"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, April 9, 2012

Aliff warded sebab makan racun serangga

Iye, Mujahid kecil Ummi ni telah mendebarkan jantung semua orang di waktu Maghrib, hari Rabu, 4/4/12 dengan mengutip kapur racun serangga di bawah mesin basuh dan makan, kunyah lumat... Hadoi! Ummi panik sangat2 masa tu sbb Abah takde, belum balik kerja, Nanny gi masjid, Anas plak dok merengek nak susu.

Masa kejadian Ummi tengah sibuk nak siap nak masak di dapur. Tengah siapkan bahan nak menumis sambal nak sumbat dalam ikan cencaru. Anas pulak merengek mintak susu. Tinggalkan Aliff sekejap. Biasanya dia suka duduk kat grill dapur sambil tengok2 kat luar. Masa dah dengar azan Maghrib, nak tutup pintu dapur terkejut tgk Aliff tengah makan kapur racun serangga tu. Rupa racun tu lebih kurang macam ni lah, 


Baca tagline racun ni pun dah seram. Masa tu Ummi nangis je, panik tatau nak buat apa. Telefon rumah dipotong oleh TM sbb salah faham (ni satu hal, kite mintak TM buang internet, die gi buang line telefon terus). Handphone dalam beg tangan tapi Ummi panik sangat lupa letak handbag kat mana. Lambat jugak baru jugak handbag, call Abah, call Nanny. Lepas tu Achik datang, masa tu Aliff ok lagi. Ummi masukkan ikan dalam peti balik, yang lain semua tinggal camtu je kat dapur. Terus amik wudhu', solat Maghrib, Abah balik, solat pastu terus Abah pecut kete ke KMC. Sampai kat sana diorg suh gi GH plak sbb diorg takmo terima kes cam tu. Pecut kete gi GH. Oh ya, setengah lps Aliff makan racun tu die muntah.

Sampai kat GH, diorang cek & for sure Aliff kena tahan sbb diorang nak observe 24 hours. So, malam tu bermalam la kami berdua di wad 5B Hospital Sulatanah Bahiyah.Alhamdulillah keadaan dia memuaskan lepas die muntah tu. So, dah boleh balik lps 24 hours di HSB.






Hai la Aliff, jangan buat camtu dah ye sayang... Jangan la kutip2 masuk mulut. Ummi & Abah dah make sure takde barang atas lantai, yang mudah Aliff capai, tapi ade je benda dia jumpa... Yang tu Abah dah sorok bawah mesin basuh sbb situ banyak sangat semut, lipas, cicak tp Aliff yang jumpa. Hadoi la...

Orang bagi petua suh tabur halia, kalau dia kutip, rasa pedas2 dia tak mengutip masuk mulut dah. Nak tengok reaksi Aliff makan halia?

Lagi die suka ade la, haha....



Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
us-kecik

17 comments:

eima said...

alhamdulillah
bahyanye ....
tp kadang tu mende nk jd kan .. wluopun kite ibu bapa ni dah elak mcm2 ....
tak pe anggap sebagai pengajaran ....

nad said...

astaghfirullahal'azim..!!
naseb baik akak cepat perasan

alhamdulilah sume selamat..

Unknown said...

Ya Allah..seriaunya!
mujur takde pape..syukurlah.

mama salmi said...

alhamdulillah takde apa2. Anak ist saya aliff dulu tak suka mengutip. tp tengok gaya adiknya, adam ni mcm ada talent. Anak buah saya ada sorang mcm ni. Yg bestnya jari dia tu mudah nk bagi benda kat lantai lekat di jari dia. mcm ada gam je. harap2 pasni takde dah anak2 kita mcm tu, amin..

fida farida said...

kelakar pulak tengok dia makan halia. suka dia makan halia.. petua tu x menjadi tuk dia lah.. hehehe..

VEE said...

Salam kenal..feel free to visit me back @ cerita-cinta-mommy.blogspot.com

anon said...

aduiii risaunyerr...itu nasib baik maknyer perasan... kalau tidak lagi bahaya...shukurlah xde apaper buruk jagi..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Risau benda2 camni lah kan....

Dia tak pedas ke dgn halia tu? Halia muda kot.. hehe...

mama salmi said...

Sorry out of topic sikit. Nk Tanya buat kitchen cabinet kt jitra kt mana yer? Tgh survey kc utk umh mak jgk kt situ. Tlg yer tq

Cikwa said...

uishh..bahye btul kan..nasib baik aliff takde pepe..btw salam ziarah..salam perkenalan jua..

@e_da said...

Mujurla tak apa2...org kata kalau termakan racun..cepat2 bg minum air kelapa ...


kisah alif mengingatkan kisah yg sama spt sy masa kecik...tp sy termakan racun tikus... meludah di tanah ayam yg makan...ayam tu tumbang pengsan... mujur sy tak apa2...abah panik bg minum air kelapa lepastu bawa ke klinik... nsb baik doc kata sy tak telan byk...dan air kelapa tu juga antaraa penyelamat..alhamdulillah allah masih panjangkan umur sy...

Mrs. Mel said...

salam kenal..

alahai comel betul anak awak... hehe. syukur alhamdulillah, takde yg serius.. berapa bulan ye?? harap pasni ummi dan abah lebih berhati2.. pengajaran buat saya n suami juga.. :)

Unknown said...

alamakk bahayanye..tu yang takot ngan baby kalau main2 sorang2..anak saya aritu..terlepas pandang..dia makan makanan kucing sebiji..nasib sempat korekk

Hazelsyd said...

uishh bahayanyer... thanks for this entry..buat peringatan kepada saya ni yg new mom. Saya dah link kan my blog.

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

Alhamdulillah xde ape2 .. teringgat kat anak member minum minyak kete huhuhu..

Ummi AmnaAmzar said...

Sama ngn ank ummi ni.. Sgt suka jilat benda2 yg jenis serbuk..paling ketara bedak la.. Adoi.. Xubah2 perangai dah 2 taun 6 bulan pon.. Huhu

Cik D momy the ZAs said...

Salam ziarah. Lama dh ummi x blog. Apa cite anak2z

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi