"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, May 26, 2009

Vaksin 2 bulan untuk Anas

Hari ni Anas dah 59 hari, esok genap 2 bulan... Hari ni appoinment Anas untuk vaksin umur 2 bulan. So, pagi2 Ummi, Abah & Anas bersiap nak ke klinik kesihatan... Before that, Ummi & Abah breakfast dulu... Roti canai segera je... Ummi tak leh nak makan sendiri coz pangku Anas tgh tido... So, Abah suapkan Ummi... Wau! Sayang Abah Anas!....

Sampai je kat klinik kesihatan, mak ai, ramainya orang! Tapi yang ramai2 tu, ibu2 mengandung dtg wat pregnancy check-up... (Teringat time Ummi dok berulang gi pregnancy check-up masa mengandungkan Anas dulu)... Baby & kanak-kanak tak la ramai sgt...

Tak lama pun kami tunggu... Diorang cek berat & panjang Anas dulu. Hari ni berat Anas lebih kurang 4.55kg & panjang 58cm... Nurse tanya Anas ada masalah tak? So, Ummi cerita la pasal nampak mcm Anas selalu susah nak bernafas... Anas selalu jadi macam semput bila lepas minum susu Ummi. Kadang2 Anas jadi camtu bila Anas tersedak... Risau jugak Ummi... Alhamdulillah, Anas jadi time Ummi ada.. Risau pulak kalau Anas jadi camtu lagi time Ummi tak ada..

So, nurse cakap mungkin sebab susu Ummi terlalu laju dan banyak, so Anas tak sempat nak telan. Mungkin dia nak luahkan balik, tu yang jadi camtu... Apa pun nurse suh pantau lagi keadaan Anas, if bertambah teruk terus bawak jumpa doctor... Nurse nasihatkan Ummi suh perah dulu susu sblm bagi Anas minum... Tujuan dia untuk kurangkan 'kelajuan' susu Ummi mengalir...

Nurse cakap lagi, berat Anas naik sederhana ja bulan ni... Sepatutnya Anas kena naik berat 1kg, tapi ni naik 0.6kg je... Berat Anas masa lahir 2.8kg, 1st month 3.96kg, 2nd month 4.55kg je... Sepatutnya 4.8-4.9kg, ok la... Mungkin sebab Anas kurang nak menyusu sejak akhir2 ni... Kenapa ya Anas? Anas sedih ke Ummi dah nak kerja? Anas nak berlatih kurang minum susu Ummi ek? Jangan la camtu sayang...

Lepas check-up, Ummi gi buat 'Pap Smear' dulu... Tujuan ujian Pap Smear adalah untuk cek abnormalities ataupun perubahan sel2 tissue dlm rahim yg menunjukkan barah pangkal rahim or something yang boleh jadi barah pangkal rahim... More info about Pap Smear Sakit sikit la... Tak lama pun, kejap je... Nurse cakap result dia lebih kurang 2bulan lagi la... Lamanya... Biasa la, hospital kerajaan, mmg akan makan masa lama...

Lepas settle hal Ummi, baru bawak Anas gi cucuk... Ummi takut nak tengok, kesian kat Anas.. So, Abah yang pegang paha Anas, Ummi pegang tangan Anas supaya Anas tak terkejut... Masa kena cucuk, Anas nangis tapi kejap je... Kuat hero Ummi ni... Tapi Abah kata, sebab Abah ada Anas kuat... Betul kan sayang, Anas kena jadi kuat mcm Abah...

Lepas tu, Nurse bagi ubat demam. Kena makan immediately after kena cucuk. And kalau demam, kena bagi 6jam sekali... Harap2 Anas tak demam la.. Ummi sempat sempat ngan sorang aunty, dia bagi petua sapu vicks kat tempat kena cucuk untuk cegah demam.. Ummi cuba la...



Kesian anak Ummi dah lapar susu, sampai isap sarung tangan... Lepas cucuk, Anas kena puasa setengah jam... Merengek jugak la kawan, lapar... Ummi tak tahu kena puasa, kalau tak Ummi dah bagi minum siap2...

Sampai rumah, Anas tido je, senang Ummi buat keja hari ni... Tapi bila time makan Ummi, Anas mula merengek macam selalu... Lapar + mengantuk... Hehe... Anas ni bila nak tido, dia suka ada something dalam mulut dia tapi bukan susu... Dia minum susu Ummi sekejap je buat ubat tido dia, bila dia dah tido, dia akan 'marah' sebab susu dok masuk lagi... So, Ummi & Abah terpaksa la bagi puting...

Anas demam jugak la... Paha Anas, tempat cucuk tadi bengkak sikit... Nangis kuat bila Ummi terpegang paha Anas... Ummi cek suhu, 37.7... So, Ummi amik napkin, basahkan & jerlum badan Anas, kat pelipat2, tuam kat tempat bengkak & letak napkin basah kat kepala Anas... Alhamdulillah, Anas tido balik dengan selesa...


Ummi & Abah sayang Anas

2 comments:

~Kekasih hati Bonda~ said...

salam..
petua bonda rizmi...
time rizmi kene cucuk dok pesan..
jgn tuam ur sapu ape2 kt tmpt cucuk rizmi..
nnt lagi teruk...so..bonde rizmi x sapu ape2 pun...
biarkan je tmpt cucuk rizmi tu...
jdik....pehe rizmi ok n sihat jeee...:)..

~Kekasih hati Bonda~ said...

dah besar dah anas...
bdn pun dah semangt...:)..
comelll....

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi