"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, September 22, 2009

Kisah Aidilfitri ku yang panjang. Pt.1

Pertama-tamanya AshAnas nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, minta ampun dan maaf atas segala kesilapan yang sengaja atau tak disengajakan... Kadang2 kita tak tahu apa yang kita tulis bisa menyinggung perasaan sesetengah orang kan... Minta maaf lah ye atas segalanya...

Dah lama kan AshA's Family sunyi sepi tanpa sebarang berita.... Kalau ada pun sekadar entry ringkas yang nak memaklumkan pada sume yang AshA's Family masih beroperasi... Hehe...

Ramai gak yang dok tanya bila AshAnas nak update blog... Dah lama sangat kan menyepi... Hm, kali ni baru diberi kekeuatan dan kesempatan nak mengupdate... Tapi entry kali ni mode sedih la... Boleh la ek...

(Sebelum kalians terus membaca, Shira nak cakap siap2, kisah ni memang panjang sbb tu entry ni dinamakan ‘Kisah Aidilfitri ku yang panjang’ Kalau kalians nak baca, kalians mmg kena baca sampai habis sbb Shira tanak orang yang baca sekerat2 tu akan salah faham kat family kami… So, kalau kalians mmg malas nak baca sampai habis (mungkin akan jadi ber’part2’) better kalians stop takat ni je ek… Sape yang nak terus membaca, tolong jangan beri komen negative sebelum habis baca…

Dan entry kali ni pun Shira nak tukar kata ganti nama supaya lebih selesa Shira nak bercerita… Anas, Ummi pinjam jap ek blog Anas utk entry kali ni… Anas pun kena baca sampai habis tau supaya bila Anas dah besar nanti Anas akan faham segalanya….)

Kisah bermula hari Ahad, malam Nuzul Quran… Malam tu lah yang mengubah terus kehidupan kami sekeluarga… Malam tu jugaklah bermula episod raya kami yang penuh tangisan… Dan malam rahmat, berkat hari Al-Quran diturunkan tu jugaklah, keluarga kami turut dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah… Kami benar2 diuji di bulan Ramdhan yang mulia ini… “Adakah Kami akan membiarkan kamu menyatakan kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji?” (al-Ankabut:2) Dengan ayat ini lah, kami redha dengan ujian Allah…

Apa kisah malam tu ek?

Malam tu lepas terawih, Ummi, Angah & Maya datang ke rumah. Abang takde, keluar minum dengan Mus lepas terawih kat surau… Aku terkejut gak coz Ummi datang tak cakap pastu lain macam je aku tengok Ummi malam tu… Ummi masuk dgn adik2, adik2 main ngan Anas, Ummi duduk kat ruang tamu. Then Ummi tanya Ashraf tak balik terawih lagi ke? Aku cakap Ashraf kluar minum kejap… Then Ummi tarik tangan aku, “Jom Along, kita sembang kat dapur,” Aku dah rasa tak sedap hati… Ummi dok atas kerusi, aku pun, kerusi aku mengadap Ummi…

“Along kat ofis takde dengar apa2 pasal Ayah?” Ummi memulakan bicara. (Mungkin ramai yang dah sedia maklum, Shira keje ngan Ayah Shira) Aku hanya menggeleng, keliru… Apa yang Ummi nak cakapkan sebenarnya? Then Ummi sambung lagi, tertib, lembut je Ummi susun ayat, “Along tahu tak Ayah kawin lagi? Dah 4 tahun Ayah kawin, Ayah ada 2 orang anak kat sana, sorang perempuan, sorang laki….” Aku terkejut, menangis, menggeleng, terduduk ke lantai, peluk paha Ummi… Kami sama2 menangis… Then Ummi angkat muka aku, “Along, never mind Along, you can cry, everyone will cry. But, Along, listen to me, Ummi redha Along. Ni ujian dari Allah, Ummi redha…” Dalam tangisan Ummi cuba meyakinkan aku, Ummi boleh terima semua ni… Tabahnya Ummi, then Ummi lap air mata aku, Ummi seka air mata Ummi. Then Ummi stop crying. Aku masih lagi menangis, atas paha Ummi… “Kenapa Ayah kawin lagi Ummi?” Dalam sebak aku bertanya… “Ummi tak tahu, Ummi taknak tahu. Along, yang lepas, biarlah, dah jadi, dah lepas, don’t recall anything, don’t ask why. Sekarang ni, semua sekeliling kita semua dah tahu, kita je yang baru tahu. Along, look forward. We must help Ayah to be ‘Adil…”

Aku masih menangis teresak2, sukarnya aku nak terima hakikat ni… Selama ni aku pernah gak piker camne la kalau Ayah aku kawin dua? Sebab aku tau Ayah aku mampu… Yang ni la yang paling aku takut sekali, sekarang aku terpaksa hadapi semua kenyataan ni… Benda yang paling aku takut sekali, betul2 terjadi dalam hidup aku… Susah aku nak terima… Banyak benda yang aku persoalkan kat Ummi malam tu… Rupanya selama ni banyak benda yang aku buat, relate dengan mak tiri aku tu, tapi aku je yang tak sedar, tak perasan langsung2, sebabnya aku positive, aku percaya Ayah aku takkan kawin lagi…. Sakitnya bila kepercayaan aku dikhianati… Aku nangis lagi… Aku tak puas hati kenapa Ayah sanggup lukakan hati Ummi? Then Ummi angkat muka aku, Ummi pegang muka aku suh tengok muka Ummi. “Along, Ummi ok, I’m ok Along! Skrg Ummi nak Tanya Along, pernah tak Ayah abaikan Along, Ummi n adik2?” Aku geleng. “Pernah tak kita tak cukup makan?” Aku geleng lagi. “Pernah tak kita takde duit?” Aku geleng lagi. “Ayah beli kereta untuk Along kan?” Aku angguk. “Ayah bagi kerja kat Along kan?” Aku angguk. “Ayah buat AMZED BINA untuk Along, Long, Ayah dah prepare sume untuk anak2 dia kan?” Aku angguk lagi. Ha’a memang Ayah dah prepare sume untuk anak2 dia, Ayah developed company untuk anak2 jaga. Sebagai anak sulung, aku yang tengah uruskan semua tu. “Ayah mampu tak?” Ummi sambung lagi, aku angguk lagi. Ya, Ayah memang berkemampuan. “Dalam Islam, poligami tu halal kan, Allah bagi kan?” Aku angguk, sebak… “Ayah nikah secara sah kan?” Aku angguk lagi… Aku semakin sebak… Takde satu pun yang salah… Ayah tak salah cuma Ayah salah bila Ayah sorokkan benda ni, sekian lama…

“Then Along, Ayah tak salah kan… Along terima ya… Please help me to be strong, Ummi perlukan kekuatan anak2, anak2 kena redha mcm mana Ummi redha, baru Ummi kuat. Along anak sulung, Along kena tolong Ummi. Kalau Along macam ni, mcm mana Ummi nak bagitau adik2 yang lain?” Ummi peluk aku. Angah n Maya dah tahu dah masa ni. Cuma Kak Chik n Nazim je yang belum tau… Diorang dok belajar lagi, Kak Chik kat UTM Skudai, Nazim plak kat USIM Nilai. So, Ummi nak tunggu diorang balik cuti raya baru Ummi nak bagitau sume…

Malam tu aku baru tahu Ayah aku dah kawin since aku kat UIA lagi, aku tahu nama mak tiri aku, rupanya aku ada adik kecik lagi, aku ada adik tiri dua orang, perempuan. Rumah diorang dekat2 je ngan umah kitorang, diorang kenal kitorang, kitorang je yang tak kenal diorang… Ye la mesti la orang yang menyorok akan kenal orang yang tak bersembunyi kan…

Tabahnya Ummi terima berita ni dengan ikhlas… Aku kagum dengan Ummi. Malam tu Ummi yang berusaha pujuk aku supaya terima, ikhlas, redha, tolong Ayah to be fair, tolong Ayah jaga AMZED BINA SDN BHD, tolong bagi kekuatan kat Ummi… Aku hanya menangis… Aku ni memang anak yang agak memberontak sket, so aku memang agak marah sket la… Tapi Ummi yang pujuk aku… Tabahnya Ummi… Then Ummi suh aku panggil Abang balik, Ummi nak sembang ngan menantu dia…

Aku terkejut rupanya Abang dah lama tahu yang Ayah kawin lagi. Abang tahu since kenduri kawin kami sebelah Arau… Kebetulan masa tu Mus (kawan Abang) datang kenduri ngan family dia. Rupanya ayah dia kenal ngan Ayah masa sama2 gi umrah masa Ramadhan 2005. Masa tu Ayah bawak Ibu (panggilan aku kat mak tiri aku tu) gi umrah… So, diorang sembang sakan kat kenduri Arau tu. Mus cam pelik, cmna ayah dia kenal Ayah aku. So, ayah dia cita la. Then, Mus cita plak kat Abang… Tapi Abang senyap je la sampai la malam tu baru Abang buka rahsia…

Berbalik pada cita Ummi dan Abang… Abang minta maaf kat kami coz Abang pun simpan rahsia ni lama sangat. Abang tak sampai hati nak cakap kat kami… Abang tak nak rosakkan kebahagiaan kami sekeluarga coz Abang langsung tak nampak yang Ayah berat sebelah… Ayah tak penah abaikan kami langsung2 pun… Kami happy je walaupun Ayah berahsia selama ni… Sebab tu Abang tak sebut langsung hal ni kat kami…

Aku tahu Ummi sangat2 risaukan aku… Alhamdulillah, Allah titipkan Ashraf dalam keluarga kami… Ummi banyak harapkan Abang untuk pujuk aku baik2… Ayah pun sangat2 harapkan Abang untuk pujuk aku…

Lepas Ummi balik malam tu, aku agak tenang, aku macam dah boleh terima sikit2… Terdetik plak kat hati aku, teringin nak jumpa diorang. Ummi ada cakap tadi, nak jumpa raya nanti… Rasa excited nak jumpa adik2 aku, Nur Ilia Erika, 4 n Muhammad Ikmal Harris, 1… Tapi aku tak tahu la aku bersedia nak jumpa Ibu ke tak… Camne aku nak jumpa orang yang sanggup lukakan hati Ummi aku…

Esok tu masa kat ofis, aku menangis kat Kak Shal. Aku cakap kat dia yang aku dah tahu. Aku tahu yang diorang satu ofis sume dah lama tahu… Hari tu kat ofis aku banyak menung, aku gi cari gambar2 diorang gi bercuti, sbb aku tahu Ibu ikut… Then aku mula rasa tak tenang, rasa cam takleh terima, rasa marah sangat kat Ayah… Abang marah aku gi sembang ngan orang2 kat ofis… Ayah tahu, lagi la Ayah marah kat staff sbb gi cite yang bukan2 kat aku… Plak tu aku gi cakap kat Ummi, Ummi jadi sedih, Ayah jadi pening ngan perangai aku… Then Angah la yang bertindak, macam Angah plak yang jadi kakak aku… Dia la yang hantar email kat aku, pujuk aku plak… Tapi dlm hal ni, Angah mmg sangat2 hebat…. Angah la yang tenangkan Ummi selama 3 malam Ummi down dulu… (Ummi tau benda ni masa 31st August 2009)…

Hari Selasa aku amik cuti, aku langsung takleh wat keja. Aku protes, taknak jumpa Ayah, aku rasa macam nak lari jauh2, tanak keje ngan Ayah lagi dah… Tapi dalm kul 10 Abang call suh aku mai ofis jugak2… So, aku gagahkan diri gi ofis, Anas pun aku bawak skali. Tu pun aku tanya Abang, Ayah datang tak… Abang cakap tak, baru aku pegi… Aku berkurung dlm bilik aku, baca email Angah, aku nangis… Kak Shal dtg pujuk aku, then Abang plak masuk pujuk aku. Pastu tiba2 Ayah masuk ofis… Abang amik kesempatan gi sembang dengan Ayah, lama diorang sembang… Aku terkejut gak coz sepanjang setahun lebih kami kawin ni, Ayah tak pernah sembang lama2 ngan menantu dia… Sebabnya Ayah aku ni pendiam sangat2…

Then, Abang ajak aku balik. Kebetulan Abang Mizan amik cuti coz anak kembar dia UPSR. So, Abang takde keje coz diorang tak gi Kulim. Kat umah Abang pujuk aku. Abang cita balik apa yang Abang sembang ngan Ayah lama2 tadi… Awal2 tu aku agak memberontak, aku marah sangat, aku geram, sakit hati sbb selama ni semuanya depan mata aku tapi aku tak nampak… Bukan tak nampak tapi aku tak amik kisah… Memang la selama ni aku ada syak, tapi aku buang jauh2 syak aku tu, aku positif, aku percaya Ayah takkan kawin dua, Ayah takkan sakitkan hati Ummi… Sebab tu bila benda yang aku percaya takkan berlaku, bila aku positif ngan Ayah aku, tiba2 benda tu betul2 jadi, aku jadi sakit sangat2… Tapi Abang sangat2 mainkan peranan sbgai menantu yang baik, pujuk aku sampai aku tenang dan boleh terima semua ni…

Aku tahu Ummi n Ayah risau sangat2 pasal aku sbb diorang banyak kali called Abang tanya keadaan aku. So, bila aku dah ok, aku called Ummi cakap aku dah ok. Tapi risau Ummi tak habis lagi, Ummi pesan kat Abang suh jaga aku baik2, tengok2kan aku sbb aku migraine kuat… Cuma aku tak berani call Ayah, aku tak berani nak sembang dengan Ayah coz aku ada lagi benda yang aku nak sembang ngan Ayah, aku nak luahkan kat Ayah everything… Tapi aku langsung takde masa nak luahkan kat Ayah…

Family in-laws aku pun dah lama tahu… So, Abah ajaku aku balik Arau, nak sembang2, nak pujuk aku lagi… Tapi aku dah tanak sembang, taknak sebut pasal ni lagi dah… Aku nak terima semua ni dengan redha, ikhlas, nak tenang. So, bila aku dah boleh accept Qada’ dan Qadar, ketentuan hidup aku, aku dah tanak pandang belakang. So, aku berat hati nak balik Arau sbb aku tahu benda ni akan jadi topic perbualan… Abang plak teringin nak balik Arau sbb minggu depan dah nak raya, nak balik buka puasa kat sana… So, hari Ahad lps keje kami balik sana… Aku cakap kat Abang, aku mintak sangat2, sampai sana nanti, please jangan ada sapa2 pun buka cita ni… Aku tanak sembang pasal ni, aku tanak simpati orang sbb tu lagi menyedihkan aku… Abang janji… Then, masa kat sana, semua sembang cam biasa ja… Abah plak kena buka puasa kat Masjid Arau… So, ada Mak, Adik, Abang, aku n Anas…

To be continued………..

Sebelum aku sambung story ni ke next part, aku nak kongsi dengan semua email adik aku, Angah... Email ni lah yang beri aku kekuatan... Angah, satu2nya adik yang tengah stay dengan Ummi & Ayah. Adik2 yang lain kat asrama... So, Angah nampak semuanya, Angah yang bagi kekuatan kat Ummi...

Assalamualaikum,

Dear Along...

Allah knows the best..have faith in Him...may happiness will be ours.

"Ajaib sungguh orang yang beriman, mereka sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan redha atas segala ujian. Kedua-duanya baik bagi mereka"

Iman ini perlu diyakini dengan hati, diperakui dengan lisan dan dilaksanakan dengan amalan...pertama sekali kita mesti yakini Allah itu ada, hanya Dia yang berkuasa dan mengetahui segala-galanya dan hanya Dia yang selayaknya disembah. Begitu juga dengan rukun iman yang lain sehingga akhirnya kita mesti percaya pada qada' dan qadar Allah...kan Along?

Jika sebelum ni kita faham rukun iman itu secara teori, mungkin Allah mahu menguji sama ada kita benar2 yakin ataupun tak.

~Allah datangkan ujian kepada hamba2 yang dikasihiNya, kan? Beruntunglah bagi yang meyakini~

So here, I want to share with you one of 30 keys to gain happiness, written by Dr. Aidh Al-Qarni [actually I bought this book for Ummi and want to share this with you]...

Relakan Apa yang telah Berlaku

Mengingat apa yang telah berlalu dan mengenangnya kembali, kemudian bersedih atas segala kepedihan yg ada di dlmnya, menyesali kebodohan bahkan memendam keinginan dan menghancurkan hidup pd masa hdpn...Sesungguhnya kejadian2 pd ms lalu bg org yg berakal adlh sm sprti melipat lembaran kertas dan tidak menceritakannya kembali, terkunci dlm peti pelupa, diikat dgn tali yg kuat dlm jeruji besi yang x akan dipedulikan atau dikeluarkan utk selama-lamnya.

kenangan ms lalu trsbt tersimpan dlm bilik gelap sehingga ia tidak dpt melihat cahaya sedikitpun krn ia tlh berlalu dan berakhir smpai di situ, tidak ada kesedihan yang dpt mengembalikannya, x ada kegundahan yg dpt membaikinya, x ada kegelisahan yg dpt membenarkannya, jg x ada kesusahan hati yg dpt menghidupkannya kembali krn ia sudah tiada.

jgnlah engkau hidup dlm bencana ms lalu dan bernaung di bwh payung kenangan ms silam, tlglah dirimu utk bebas drpd hantu ms lalu. Apakah engkau ingin mengembalikan batang sungai kpd muaranya, matahari ke tmpt terbitnya, kanak2 ke dlm perut ibunya, air susu kpd payudara ibunya, air mata yg mengalir ke pipi?

Sesungguhnya perasaanmu terhadap ms lalu tersebut, kegelisahanmu terhadapnya dan rasa terbakar oleh apinya serta prasangkaanmu akan bebannya membuat dirimu hidup terbelenggu dlm berjuta kesedihan dan kekhuatiran yg tiada berpenghujung.

MEMBACA LEMBARAN2 MASA LALU ADLH USAHA YANG MEGHILANGKAN KESEMPATAN MASA YG AKAN DATANG, MEROSAK SEMAMGAT JUANG DAN KESUNGGUHAN, MENGHABISKAN MASA DALAM KESIA-SIAAN.

Allah swt menyebut tentang suku kaum atas apa yg telah mereka perbuat dgn firman-Nya dlm Surah Al-Baqarah:134 yg mafhumnya.."Itu adalah umat yang terdahulu"

Sebutan tersebut habis smpai di situ dan selesai, x ada kalimat huraian panjang lebar menjelaskan keburukan yg pernah berlaku dln zaman ini, x ada pengulangan tg akn menyegerakan tarikh manusia.

Sesungguhnya org yg mengulang kembali masa lalunya ibarat orang yang menumbuk tepung yang telah hals ditumbuk, atau seperti orang yg mengunyah sepah tebu yg telah habis digiling. Pd zaman dahulu org mengatakan kpd org yg suka mengingat masa lalunya, "Janganlah engkau berusaha mengeluarkan mayat2 dari kubur mereka," dan kadang2 disebut dgn melalui lisan binatang bhwa mereka berbicara dgn keldai yg tidak dpt berkata, kemudian keldai tersebut berkata,"Aku benci kedustaan ini."

Adalah cubaan bg kita krn kita x berdaya menghadapi ms hadapan namun sibuk dgn ms lalu, sering melupaka kekurangan badan yg amat pendek dan bercita-cita tinggi sprt penari balerina. Jika sekalian manusia dan jin berkumpul utk mengembalikan masa lalu, maka tentulah mereka tidak akn dpt melakukannya krn perkara tersebut pd hakikatnya adlh mustahil.

Sesungguhnya yg disebut dgn manusia adlh org yg tidak akn melihat ke belakang krn angin sentiasa bertiup ke dpn, air sntiasa mengalir kr depan dan kafilah sentiasa brjalan kehadapan. Oleh sbb itu JANGANLAH ENGKAU MENYALAHI SUNNAH KEHIDUPAN INI.

............................................................................................

RELAKANLAH APA YANG TELAH BERLAKU..KITA TIDAK AKAN LALUI HIDUP INI DENGAN MASA LAMPAU TAPI MASA HADAPAN YANG PERLU DIHADAPI DENGAN PENUH TAQWA.

Along...ummi benar2 nak jalani kehidupan ini dengan baik, nak jadi hamba Allah yang terpilih, hamba yg +ve dgn ujian, mahu meraih kasih syg Allah....nilai yg termahal bg hamba yg beriman...mahu meraih perkara semahal itu, memang memerlukan pengorbanan yg sgt besar, kan Along?

Angah nampak ayah macam mana kat rumah ni...ayah x marah ummi pn...afterall, kasih sayang itu makin subur.

Jom Along, kita buang yg ms lps yg keruh, utk bina ms depan yg jernih...supaya cahaya iman boleh tembusi kejernihan itu......we're family, we really know+understand each other very well than others do.

Bahagia itu apabila kita membahagiakan.

Segala ujian itu datang dari Allah, Allah jualah yg boleh menyelesaikannya selagi kita kembali kpd-Nya....yakinlah.....

*apa2 kalau Along nk release jgk, cite kt angah dulu na. pls jgn ummi...and better Along x yah layan dah bnda2 yg lps....just remember, Allah knows the best! Insya Allah, peace will be upon you....http://mail.yimg.com/a/i/mesg/tsmileys2/01.gif

Anas and Abg Long need you.....

~with love~Angah.Ummi.Ayah

5 comments:

[-suziey-] said...

huhu..shira..akk sedih la baca kisah shira ni...akk pn berperasaan cam shira..mmg ssh sket nk terima hakikat tu..rs ditipu hidup2..tp apepn ayah shira xsalah..cuma dia simpan rahsia jek..tp bende pn dh jadi kan..n ayah shira mampu..so accept la dgn redha ok..sabar,,..shira kena tabah...so tht ummi shira akn jadi strong jgk..sian ummi..dia harapkan kekuatn dr anak2 dia..

NURUL IZZA said...

akak..sedih sungguh bc..xda apa nk ckp cuma..saat sedih bila bc je buku karangan Dr Aidh tukan..mmg menusuk kalbu dan mmg mangembirakan hati yg sedih..

selalu je saat sedih baca dan renung ayat baqarah : 216 (kalau xsilap..)

mamaEsya said...

shira, kuatkan hati...sejak kenal shira through blog ni, mamaEsya mmg tau shira n famili dr kuarga yg baik2...jgn coz hal ni, kita buang kasih syg kita, k sayang....mamaEsya rs shira sgt kuat coz le cite sume ni pd orang....

shakeymirza said...

shira..sy sentiasa doakan yg terbaik tuk awk...

Ibu Ayra said...

Ya Allah, sungguh kuat dugaan utk keluarga k.long... tapi percayalah, Allah hanya menguji org2 yg tahan diuji dan yang disayangiNya...

Menitik air mata k.long masa baca entri nih... benda yg mmg kita tak sangka langsung jadi kat family kita, byk2 sabar2...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi