"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, September 27, 2010

Insiden paling memalukan sepanjang menjadi pengguna setia Touch n Go


~from google~


Panjangnye tajuk entry Ummi. Citenye tak la panjang sangat, cuma tebal muka je tahan malu, hadoi!

Kisah nya begini... Lepas keluar dari ofis tadi, Ummi singgah Petronas dulu isi minyak. Dengan bau petrol yang agak memualkan, cepat2 Ummi masuk kereta, cepat2 nak blah dr situ. Bau susah nak hilang la plak, buka tingkap sbb tak tahan nak muntah.

Kepala otak dok fikir, nak cepat2 amik Anas, pastu balik rumah karang takde sape. Ummi, Ayah, Angah & Kak Chik blom balik lagi. Abah Anas pun kat Kulim lagi. Dalam nak cepat tu tak perasan dah sampai kat tol. So, Ummi cepat2 amik kad TnG, nak touch & nak terus jalan.

Ummi tak perasan rupanya Ummi touch tu blom detect lagi. Tapi Ummi dah jalan. Dok heran la apasal palang tu tak terangkat. Pastu tgk lampu dok merah lagi. Hadoi, terpaksa la undur balik. Tapi banyak kereta la plak kat belakang. Huhu, camne nak buat?

Last2, dengan tebal muka dah 10 inci ni, Ummi pun turun dari kereta gi touch sendiri. Memalukan betul. Pakcik yang naik Perdana V6 kat belakang tu dah angkat tangan pegang TnG dia. Apa maksud dia? Dia marah Ummi ke? Dia nak cakap Ummi salah masuk lorong ke? Huh, Ummi betul la cuma terlajak je....

Lepas tu, Ummi terus pecut kereta jauh tinggalkan Perdana V6 tu... Memang sangat memalukan, huhu....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

7 comments:

transformed housewife said...

pakcik tu pun tak reti nak sabar sikit.

ibu_Arifa said...

ingatkan terlupa bawa kad tu tadi hihihi... tp kalo dah kena keluar turun kereta mcm tu pun sure malu giler kan..hihihi.. sib baik tak kena hon kan.

e.l.i.z.@ said...

aik? bila kuar p touch sendiri, palang tu terbuka pulak ek?

izzahazfar said...

kak,zah pun terkna pagi td...tp kad ditect..cuma jatuh..hahaha terpaksala buka pintu dan turun amik..hehehe

yatie chomeyl said...

kelam kabut punya pasal tu la sampai tak ter touch kad tu ye shira? hehe

Zaidah said...

nasib baik tak tersilap kad...klu kad bonus link ker buat sweep lagilah malu.....nasib baik tak ade alarmkan...

Unknown said...

heheheh... shira., ade gak kenangan mencuit hati... len kali kena alert... ;)

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi