"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, January 25, 2010

Ummi sakit gigi

Assalamualaikum putera Ummi & Abah sayang? Apa khabar iman Anas hari ni? Semoga Anas sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, Yang Menciptakan kita... Sentiasalah perbaiki diri kita agar menjadi hamba yang dikasihiNya... Dalam mendidik Anas, Ummi turut mendidik diri Ummi kerana Ummi bukanlah manusia sempurna dan kadang2 Ummi malu dengan diri Ummi sendiri...
Anas sayang, Allah izin, gigi Ummi sakit sejak Jumaat baru2 ni... Sakitnya, Allah bagi Ummi rasa sakit sangat sampai ke kepala... Moga Allah ampunkan dosa2 Ummi dengan kesakitan ini...

Anas, di dunia ni Allah bagi tiga peringkat kesakitan yang dirasakan paling sakit. Yang paling ringan antara yang paling sakit tu ialah sakit gigi, kemudian sakit bersalin dan yang paling sakit ialah sakit mati...

Dah lama sangat Ummi tak rasa sakit gigi... (Hm, Anas mesti la belum pernah rasa skrg ni sbb masa ni Anas belumada gigi lagi, agak lambat gigi Anas tumbuh... Takpe, Wan cakap, lambat tumbuh, lambat la rosak...) Tiga hari Ummi sakit gigi, akhirnya Ummi buat keputusan nak korbankan gigi Ummi yang sakit tu sbb gigi tu takde function. Gigi tu agak mengganggu pipi Ummi yang chubby ni, dan dia takde kawan. Gigi tu kat atas, ujung sekali, tapi takde kawan atau lawan nak mengunyah sebelah bawahnya, sebab tu la agak sakit. Lagi pun, gigi tu sama paras je dengan gusi, memang la agak mengganggu... So, Ummi decide untuk cabut gigi tu. Pagi tadi Ummi gi Klinik Pergigian Lim, cabut gigi. Sampai sekarang masih terasa sakitnya... Adoiiii!

Hm, dah hilang sakit gigi dan kepala tu. Sekarang ni cuma sakit pedih kesan cabut tu je la... Darah pun tanak berhenti lagi... Huhu, tatau la nape....

Ummi & Abah sayang Anas!

7 comments:

Nurul Izza said...

akak cabut wisdom teeth ke? kata doc sini, mmg gg tu xde fungsi.jd disarankan cabut.dahla susah nak jaga sebab duk belakang sekali kan.iza hampir nk cabut ms preggie dulu, tp xjd..sebab takut sakit sgt.tp org sini kebykan cabut

Aliff Imran said...

Ash..u mkn aiskrim..i dlu cabut gg, doktor tu suh makan icedream nk bg darah tu benti..and at the same time gusi kiter pun kebas²..so dier xla sakit lagi..
try mkn ais krim...

Ummi Shira (AshAnas) said...

::izza::
ha'a, gigi yg plg manja tu... dulu hubby cabut dah, die suh cabut gak tp sbb ok je, tak sakit, mls nak cabut... sekali dh sakit cmni, kena gelak la ngan die... hehe..

::mamanoa::
tu la, i mmg minum ais n mkn aiskrim je... tp manja nya lah gusi nih...

ezan said...

aduh.. xsukanya kalo sakit gigi... serba xkena rasanya..

mama uzma said...

huhuhuu
x sanggupnya la iena klu berkaitan ngan gigi ni...
mmg fobia gi klinik gigi..sanggup tahan sakit tuh dari pegi...
moga cpt sembuh ye

Nadiah Sidek said...

kalau tak berhenti lagi darah tu keluar, gi la klinik gigi balik. rasanya palin lama pun dalam sehari baru darah berhenti

shakeymirza said...

shakey pun tgh derita sakit gigi..
dapat surat tu refer hosp operate buang..tapi shakey ngeri..tahan je la...huhuhuhu

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi