- Rebus ikan dengan air yang agak banyak bersama asam keping dan sedikit garam. (Jangan buang air rebusan ya!)
- Bila ikan dah masak, sejukkan dulu kemudian baru perisi ikan tu. Amik isi ikan sahaja. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan tadi. (Tulang ikan pun jangan buang tau! Blend bersama air rebusan jugak)
- Sambil tu boleh siapkan bahan cili. Blend cili kering yg telah direbus bersama bawang, biji ketumbar & belacan. Kemudian masak di atas api (guna periuk besar utk masak kuah laksa tu siap2). Bukan tumis tau, tak perlu minyak langsung. Cuma masak je.
- Bila nampak cili dah agak masak, masukkan isi ikan yang telah di blend tu. Habiskan sume isi ikan. Then baru masukkan tapisan air tulang2 ikan tu. (Tapis, jangan tak tapis! Karang ada plak yang tercekik tulang ikan)
- Kemudian baru masukkan lebihan air rebusan ikan (tapis jugak ya!)
- Masukkan 3-5 keping asam keping, daun kesom, bunga kantan. Last sekali baru masukkan garam secukup rasa.
- Kalau nampak kuah agak pekat, tambah air. Bila dah mendidih, masak la kuah laksa kita.
Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Monday, November 29, 2010
Resipi Laksa Ummi
Thursday, November 25, 2010
Bil Hospital Swasta Terlalu Mahal & TAK LOGIK!
- Ummi dulu pun bersalin kat private gak. Tapi milik orang Islam. Sangat berbeza la dengan apa yang Ummi story kat atas. Best sangat doc tu sambut Anas dengan laungan azan. Ummi masuk labor room pukul 12pm (bukaan 3cm). Nak tunggu ke 6cm, 5 jam lbh jugak la. Tapi dari 6cm ke 10cm 5 minit je, huhu. Akhirnya Ummi selamat bersalin tepat jam 6.08 pm lepas 3 kali push. Kena bantu jugak dgn forsep sbb Ummi amik epi (nyesal tak sudah amik epi sbb sakit tak lama pun, hehe - Ummi amik epi 2 jam before bersalin, mmg nyesal!)
- Kos yang Ummi kena masa tu around RM 1,700.00 je
- Yang sedihnye, sekarang Pusat Rawatan tu dah tak de khidmat sambut baby. Doc tu pun dah pindah ke PH yang lain. Ummi nak bersalin kat die jugak ni. Tapi risau caj2 tersembunyi ni.
- Nak bersalin kat govt, ada lak pro & con nya, tapi lebih kpd con la plak, huhu...
- Nak bersalin kat mana ni?
Tuesday, November 23, 2010
Ummi @ 14 weeks pregnancy
Kenapa Kedah Perlis banjir teruk hari tu?
- Selatan Thailand banjir teruk (tapi nak mencucinya tak la teruk sbb govt diorang sangat2 membantu nak cuci semua kawasan yang terlibat)
- Jumlah hujan yang turun 4 hari berturut2 tanpa henti di Utara Semenanjung bersamaan dengan jumlah hujan untuk 1 bulan.
- Disebabkan jumlah hujan yang melebihi had, empangan2 tak dapat menampung lagi air yang terlalu banyak. So, Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Pedu di Kuala Nerang, Kedah terpaksa dibuka bagi melepaskan air yang terlalu banyak. Kalau air tak dilepaskan, kemungkinan empangan akan pecah, maka akan berlaku banjir besar.
- Fenomena air pasang di laut menyebakan air sungai tidak dapat mengalir ke laut. Sementara laluan air ke laut, air melimpah dulu ke kawasan2 berhampiran dan mengambil masa yang lama untuk surut.
- Difahamkan projek landasan keretapi berkembar turut menyumbang kepada banjir besar di Utara.
- Tempat2 yang selalu naik air, kali ni naik lagi teruk. (Rumah PIL masa 2005, air naik paras pinggang je. Kali ni, naik sampai ke paras dada) - Ada jugak yang terus tenggelam. Orang yang tinggi melayut 180cm pun terpaksa jinjat meredah banjir. Bayangkan la!
- Tempat2 yang tak pernah banjir pun, air naik sampai 2 kaki (paras lutut) dan ada jugak yang sampai ke paras pinggang.
- Banjir kali ni amik masa yang terlalu lama untuk surut. Ada yang seminggu tenggelam.
- Kebanyakan kawasan yang teruk2 berdekatan dengan kawasan pembinaan landasan keretapi berkembar.
- Anehnya, kawasan di seberang sini naik tinggi tapi kawasan yang di sebelah sana plak, kering. Selepas beberapa hari, bila air naik semakin tinggi, baru la kawasan di seberang sana turut banjir. Sebab air baru melimpah ke seberang sana.
- Ini kerana, bila landasan baru tu dibina, tanah dinaikkan lebih tinggi (sebab diorang bajet, bila banjir melanda, perjalanan keretapi takkan terjejas). Diorang cakap diorang dah buat saliran air yang cukup. Tapi masa kejadian, kenapa air tak mengalir dengan baik? Biarlah mereka yang telah dilantik menjalankan siasatan kan... Ummi tanak sentuh apa2, sebab isu ni terlalu sensitif. Ummi tak berpolitik di sini, Ummi tulis berdasarkan apa yang Ummi nampak, Ummi rasa dan alami sendiri.
- Ummi nampak semua ni tapi tak boleh nak amik gambar pemandangan tu sebab orang terlalu ramai berkumpul di atas flyover Jalan Tun Razak tu, kami naik pajero dan tak boleh nak berhenti. Lagipun kami agak tergamam dengan realiti dan kebenarannya. Kami lihat dengan mata kepala kami sendiri. Hari Khamis (4/11/2010) lebih kurang pukul 2pm, banjir dah naik ke paras lutut di Taman Rakyat, manakala di Alor Semadom, langsung takde air. Malah parit di kawasan Alor Semadom, air masih cetek. (Ni pemandangan dari atas flyover Jalan Tun Razak - bawahnya projek landasan keretapi berkembar tu). Taman PKNK di seberang jalan pun masih kering. Air naik ke kawasan2 itu pada hari Sabtu (6/11/2010)
Monday, November 22, 2010
alif-ba-ta-ba-ba-ba
Tuesday, November 16, 2010
Salam Aidil Adha
Monday, November 15, 2010
My 2nd Pregnancy @ 1st trimester
Sunday, November 14, 2010
Anas dan adik
Friday, November 12, 2010
Tips elak anak pelat
Bahasa Baku | Bahasa Kami (+loghat utagha) | Bahasa Anas |
Abah | Abah | Abah |
Ummi | Ummi | Ummi / Ammi |
Anas | Anas | Anah (kes orang utara la ni) |
Atuk | Atuk | A-tuk |
Nenda | Nenda | Nanny |
Mak Ngah | Bunga (Panggilan Anas kat Mak Ngah dia) | Ngang |
Mak Chik | Achik | A-chik |
Pak Teh | Ateh | Teh |
Mak Su | Ucu | Tcu |
Tok Wan (org utara) | Tok Wan | Tok |
Mak Tok (org utara) | Mak Tok | Mak / Tok |
Pak Ngah | Pak Ngah | Pak / Ngang |
Pak Lang | Pak Lang | Lang |
Mak Njang | Njang | Njang |
Mak Ndak | Ndak | Nak |
Pak Su | Pak Su | Tcu |
Lori | Lori | Low-ri |
Kereta | Kereta | Car |
Motor | Motor | Broom broom broom |
Cat / Kucing | Cat / Kucing | Miaw |
Ikan / Fish | Ikan / Fish | Ikang / Pish |
Bird / Burung | Bird / Burung | Bid / Rung |
Kolam | Kolam | Kolam |
Jatuh | Jatuh | Jatuh |
Duduk | Duduk | Duduk |
Sit down | Sit down | Dang |
Letak | Letak | Tak |
Tutup | Tutup | Tutup / Katup |
Air | Air / Ayaq | dulu Air, skrg Ayaq |
Minum | Minum | Minum |
Susu | Susu | Su-su |
Kakak | Kakak | Ka-kak |
Abang | Abang | Abang |
Adik | Adik | Adik |
Muntah | Muntah | Uwek (ajuk Ummi la ni) |
Buku / Book | Buku / Book | Book |
Kunci | Kunci | Tonci |
Lapar | Lapaq | Paq |
Makan | Mamam | Mamam |
Kentang | Kentang | Tang |
‘request for bf’ | Nenen | Nenen |
Tidur | Tidoq /Bum Bum | Tidoq / Bum Bum |
Bantal | Bantai | Atai |
Buang | Buang | Buang |
Kasut | Kasut | Tachut |
Pintu | Pintu | Pintu |
Ayam | Ayam | Ayam |
Nasi | Nasi | Achik |
Pisang | Pisang | Chang |
Buah | Buah | Buah |
Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards
Anas-Ummi-Abah
Anak susuan AshA's Family

Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi
Blog Archive
-
▼
2010
(158)
-
▼
November
(13)
- Resipi Laksa Ummi
- Bil Hospital Swasta Terlalu Mahal & TAK LOGIK!
- Ummi @ 14 weeks pregnancy
- Kenapa Kedah Perlis banjir teruk hari tu?
- alif-ba-ta-ba-ba-ba
- Salam Aidil Adha
- My 2nd Pregnancy @ 1st trimester
- Anas dan adik
- Tips elak anak pelat
- Tayang video Anas la plak...
- Alkisah banjir di Kedah 2010
- Shanghai Day 4 (Last day)
- Shanghai Day 3 - Suzhou 3
-
▼
November
(13)