"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Sunday, September 5, 2010
Kesal dengan Iklan Raya TV3 Sinari Lebaran
Ummi first tengok iklan ni hari Jumaat malam. Mmg terkejut sangat tengok iklan ni sbb nampak beca terbang dgn 'orang tua' yang datang jemput anak2 kecil naik beca terbang tu. Sebijik macam Santa Claus, dalam perayaan Krismas... Ummi mmg sedih dan kesal dengan iklan tu. Ummi nak blogging pasal isu tu malam tu jugak, tapi masa agak terbatas...
Apa yang pengarah iklan ni cuba sampaikan? Kenapa TV3 tak alert ttg isu2 yang menyentuh sensitiviti Muslimin di Malaysia dan seluruh dunia dgn tayangan iklan itu? Ummi kesal sangat dengan kedangkalan pemikiran penerbit2 iklan dan syarikat2 penyiaran dalam menapis dan menyiarkan tayangan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam dan dalam masa yang sama mampu memesong Aqidah orang Islam terutamanya kanak-kanak yang belum mengerti...
Terlalu banyak yang tersirat dalam iklan ini yang hanya mampu difahami oleh orang dewasa (yang melihat dengan aqal dan minda yang terang memahami Islam). Kanak-kanak?! Adakah mereka mengerti?! Tambahan pula, iklan itu sendiri dilakonkan oleh kanak-kanak. Jelas mereka akan keliru dengan Santa Claus di Aidilfitri!
Meh sini Ummi nak highlight kan satu persatu....
kenapa tulisan jawi/arab kat sini terbalik? kenapa perlu ada tulisan jawi/arab ini saat budak ni selak helaian ke gambar beca yang terus bercahaya tu?
kalian tentu tak perasan sangat babak ni, sbb budak tu cepat selak helaian ni. Tapi cuba kalian perhatikan betul2...
saat beca keluar dari buku tu, beca yang mirip kereta salji santa claus yg menjadi mitos perayaan krismas. kalau beca tu ganti dengan tikar terbang, tak jadi isu sangat rasanya...
Kesian pak cik yang berlakon iklan ni. Digambarkan sebagai 'santa' plak... Kenapa diorang pilih orang tua instead of orang muda ke, kan? Ini lah yang tersiratnya. Perlahan2 mereka yang jahil cuba meresapi minda kita secara halus. Tetapi hanya orang yang kuat Iman takkan terpedaya dengan dakyah2 mereka...
Kerusi warna merah? Tempat duduk beca bukan satu baris je ke? Kalian fikirlah sendiri....
sebijik cam Santa Claus kan? Hm, risau dah dakyah2 secara halus dari mereka2 ni...
pelita/cahaya keluar dari bunga... ada unsur perayaan deepavali la plak... hadoi!
Kuih bahulu terbang atas bunga teratai? Kenapa bunga teratai, yang menjadi lambang agama Buddha? Takde bunga lain ke?
Pendek kata terlalu banyak suntikan elemen2 agama lain dalam iklan Syawal ni... Memang la kita sekarang ni dinaungi gagasan 1 Malaysia. Tapi perayaan agama mana boleh dicampur aduk atau disatukan... Kita sebagai orang Islam dilarang sama sekali meraikan perayaan agama yang lain seperti Krismas, Deepavali dan lain2. Tapi boleh meraikan Tahun Baru Cina sbb ianya bukan perayaan agama tapi perayaan tahun baru untuk kaum Cina. Sebab tu mualaf2 Cina masih lagi meraikan Tahun Baru Cina, tetapi mereka tak meraikan pun perayaan2 lain yang berkaitan dengan agama Buddha dan sebagainya...
Kita yang dewasa boleh fikirkan yang iklan ni pelik, tapi kesian anak2 kita. Alhamdulillah ada jugak anak kecik yang boleh bezakan "Eh, macam Santa Claus la. Ni bukan ke iklan raya orang Islam. Orang Islam mana ada Santa Claus!" Tapi macam mana plak kalau ada anak kecil yang cakap camni, "Santa Claus pun ada jugak ek untuk Hari Raya kita?" Sedih tak dengar?
Ramai yang tak setuju iklan tu dipaparkan kan. TV3 pun dah remove video iklan tu dari facebook diorang. Harap dah takde ditayangkan kat TV3 lagi dah... Harap jugak lepas ni pihak TV3 dan Media Prima lebih concern, prihatin dan berhati2 dalam menyiarkan tayangan yang sebegitu....
kak wa tak tengok lagi iklan ni. memang ada unsur2 keagamaan dalam iklan ni. dari perayaan Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina dan akhir iklan baru keluar gambar ketupat untuk aidilfitri.
apa sebenarnya motif pengarah iklan? adakah nak menggambarkan unsur 1 Malaysia? ataupun ada unsur2 dakyah tersembunyi...
harapan kak wa semoga ibubapa dapat memberi penerangan yang sewajarnya kepada anak2 yang menonton iklan ini nanti.
5 comments:
kak wa tak tengok lagi iklan ni.
memang ada unsur2 keagamaan dalam iklan ni. dari perayaan Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina dan akhir iklan baru keluar gambar ketupat untuk aidilfitri.
apa sebenarnya motif pengarah iklan?
adakah nak menggambarkan unsur 1 Malaysia? ataupun ada unsur2 dakyah tersembunyi...
harapan kak wa semoga ibubapa dapat memberi penerangan yang sewajarnya kepada anak2 yang menonton iklan ini nanti.
kakyong pun tak perasan bila iklan ni ditayangkan..
almaklumlah jrg tgk tv.. anak2 asyik pasang dvd jer..
fara on xtgk iklan ni kat tv...tp td tv3 dh umumkan dorang dh tarik balik iklan ni....
odah pun xperasan iklan ni.br th citer dr blog yanadzul td.baru tgk juga iklannya.hrp dorang lebih sensitif dgn isu2 agama slps ini.
dah jadi isu besar iklan raya nie dan katanya iklan ni dah tak ditayangkan kat tv3 dah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin
Post a Comment