"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, January 5, 2010

Perjalanan hidup ini... Welcome 2010!




Sudah hampir seminggu kita masuk tahun 2010... Belum terlambat rasanya nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2010... 2009 yang dah berlalu lu meninggalkan sgt byk kenangan, lebih2 lagi tahun 2009 adalah tahun paling happy buat kami sekeluarga dgn kelahiran putra sulung, Anas... Melangkah ke tahun baru ni, usia Anas sudah 9 bulan... Alhamdulillah, syukur sangat2 pada Allah kerana Dia masih panjangkan usia kita utk terus bersama, mengutip dan mengumpul bekalan ke 'sana'... Takutnya bila ingat mati dan akhirat... Seiring dgn pertambahan tahun, semakin singkat lah sisa kehidupan kita di muka bumi yang hanya sementara ni... Allahu Akbar!

Di kesempatan ni, Ummi nak amik kesempatan, sbbkan dah terlalu lama tak sempat nak update blog, Ummi nak story mori kenangan sepanjang tahun 2009...

JANUARI
Tahun baru 2009 yg lepas bermula dgn tidak begitu baik buat Ummi... Masih terkenang tika seluruh rakyat Malaysia tgh countdown utk tahun baru, Ummi terpaksa pergi ke ofis yg dkt dgn stadium (of course la sesak) sbb tertinggal bonus staff kat ofis... Takut hilang kena curi, kena la pegi amik jugak... (Sebelum tu kan, Ummi sempat belanja Abah western food + tom yam sbb Ummi dapat bonus... hehe...) Then, balik dr ofis dah hampir kul 1 pg dah... Ummi tido mcm biasa... (Ups, lupa plak, masa tu Ummi peknenkan Anas 6 bln, nk masuk 7 bln...) Then, masa kul 3-4 pagi Ummi sakit perut sangat2 sampai muntah2 sampai lembik la... Sbbkan tak larat sangat asyik muntah je, Ummi ajak Abah gi hospital Jitra yg dekat dgn umah... Kami gi kecemasan, Ummi kena tahan jap, masuk air... Then pukul 5pg, balik umah...

Esoknya tu balik Arau plak, Ummi still rasa tak sihat, lemah sangat badan... Nak dijadikan cerita, kami plan nak balik Jitra petang 2/1/2009... Tapi tetibe Ummi sakit perut yang termata sangat... Ummi yakin bukan nak bersalin tp sakit mcm gastrik... Sakit tu mmg takleh bergerak, then Abah usung lagi Ummi ke hospital Kangar... Ummi kena tahan 2 malam.. Huhu... mmg celebrate new year kat hospital je la masa tu... Sedih2...

FEBRUARI
Takde ape yang menarik sangat dlm bulan ni kecuali first time Abah & Atuk Anas celebrate besday sesama... Sbb Abah & Atuk Anas berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun je berlainan... Atuk 24 Feb 1958m, Abah Anas plak 24 Feb 1984... Tapi masa tu, kebetulan Atuk kena gi KL, so, Abah potong kek besday sorang2 je la... Huhu...


MAC
Bulan paling best dalam sejarah... Hehe... Ummi dijangka lahirkan Anas 2/4/2009 tapi Anas lahir 29/3/2009, sehari selepas majlis pertunangan Bunga... Alhamdulillah tak kecoh2 masa majlis tu, hehe...




APRIL
Of course la dlm bulan ni Ummi habiskan masa berpantang je... Tak syok la pantang lama2... hehe... Boring tp makan best!



MEI
Awal bulan Mei, Anas masuk wad 5 malam sbb asyik muntah2 lepas minum susu.Masa ni Ummi campur2 kasik Anas FM gak, genap Anas sebulan, Anas mula reject susu botol. Anas cuma nak bf je... Bila anas bf, tak de plak Anas muntah2...Kenapa Ummi kasik fm masa ni? Sejak baru lahir, nurse kat Mahsuri terus kasik Anas susu botol bkn bf Ummi terus. Then Anas nipple confusion, ms ni Anas baru selesa nak terima nipple Ummi. Susu Ummi pun agak kurang masa ni, bila pam, susah nak dpt hatta 1 oz... So, disebabkan Ummi masih bertungku, bidan kasik Anas minum botol sbb tanak bagi Anas kacau Ummi bertungku.. Tp tu la, genap Anas sebulan je, Anas terus reject botol dan fm n muntah2 lps minum fm... Sejak Anas kat wad, Anas mula bf je semata2...

Hujung bulan plak, genap Anas 2 bulan, Ummi & Abah bawak Anas gi KL, Selangor & Seremban,Penang sbb nak bawak Anas jumpa sedara mara Ummi kat KL/Selangor & gi majlis kawen kawan baik Abah kat Seremban & majlis kawen kawan baik Ummi kat Penang...




JUN
Ummi kembali bekerja setelah hampir 3 bulan bercuti (sebulan sblm bersalin, 2 bulan lepas bersalin)... Anas pun Ummi start tinggalkan kat nursery...


JULAI
Hm, takde ape sangat kot bulan ni,cuma musim buah, kat dusun Atuk tak bape menjadi sangat tahun ni...

OGOS
Anas menang Pertandingan Bayi Comel anjuran Koperasi... Pemilihan dilakukan through interview session... Alhamdulillah rezeki Anas walapun kami the last participant... Anas menang just because of he is fully breastfed baby... Alhamdulillah, full mark kat situ... Then, Ummi menang breastfeeding photo contest....



SEPTEMBER
Abah mula kerja sama2 dengan Ummi tapi Abah kerja kat site Kulim, Ummi plak kat office la...
Bulan puasa pertama Ummi as breastfeed mom, Alhamdulillah, Ummi tak menghadapi kesulitan utk teruskan nursing Anas sepanjang Ramadhan...
Dugaan paling besar dalam hidup Ummi datang malam Nuzul Quran dan seminggu sebelum raya...
First Aidil Fitri buat Anas.... Ummi buat sendiri baju Melayu Anas & menang contest Si Comel Berbaju Raya...
Tak dilupakan besday Ummi, hehe... Ummi dapat hadiah baju kurung dari Abah, set tupperware dari Wan, mesej clip dr Ucu... Thanks sesangat...



OKTOBER
Rasanya macam takde ape sangat... Oh ya, Ummi kena food poisoning tp gagahkan diri gi kenduri kawen kawan baik Ummi...

NOVEMBER
Start je cuti sekolah, berderet2 undangan majlis perkahwinan... So, weekend dihabiskan dgn memenuhi undangan je la... Sbb tu kdg2 sampai tak sempat update blog.. Sebabnya weekdays busy kat ofis, weekend plk sibuk kenduri kawen & malam harus melayan Anas yg semakin manja... hehe...

DISEMBER
Sama la, berderet2 kenduri kawen... Tiap2 minggu fully booked orang kawen... Hehe... Yang menariknya, kawan2 Ummi & Abah yang sama2 batch dgn kami kat MATRI dulu pakat pilih Disember utk menamatkan zaman bujang memasing... Tahniah buat semua!

Ummi & Abah sayang Anas!

6 comments:

Atiqah said...

kak shakira
moga tahun baru ni membawa lbh kebahagiaan dlm hidup kak shakira sekeluarga..

Ummi Shira (AshAnas) said...

::Atiqah::
thanks a lot... slmt menghabiskan study ya... gud luck!

f a i z a h 's said...

Besnya baca part menyambut org baru yakni insan kecil sbg pelengkap perkahwinan kita dan suami kn?xsabaq jgk nk rasa pengalaman fully breastfeed.... teruja~!! :D

Nadiah Sidek said...

9 bln dh anas ye. sama tempoh dia duk dlm rahim shira dulu. mesti still terkenang2, kn? happy new year buat shira sekeluarga!

Suziey Ahmad said...

hmmmm mcm2 kejadian wrna warni..ade sedih ade gembira..

Unknown said...

wah.. sinpsis cerita setahun... ;)

semoga tahun 2010 membawa sinar yg lebih baik utk shira & keluarga..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi