis. Berkaitan dengan gula dan garam kan?

Perbualan Ummi dengan seorang kawan juga seorang nurse.
Ummi: Kak, Aliff ni kan lagi 2 minggu nak masuk 6 bulan dah. Tapi kan kak, sekarang ni pun die dah tunjuk sign untuk makan. Kesian die kak asyik tengok je kitorang makan, cmne ek?
Kak N: Kalau sayang anak, jgn bagi makan lagi.
Ummi terdiam, dan kakak tu memahami.
Kak N: Dia akan tunjuk keinginan nak makan sebab kita selalu makan  depan dia, ofkos dia akan nak merasa. Kajian dah dibuat, majoriti usus baby matang masa dia umur 6 bulan. Mungkin ada yang matang lebih awal tp we never know that sebab tu yang kat dalam, kita tak nampak. Biarlah kita ikut majoriti, xperlu nak tanggung risiko. Macam org cakap, 1 dari 10 wanita akan mengalami kanser ini. Adakah 1 itu kita atau org lain, we never know, kan?
Ummi: Kalau baby pramatang mcm mana plk?
Kak N: better consult dgn paed. Apa yang akak faham, baby pramatang perlukan penjagaan rapi, penjagaan yang lebih berbanding bayi biasa. Kalau susu ibu perahan pun, cara penyimpanan tak sama dengan bayi cukup bulan. Susu kita untuk anak kita tahan 4-8 jam pada suhu bilik tapi untuk bayi prem ni, susu perahan tahan 2-4 jam je.

Ummi harap entry Ummi ni dapat memberi sedikit info kepada ibu-ibu muda yang nak memulakan solid food. Bak kata seorang bteman, biarlah kita menjadi ibu yang mengurangkan pesakit2 kronik di hospital di masa hadapan. WallahuA'alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

3 comments:

zahra_wardah said...

salam. k.syira bg anak susu bdn je ke? ank sy hisap smpai habis susu tp mcm x kenyang2 pn... klu boleh xnk bg susu tepung... tp mcm x cukup susu je..

Unknown said...

amboi shira..

pjg kemain bebelannya... ;)

rasanya ramai dah ade kesedaran ni.. cuma kalo di kg2 tu memang ade yg dlm pantang dah bg baby makan.. kesian kan..

MamaYatie said...

yup..setuju..mmg ada yg kata akak skema, tp akak percaya pada kata doktor, tunggu smp usus depa bersedia..yg pasti tak leh la gedebuk terus kan, slowly rasa , cuba & makan

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi