"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, April 19, 2010

Bila Anas tak sihat...

Uhuk...Uhuk! Dah bersawang la blog Ummi... Lamanya Ummi tak update blog... Ada la menjengah skali skala, jalan2 umah kawan2 Ummi tp tak boleh berlama.... Hari ni ada la peluang tp tatau la boleh berlama ke tak ni... Takut separuh jalan, then tinggal camtu je...

Hm, assalamualaikum buah hati Ummi dan Abah sayang... Alhamdulillah, Anas dah sihat hari ni... Baru la senang sikit hati Ummi dan Abah....

Since last week Ummi tak senang duduk sbb Anas demam berpanjangan... Kisahnya bermula pada Rabu 2 minggu lepas. Suhu badan Anas tak menentu, kejap panas kejap biasa... Mungkin sbb nak tumbuh gigi lagi... Then masa Abah tinggalkan kita Khamis malam Jumaat n Jumaat malam Sabtu, badan Anas panas sepanjang malam... Pastu Anas tak lalu makan, cuma minum susu Ummi je... Pampers pun asyik bertukar je sbb Anas cirit... Ummi tak pakaikan CD sbb Anas kerap sgt poo poo... So, Ummi decide nak amik ubat... Memule Ummi gi homeopathy untuk amik ubat sbb Ummi ingatkan Anas demam biasa. Lagipun Anas jarang demam... Esoknya tu badan Anas naik biji2 merah... Dok pikir Anas demam campak la... Tapi 2 hari je dah hilang biji2 merah tu... Ummi tunggu 2 hari baru hantar Anas ke nursery balik...

Baru je hantar beberapa jam, kawan Ummi suh gi amik Anas sbb dia risau Anas kena penyakit kaki tangan dan mulut... Ummi berdoa sgt2 semoga Anas dilindungi Allah dari penyakit tu... Ummi tetap amik Anas dr skool sbb Ummi risaukan bab penyakit berjangkit ni...

Esoknya Anas demam semula... Ummi gi klinik pakar kanak2.. Tapi mmg sakit hati la dgn doktor kat klinik tu... Kata pakar kanak2 tp tak nampak gaya langsung dia boleh treat Anas dgn baik. Dia cek pun ala kadar je... Bila Ummi cakap Ummi risau itu ini, takde pun dia cuba tenangkan Ummi... Apa yang keluar dr mulut dia hanyalah, "takpa,takpa..." huh! Caj? RM55... mak aih! keluar dr klinik Abah ckp, xmau mai dah klinik ni!

Ummi bagi Anas makan ubat... Makan la jugak kan, kalau tak burn RM55 camtu je... Tapi malam tu, muka Anas penuh naik merah2... Anas tak selesa, Ummi tahu... Anas nangis sampai takde sape pun leh pujuk Anas... Ummi tahu Anas sakit... Lastly,Nenda sapukan air penawar kat muka Anas.. Tak lama lepas tu baru Anas mau minum susu Ummi & terus lena... Alhamdulillah....

Esoknya Ummi ajak Abah gi Kedah Medical Centre (KMC) sbb Anas demam lagi... Badan panas sangat... Time ni plak la thermometer yg slalu stand by tu hilang, huhu... Kami stand by duit beratus la jugak untuk bawak Anas gi KMC, huhu...

Kami pergi dah agak kelewatan. Sume pakat suh jumpa pediatrician, Dr.Razif.. Tapi ramainya orang, Subhanallah... So, nurse bagi kami alternatif utk jumpa Dr.Sharifah Khadijah sbb tak ramai org... Memule ragu2 la jugak sbb Dr tu baru... Tapi, Ummi serahkan pada Allah, yakin, ok, jumpa Dr. Sharifah...

Tak lama pun menunggu terus dipanggil... Subhanallah baiknya Dr.Sharifah tu... Ummi suka cara dia treat Anas, cara dia sentuh Anas, macam2 dia tanya... Itu la yang Ummi suka... Ummi cite kat Dr yang muka Anas naik merah lps makan ubat, siap Ummi tunjukkan ubat tu... Setelah di diagnose, Anas rupanya allergy dgn penicillin & family penicillin lah... So, Dr nasihatkan Ummi lps ni klu nak amik ubat utk Anas, kena bagitau Dr or pharmacist yang Anas allergy dgn penicillin... Dr. Sharifah cakap demam Anas ni tak perlu bagi antibiotic pun... Dr. dr klinik tu pun ada bagi ubat cirit sebenarnya... Nasib baik Ummi tak bagi Anas makan ubat cirit tu sbbnya Dr.Sharifah cakap budak2 tak boleh makan ubat cirit... Huhu, Alhamdulillah gerak hati Ummi semalam betul, Ummi tak bagi Anas makan ubat tuh...

Lagi satu, yang naik merah2 kat badan Anas tu bukan chicken pox sbnrnya... It is roseaila (Ummi tak sure ejaan, search dlm wikipedia pun takde.. tp bunyi die is sumtin like that la...) beza dgn campak halus tu... Yg ni naik kejap je & tak tinggalkan parut, kalau campak seminggu br hilang & akan tinggalkan kesan yang die pernah singgah kat badan kite, hehe... Dr ckp seumur hidup akan jadi sekali je... Baru la lega hati Ummi, Alhamdulillah...

So, Dr.Sharifah cek semua anggota badan Anas, mata, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, kuku... Die cakap hidung Anas de masalah sket... So, die bagi ubat demam & ubat utk hidung tu. Hari ni 2 hari dah Anas makan ubat. Alhamdulillah, Anas makin sihat dan ceria... Sebelum ni pun tak macam orang demam pun, badan je panas tp aktif sangat2 & langsung tak merengek... Cuma bila time nak tido tu, harus Ummi kena stay by his side lebih kurang 2 jam. 2 jam tu lah Anas nak nenen je, takmo bagi Ummi bangun... Huhu...

P/S1: Kan Ummi dah cakap Ummi tinggal separuh jalan & sambung hari ni (20/04/2010)

P/S2: Homeopathy Era Edar cuma ada ubat biji je. Anas tak pandai kemam, kalau taruk ubat dalam air pun, Anas minum & luah balik, huhu...

P/S3: Masa anak kecik ni, jgn la berkira sgt pasal duit. Biar la kita cerewet pasal kesihatan die, bawak jumpa pakar terus, biar puas hati. Sebabnya dia tak leh cakap kat kita macam mana dia sakit. So, hanya doktor pakar yang boleh tolong diagnose sakit anak2 kecil ni...

P/S4: Nak tahu tak bape caj yang kami kena kat KMC? RM50.80 sahaja... Ummi & Abah gelak2 masa bayar tu. Huh, pi klinik pakar kanak2 biasa, caj RM55.00, ubat ntah ape2, cek pun besa2 ja... Tak mencerminkan doktor pakar kanak2 pun... Better gi KMC, pakar segala pakar kat situ, doktor pun cek detail se'detail'2nya, nasihat macam2 doktor bagi, peringat Ummi ttg ubat2 yang Anas allergy.


Ummi & Abah sayang Anas!

3 comments:

Nadiah Sidek said...

alhamdulillah anas sihat dah :)

f a i z a h 's said...

ouh...xdakla mahai sgt kt kmc kn?alhamdulillah sumenya da slmt...anas pn da makin sht...mmg kena alert ja sntiasa dgn budak2 kecik neh...blh jadi panduan pada masa akn dtg utk org laen terutamanya diri faizah...huhu...cuak gak nk ada anak sndiri neh... :)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Salam perkenalan,
Emm..Sedihnya tgk keadaan Anas macam tu..Dr pon ader macam2 ragam kan.

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi