"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, December 9, 2009

Demi Anas sayang...


pics taken from here

Semalam, masa ngepam mcm biasa utk EBM stok Anas for the next day, takdelah rasa pedih, sakit etc... tapi selesai ngepam je, Ummi terkejut sangat tgk breast shield spectra3 ummi tu banyak darah. Then baru perasan n****e Ummi luka. Banyak jugak la, sbb basah darah sehelai tisu putih itu... Panik jap tapi Alhamdulillah darah tak masuk dlm susu... Ummi tingat petua sapu susu kat tmpt luka utk cepat baik, so, Ummi wat camtu la... Mudah2an cepat la baik...

Ummi dah rasa pedih2 ni since Anas de hobi baru, suke2 nak geget Ummi masa menyusu... Tapi takde la sampai luka... Agaknya sbb selalu Anas wat cmtu, lama2 bahagian yg lembut tu pecah. Then bila guna pam letrik, terus luka. Sekarang Ummi fobia jap nak pam letrik. Tapi Ummi lupe bawak manual pump dtg ofis. So, terpaksa la tahan jap bengkak susu ni sampai ke petang. Ummi gi gak kat Anas lunch td, tapi Anas baru sudah makan bubur, masih kenyang & tanak bf... So, kena la tahan sikit. Basah jugak la baju Ummi... Huhu...

Anas sayang, memang pedih masa Anas menyusu tapi demi anak Ummi sorang ni, Ummi tahankan jugak walaupun ada la keluar air mata sikit tahan kepedihan tu... Demi Anas, Ummi rela berkorban, berjuang walau Ummi sendiri kesakitan, asalkan Anas kenyang... Ummi tahu Anas lebih suka direct bf & Anas tanak langsung minum dari botol. So, Ummi berkorban sikit untuk anak Ummi dapat minum...

Lebih sedih lagi, di kala sakit mcm ni, Abah takde dgn kite, dah 2 malam Abah bercamping kat Wang Mu, Perlis... Ummi sedih la sikit sbb Ummi takleh nak genggam tangan Abah utk tahan sakit & Abah tak leh usap air mata Ummi... Hehe... Tapi kan, tengok Anas lena lepas menyusu, Ummi sangat senang hati... Masa nyusu Anas, Ummi tanak fikir sangat kesakitan tu, so Ummi fikir hal2 lain sbb rasa sakit tu kan datang dari otak jugak. Bila signal tu dihalang, Alhamdulillah, Ummi dah tak rasa sakit lagi dah...

pics taken from here

Kat bawah ni Ummi nak share info dengan kawan2 Ummi tentang p****g melecet ni. Mungkin posisi menyusu Ummi salah. Sebab perut tak bertemu perut. Apa yang Ummi baca, perut ibu kena bertemu perut baby ketika menyusu... Tapi kan Anas ni, kalau meniarap pun leh menyusu...

Copy from MyHealth for life

Puting melecet

Sebab-sebab:

  • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
  • Teknik penyusuan yang tidak betul.
  • Penjagaan puting yang tidak betul.
  • Faktor-faktor lain;

    1. Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
    2. Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Rawatan

  • Jangan hentikan penyusuan
  • Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
  • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
  • Tidak perlu gunakan losyen.
  • Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan

  • Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
  • Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
  • Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
  • Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
P/S: nak kena pam pakai tangan gak ni... tak tahan sakit bengkak susu ni... huhu...

Ummi & Abah sayang Anas!

9 comments:

mama uzma said...

shira
iena kena masa uzma baru 2 hari..masa tu kat spital lg...
nurse dtg tanya iena nya tu luka ke..iena pelik tanya la knp..dia kata baby td muak susu ada darah..terkejut iena..sian sgt kat baby masa tu..salah iena agaknya x tau cara betui nyusukan baby..pastu en abg belikan puting plastik tuk tekap kat iena puna tu..alahai...demi anak kan sakit perit mcm mana pun sanggup hadapi..

yatie chomeyl said...

insya Allah bila Anas dah besar nanti, dia mesti hargai susah payah shira menahan kesakitan demi memberi yg terbaik utk anas

Nadiah Sidek said...

safiyyah ada gk la duk menggigit tp jrg sekali la. huhu..mmg sakit! dh ada gigi..tau2 je la. bila dia gigit tu mmg terus tarik keluar dr mulut dia

hope luka shira tu cepat sembuh..

Ummi Shira (AshAnas) said...

::iena::
betul tu, sakit cmne pun, demi anak sanggup tahan...

::kak yatie::
begitulah hendaknya...

::kak nadiah::
anas kan blom de gigi, tp dh nk tumbuh kot... skali dia gigit, dia sentap tarik mcm kita mkn daging liat tu... tu yg amat2 sakit... huhu...

ibu wawa said...

entry kali ni byk membantu akak masa menyusukan anak.

anas suka gigit2 sbb dia gatal gusi nak tumbuh gigi agaknya.

apapun akak respect semangat shira menyusukan anak sepenuh masa.

akak baru nak ikut jejak langkah shira...

ezan said...

anas mesti terharu bila baca pengorbanan shira ni nanti bila anas dah besar.. pengorbanan yang xterbalas utk kebaikan anas... tahniah..

thanks for sharing info pasal nipple crack tu.. :)

Suziey Ahmad said...

hmm seb bek xjadi susu bandung..hehe..bestnya bf baby,..dh lama xrasa..kena produce 2nd baby ni..n buat azam baru hehehe

Ummi Shira (AshAnas) said...

::ezan::
ameen, mudah2an...

::kak suziey::
chaiyok2 kak... dh ade no.2 nnti khabar2 le ke sini, hehe...

UmmiKhayra said...

Akak pun penah kena. Sekarang ni pun mcm nak kene. Cepat2 letak susu kita and buat kerap kali. Insyaallah, itu ubat yang mujarab.. :)

shira, time dah sakit2 ni, time ni la belajar perah guna tangan kan? Samala dengan akak.. :)

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi