"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, October 26, 2010

Shanghai Day 2 - Factory Visit

Sebelum sambung entry Shanghai Day 1, Ummi nak tunjukkan sikit lagi gambar yang belum masuk dlm entry sebelum ni. Ummi baru amik dari kamera kawan Ummi pagi smlm.

@ Changi International Airport, Singapore - tengah tunggu skytrain nak ke T3

dalam skytrain nak ke T3

Changi International Airport mmg terkenal dgn tanaman orkid kat dalam dia. Kami tak sempat nak bergambar sangat pun sbb rushing ke boarding gate

keletihan bila sampai kat boarding gate. baru 10 minit duduk, dah kena panggil masuk perut kapal terbang. Sempat la guna wifi hantar msg kat Abah Anas guna facebook, dah hp tak buat roaming

Kat luar Putong International Airport, Shanghai. Cuaca tak la sejuk sangat. 21°c je kot malam tu.

air mineral Kongfu Spring

fokus kat belakang tu ek. ni la yg Ummi cerita dlm entry sblm ni, org Tibet ni dok berkaraoke. Mmg sgt tak tenang makan situ mlm tu.
Yang kata diorang sembang mcm bergaduh tu sbbnya diorang sembang dengan nada suara kasar dan kuat.


Wednesday, 13 Oct 2010

Kami breakfast seawal 6.00 am kat hotel. Banyak pilihan tp pilihan utk makanan yang kita leh makan sgt limited. Kami cuma amik buah2an, cereal, egg & minum jus. Ha, gelas kat hotel ni unik sket tau. Tengok gambar kat bawah ni ha...


Lepas breakfast, kami bertolak ke Kunshan @ 7.00 am. Perjalanan Shanghai-Kunshan ada la dalam 1 jam 1/2. Kami sampai kat Kone Elevators Co. Ltd. (KONE China, Kunshan) @ 9.00 am sbb driver kami sesat.


Sedikit info tentang Kunshan. Kunshan ni terbahagi kepada 2 bahagian. Old Kunshan & New Kunshan. Kedua2 bahagian ni dipisahkan oleh sebatang sungai. Old Kunshan is Kunshan yang lama la, New Kunshan plak, Kunshan yang baru la... Hehe... Takde la. Gini, Old Kunshan adalah bandar asal Kunshan manakala New Kunshan plak bandar baru di daerah Kunshan dan pembinaan dia lebih terancang macam Putrajaya tu. Kat New Kunshan ni plak kira macam kawasan perindustrian la.

The 2nd day tu la tujuan asal kami ke Shanghai ni. Ummi mewakili kontraktor, menemani client and M&E Engineer projek kami buat testing di kilang lif tu sendiri. Kami dibawa pusing2 melawat kilang, best jugak tengok proses pembuatan elevator & escalator ni. KONE ni syarikat besar. So, rasa excited & bangga sangat bila melawat kilang depa.

Prosedur biasa, kami takleh amik gambar proses tu. So, just bergambar kat tempat2 lain je la...

ni masa baru sampai, amik gambar dulu, then kami dpt souvenir yg comel, gambar ni dh siap di frame kan...

dalam lif buatan diorang gak, atas tu de cermin... comel kan?

briefing ttg KONE China before melawat satu kilang

elevator's accessories. sangat cute dan menarik, tertarik mmg da bomb!

pilihan pintu lif

KONE Tower

Di atas KONE Tower

group lelaki

We're visitor

Kenangan~~

Lepas penat 'jalan2 pusing kilang' KONE jamu kami lunch plak... Ummi ragu2 gak nak makan. Korang tengok dulu lauk2 yg Ummi sempat snap ek...

ikan sweet sour kot, hehe...

ikan tamban goreng

sayur ni mcm sayur ape ek, lupa nama, tp ade byk gak kat Malaysia

ni tiram ek? Ummi pun tak pasti... hehe...

Ada lauk lain lagi yang Ummi tak sempat snap. Chinese people ni jenis hidang sikit2. Nasi pun hidang kemudian, last sekali baru hidang sup. Sup yang famous, sup tomato + telur tp sgt sedap. Hidangan diorang banyak sayur la. Paling mesti ada ialah sayur Pak Choi, batang sadri (celery) & brokoli. Sayur Pak Choi selalu dimasak dgn Shitake Mushroom. Memang sedap!

So, apa yang Ummi makan? Makanan sume takde unsur2 daging (lembu/ayam) apatah lagi pork. Diorang ni concern la jgk ttg apa yang kami leh makan. Apa yang Ummi risau, adakah diorang taruk wine dalam masakan? Adakah kuali yang digunakan sama dgn kuali utk masak pork?

Ummi doa banyak2, tawakkal kepada Allah, mudah2an Allah bantu Ummi, minta Allah permudahkan...

Kebetulan Ummi memang tgh tak berapa ada selera nak makan. So, ini je la yang Ummi makan..

makanan Ummi yang tiada dalam gambar, sayur pak choi, sup tomato + telur.

Atuk pun pernah datang sini 2 tahun lepas. Die ade la pesan kat Ummi bawak sambal ikan bilis. Tapi ikan bilis pun Ummi taleh bau, huhu... Ummi mmg tak boleh makan apa jenis ikan pun. So, Ummi banyak makan sayur je la... Nasi pun makan 1/4 je...

wakil KONE China & KONE Malaysia

Selepas habis tujuan utama ke Shanghai ni, bermula la cite kami jalan2 plak. Tapi sambung next entry ya, kami ke Suzhou plak...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

4 comments:

MamaYatie said...

seronok yer dpt jejak tmpt org...walaupun dgn tujuan bekerja tp mesti best

Unknown said...

pengalaman berharga tu...
shira masa ni dah brp bulan pregnant.. masih 1st trimester kan...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@MamaYatiekalau sihat mesti lagi best... niway Alhamdulillah, kawan2 sgt byk membantu time ni...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@kakyongtu la kakyong... rezeki bwk anak2 jalan ms diorang baru lg dlm kandungan. dulu bwk anas gi bali ms 5 weeks pregnant. ni bwk adik dia plk gi shanghai ms 8 weeks preggy...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi