"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, April 22, 2010

Milestone Anas 1 year


Assalamualaikum Anas yang amat2 dikasihi... Permata hati Ummi dan Abah kerap demam kebelakangan ni... Ummi risau sayang... Esok Ummi nak bawak Anas gi jumpa Dr.Sharifah sekali lagi... Semoga Anas cepat sihat dan terus ceria macam selalu. Berat Anas pun susut sikit sbb Anas tak bape ade selera nak mamam, kesian Anas Ummi sayang...

Hari ni Ummi curi masa sikit nak update achievement Anas sbb Ummi langsung tak sempat nak update sebelum2 ni. Ummi cite seringkas yang boleh ya. (Ye ke Ummi ni? Bukannya org tak tahu Ummi kalau dapat keyboard, berjela2 Ummi akan taip. Orang pun malas baca kan. Abah pun malas baca, nak tgk gambar je, hihi...)

Milestone Anas:

  • Setakat baru sebatang gigi yang baru tumbuh, ada 5 lagi yang nak keluar tu, masih belum habis tumbuh lagi, dok nampak putih2 je... (Gambar? Susah la nak amik gambar. Anas tanak buka mulut, segan nak tayang gigi die yang lambat tumbuh tu...)
  • Anas dah pandai cium Ummi dan Abah. Bila Ummi cakap 'sayang Ummi cket!' Anas pun rapatkan bibir dia kat pipi Ummi, pekup lama2 sambil bunyi 'mmmuahh!' cute sangat. Pastu nak bagi fair, lps cium Ummi, Anas akan cium Abah plak, pehtu cium Ummi balik, pehtu cium Abah balik sampai dia penat, haha... (ada la video yg Ummi rakam ni, mesti ada kat komp kat umah, huhu...)
  • Masih belum boleh berjalan lagi. Orang cakap, baby kalau lambat berjalan, dia cepat bercakap. Alhamdulillah, Anas dah boleh sebut beberapa perkataan. Anas boleh tiru apa yang orang cakap. Antara words yang keluar dari mulut Anas: -mam (makan)--dap (sedap)--Abah--mmii (Ummi)--yak (berak)--nak- (kdg2 bunyi nanana, sambil nangis minta nenen kt Ummi)--auk (refer kpd Atuk, TokWan & MakTok)--de (Nenda)--aye (air)--di (mandi)--nga (Bunga)--iow (buat bunyi kucing)--nah (bile die bagi something kat org)--juk (sejuk)-eyo (Hello, sambil bergaya cakap tepon)
  • Dan Anas pun dah boleh faham cakap kami. Bila Ummi say sit down, duduk, Anas akan duduk. Bila Ummi cakap nak, Anas pun bagi kat Ummi apa yang dia tengah pegang tu... Ummi tanya Abah mana, dia tunjuk Abah. Ummi ckp, 'angkat tangan, buka baju' Anas pun angkat tangan... Kalau Ummi londehkan seluar Anas, Anas pandai angkat kaki untuk buka seluar...
  • Anas sekarang dah boleh duduk sendiri dengan stabilnya. Sebelum ni, boleh duduk tapi Ummi yang duduk kan la. Dan, Ummi dah train Anas makan sendiri. Tapi belum train betul2 la. Lambatnya Ummi train Anas mamam sendiri... Hehe, sebabnya, Ummi tak suka Anas comot2, Ummi rela suapkan tapi tu la, Anas lambat berdikari la nanti, huhu...
  • Hobi baru Anas sekarang, 'ngemas'... Apa2 yang boleh dikemas, habis 'dikemas' nye... Yang selalu jadi mangsa, handbag buruk Ummi tuh. Pantang terbuka, habis diselongkarnya.

~ni masa Anas ngemas meja Ummi kat ofis, habis dia main Ummi nye cop. Kan dah tercop nama Ummi kat betis Anas tu. Senang orang tahu Anas anak Shaakira Uzir, haha~
  • Suka muncungkan mulut macam 'Pinggu' tu. 'UUUU' bunyi dia...
  • Mulut dah bising dah sekarang ni. Lebih2 lagi kalau dapat 'telefon'. Handphone ke, telefon biasa ke, bersembang macam betul2 pandai bersembang je... Kadang2 betul2 ada orang cakap kat sebelah sana, kadang2 berlakon je... (tak sempat lagi rakam aksi Anas yang ni)
  • Dalam keta (dalam car seat Anas), mulut asyik pok pek2 je... Ape yang dibebelkan pun Ummi tak faham, hehe... Kalau keta baru bergerak, Anas pun buat bunyi, 'uuuuuuuuuuuuuuuuuuuu', ikut rentak bunyi keta bergerak tu...

dok pok pek2 sorg2 tu sampai la terlelap sendiri, huhu... sian anak Ummi letih main kat skool ya?
  • Kalau makan, dah pandai jilat bibir, pendek kata, bersihkan mulut sendiri...
  • Ha, 1 lagi. Kalau Ummi sebut 'takdak dah / habih dah / sampai dah / (apa2 yang ada 'dah' kt blkg tu) tangan Anas pun pusing2kan. Padahal Ummi ajar pusing2 tangan tu bila Ummi sebut 'habih dah' & takdak dah' ja... Anas plak, ape yang ade 'dah' kt belakang tu, tangan pun pusing skali... Hehe...
  • Anas kan, kalau 'ngemas', kadang2 dia pandai sembunyikan barang. Pastu nnti dia cari balik & konon2 excited bila jumpa, haha...
  • Hm, ni yang sedikit tak best. Anas kalau dah taknak sesuatu barang tu, bila dah boring, Anas akan baling cmtu je... Hm, tak soleh la sayang...
  • Anas suka suap orang lain makan sama.. (Tu yang Ummi boleh tergigit jari Anas hari tu. Anas suap fries, Ummi ingatkkan Ummi dah gigit fries la, rupenye Ummi dah tergigit jari Anas, huhu... Pe lagi, meraung la kawan sbb Ummi gigit sepenuh hati, hehe... Sori Anas sayang..)
  • Sekarang Anas dalam proses bertatih. Ummi tengah train Anas untuk berdiri sendiri. Tapi Anas belum yakin dgn diri dia sendiri lagi...
  • Anas dah pandai nak tarik perhatian Ummi & Abah. Pandai sapa & panggil orang... Kadang2 bila Ummi & Abah tak layan Anas, Anas akan berdiri dlm playpen Anas tu, pastu jatuhkan diri sendiri... Melayang ke belakang dan bub! Pastu bila Ummi & Abah kelam kabut gi tengok, Anas akan gelak suka. Pastu buat sekali lagi.... Hadoi hai... hehe...
Sekian dulu untuk entry kali ni...
On weekends, slalunya Ummi tak sempat nak update blog or buat scheduled entry utk minggu seterusnya... Hari ni, ingatnya nak cuba buat scheduled entry byk2... Lama Ummi tak berblogging, blog Ummi sunyi je rasanya. At least, bila slalu ada entry, tak la sunyi sgt kan...

Ummi & Abah sayang Anas!

9 comments:

Aliff Imran said...

anas so clever!! byk nyer vocab da..imran pun xsebanyak anas bila bercakap..anas da nmpk bleh berdikari nnt..imran ni manja lebih.ngengada hehehh

nieda said...

salam kenal,
dah mcm2 skill anas pandai yer..kejap lagi boleh berjalan lah tu..hehe

Fara said...

alhamdulillah dah setahun...kejap je kan.

Siti said...

Nas demam nak tunbuh gigi kot..byk sgt nak tumbuh gigi sekaligus tu.

Uik...pandai Anas nak tarik perhatian yer..wat2 jatuh..huhu

Suziey Ahmad said...

eh td mcm nmpk gbr kek besday anas..hehe..ni msti autopublish nnti..keekek:D

heheh shira sm cam akak..xsuka dia mkn comot2 tp kita xleh trus camtu..nnti dia jadi lmbt berdikari..mnja semacam.hehe..

comel je ek..aasal dah je pusing2 tgn..hehe..akk dr kecik dh start speaking english ngn aQeel..ala yg simple2 word la...cam finish..cannot..no...take.. n kesan dia bgs..skang ni kalu kita ckp ayat panjang ngn dia..dia bole paham ape kita ckp..pendedahan di awal usia..sblm tido mcm biasa pengisian rohani plak..baca alif bata ke..baca bismilllah..doa tu pn baca je biar dia dgr..dlm kete pn slalu2 pasang cd ngaji..nnti dia jadi minat..hehe..

dh mcm diari akk plak ni..ekekek:P neway tu tips dr akak je..sharing is caring..benda yg elok harus disebarkan:)

yatie chomeyl said...

tomey gmbr anas belajar berjalan tu....mcm2 taktik nas nk tarik perhatian ummi ye..bijak2 ;)

Nadiah Sidek said...

anas semakin bijak! mcm tu la kan aturan Allah..ada yg cepat berjln tp lmbt bercakap, ada yg cepat bercakap tp lmbt berjln. apa pun, setiap baby milestone diorg tak sama..semuanya unik ;)

Diary Qol said...

assalamualaikum kak shira.seronoknya baca perkembangan anas.anas sangat bijak dan soleh.bila akak dtg KL?..hajat sangat nak jumpa anas.. hehe.happy birthday to anas..semoga sentiasa sht, cergas dan menjadi qurratun 'ayyun ummi dan abahnya..

ibu_Arifa said...

wah..dah byk skill anas yer..syoknyer baca..tu lah..akal/peel anak lelaki ni xsama sangat dgn akal/peel anak perempuan. ni yg tak baby boy pulak ni..hihihi

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi