Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Tuesday, July 26, 2011
The best parking
Nukilan Ummi & Abah buat anak-anak kesayangan, Anas & Aliff
Monday, July 18, 2011
Nak tukar nickname
Dan perjalanan breastfeed adik Aliff pun bermula....
Nak tahu, lepas je bersalin, cuma 3 kali Anas nak menyusu. Lepas tu dia sendiri takmau dan cakap susu Ummi rasa lain. Sekejap cakap masam, sekejap cakap manis. Yang pasti die tanak & buat muke pelik sbb susu dah berubah rasa.
Mesti korang sume pernah dengar orang tua2 ckp masa mengandung takleh menyusu anak sbb nanti takde susu untuk adik.. Kan? Dan abang/kakak takleh kongsi susu dengan adik. Selalu kan dengar camtu. Lagi satu orang cakap kalau dah mengandung nanti susu kering. Ummi sepanjang mengandungkan Aliff, Anas memang menyusu je. Gi mana2 memang tak pernah bawak fm. Anas memang takmo minum fm kalau dengan Ummi. So, gi berjalan pun memang die menyusu je.
- Orang cakap bila mengandung susu akan kering. Alhamdulillah, susu Ummi cuma makin berkurang tapi tak kering. Cukup untuk Anas. Buktinya, Anas tak pernah mengamuk tak cukup susu. Lagipun dia dah boleh makan macam2. So, tak perlu risau die tak cukup zat makanan.
- Orang cakap tak boleh menyusu anak masa mengandung, nanti adik tak dapat susu. Dari apa yang Ummi alami sekarang, Aliff lagi cepat besar dari Anas, sekarang sangat la debab. Dan susu Ummi sekarang lagi banyak dari dulu.
- Ada lagi orang cakap, kalau menyusu anak sampai nak bersalin, nanti kesian kat baby baru lahir tak dapat kolostrum. Tapi Alhamdulillah, itu masih mitos dalam penyusuan. Faktanya, kolostrum Ummi untuk Aliff ada sampai hari ke-10, susu kuning pekat.
- Ada jugak yang cakap, abang/kakak tak boleh berkongsi susu dengan adik sbb diorang amik hak adik. Ummi mmg tak tandem nurisng tp kawan2 Ummi cakap, susu makin banyak bila tandem nursing sbb demand tinggi. Kan konsep penyusuan susu ibu ni ialah demand & supply. Bila demand banyak, kilang akan berusaha lebih untuk supply lebih.
Wednesday, July 13, 2011
Aliff kena prolonged jaundice
Monday, July 11, 2011
Pengalaman bersalin (Aliff)
11 Mei 2011 - Lepas Subuh, doc dtg buat VE, masih 4cm. Doc cakap, kena bersalin terus sbb bukaan dah ada tapi lama sangat dah (dah lebih 2 minggu masa tu). So, kul 10 masuk labor room. Terus pasang alat CTG, masa tu contraction dah makin kerap and kuat. 5 minit sekali. Nurse buat VE sekali lagi, alhamdulillah dah 5cm, then doc dtg pecahkan ketuban. Lepas tu baru la rasa sakit sangat (sblm tu sakit sikit je). Doc decide suh induce by drip (pitocin) utk cptkan bukaan dan bagi kuat contraction. Lepas tu nurse suruh Ummi tido sekejap sementara belum betul2 sakit. Masa tu boleh tahan lagi. So, Ummi rest jap.
Mmg lambat sangat nak buka. Kul 10am masuk, dalam kul 12 lebih baru rasa contraction kuat sangat. Tapi OS baru 6cm. Ummi mintak painkiller lepas tu boleh la tido lagi. Dalam kul 3 terjaga sbb dtg sakit yg tak berhenti, 40 saat sekali kot. Masa ni bacaan CTG dah tak normal. Ummi disuruh tido mengiring sbb jantung baby lemah. Nurse cakap tido mengiring boleh kurangkan sakit. Tapi sama je sakit, mmg tak tahan. Setiap kali sakit, tangan tergagau2 cari Abah nak peluk. Lepas tu nurse suh Ummi amik gas Ethonox (tekup kat hidung & hidu sampai kurang rasa sakit). Rasa cam susah nak sedut sbb ade tiub oksigen dipasang kat hidung (nak bg oksigen kat baby). Memang lentok lali lah amik gas tu. Tapi sakit tetap sakit.
Sungguh kali ni Ummi betul2 rasa sakit nak bersalin. Masa Anas dulu Ummi tak rasa sbb amik epidural. Masa dah sakit sangat, nurse cek lagi, baru 8cm. Tapi seriously, gesaan nak meneran rasa sangat2. Nurse tak bagi Ummi meneran lagi. Tapi Ummi memang dah rasa kepala baby dah nak keluar sangat2. Sampai satu tahap nurse terpaksa tahan dgn tangan. Siap cakap ngan Ummi jangan teran lagi, doc tak sampai lagi. Ummi cakap la Ummi tak teran pun tapi dah rasa nak keluar sangat2... Huhu, mmg sakit sampai terjerit. Ummi nampak Abah tapi tak mampu nak tatap wajah Abah. Nak cakap kat Abah sakit yang teramat sangat. Nak tatap wajah Abah bagi kurang rasa sakit. Tapi sungguh tak mampu. Bila doc sampai, Ummi terus push. Disebabkan takde pengalaman meneran (masa Anas dulu meneran tapi tak rasa sakit, so kali ni cam tak tau nak meneran, boleh tak... huhu), tiga kali baru berjaya. Tu pun Ummi hampir2 nak surrender. Dengar je doc cakap sikit je lagi, nak tarik kepala, Ummi terus tarik nafas dalam dan push sampai habis. Elok je baby keluar,terus hilang rasa sakit... huhu... Baby selamat dilahirkan jam 3.31pm.
Bila doc tunjuk baby kat Ummi, wau, tembamnya, patut la susah nak push, hehe... Baby Aliff masa lahir ade problem sikit. Baby tak nangis. Nurse cakap mungkin Ummi terlebih hidu gas, so, baby lali sama... Huhu.. Nape tak cakap de kesan kat baby jugak... Abah tak dapat azankan baby terus. Lepas sejam baru dapat azankan baby. Lepas tu baru baby dibawa ke labor room untuk breastfeed ngan Ummi.
Subhanallah, Ummi letak je kat dada, baby terus mencari dan menyusu macam dah pandai. Kuasa Allah, baby baru lahir diberi ilham untuk minum susu ibu. Ummi dan Abah bersyukur sangat. Menitik air mata Ummi sebab ni first time rasa baby menyusu masa Ummi masih dalam labor room. Hilang semua rasa sakit.
Kebetulan, lepas Ummi bersalin, ade dua org ibu yg kena tolak ke OT sbb baby sangkut & lemas. Petang tu saja 6 orang ibu yang nak bersalin dalam labor room tu. So, 3 jam lepas bersalin baru la Ummi ditolak masuk ke wad. Tapi Ummi rasa fresh sangat. Rasa happy. Masa bersalin kat Anas dulu, disebabkan Ummi amik epidural, lepas bersalin terus rasa kesan dia. Ummi pitam dan tarik masa nak pegang Anas, 3 jam lepas bersalin. Masa lepas bersalin pun terus tido je. Bersalin kat Aliff ni Ummi sangat ceria lepas bersalin.
Kat KMC tak boleh rooming-in dgn baby. So, everytime nak menyusu, Ummi kena turun ke nursery. Ummi turun setiap 2 jam tapi nurse cakap baby tido. Diorang suh Ummi datang bila baby bangun je. Diorang akan call Ummi. Yang tak puas hatinya, kdg2 3-5 jam baru diorang call padahal bukan ke kena breastfeed baby setiap 1-2 jam? Layanan kat KMC ok, kecuali bab rooming-in and breastfeeding tu. Yang geramnya, bila Ummi turun, baby tanak menyusu, macam dah kekenyangan. Bila Ummi tanya, diorang cakap diorang dah bagi air masak semnetara tunggu Ummi turun. Hadoi, memang sakit hati sangat2! Padahal Ummi dah request untuk fully breastfeeding, kat baby cradle pun dah tempek note fully breastffeding & no bilik Ummi. Yang bagi air masak nurse yang senior plak tu. Ape guna tampal poster ttg penyusuan susu ibu. Semua poster ttg eksklusif bf tanpa air masak ada dalam nursery tu. Apa gunanya? Ini la yang Ummi risaukan nak bersalin kat private hospital ni. Ada Ummi mention dalam entry ni. Ummi pernah suarakan kebimbangan itu and it happened to me. Private hospital masih susah nak amalkan konsep hospital rakan bayi... Poor Ummi & Aliff. Anas too...
Ummi dan Aliff dah leh keluar esoknya tu. So, 12.05.11 Aliff dah balik rumah... To be continued...
P/S: Usia Aliff dah masuk 2 bulan, Alhamdulillah. Nanti Ummi akan update lagi ttg Aliff yang sangat chubby...
Sunday, July 10, 2011
Selepas 60 hari
Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards
Anas-Ummi-Abah
Anak susuan AshA's Family

Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi