"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, September 29, 2009

P4: Aidilfitri penuh air mata...

Air mata lagi... Maaf la shira buat ramai yang menangis... Kali ni korang takkan nangis dah kot... Shira cuma nak story pasal pagi raya kami yang penuh air mata... Shira pun dah tak nangis lagi dah... Last nangis masa pagi raya, 1 Syawal tu la...

Macam biasa, setiap pagi 1 Syawal, kita mesti salam2 raya, saling memohon maaf dan bermaafan kan... Kita sebagai anak, kena la memohon ampun dan maaf dari parents kita kan... Masa tu la hati kita akan ikhlas terbuka menerima nasihat dr ibu bapa kita kan...

Tiap2 tahun kami camtu... (Cuma tahun lepas je la aku tak rasa salam2 Ummi & Ayah di pagi 1 Syawal, tp aku salam2 Mak & Abah kat Arau) Alhamdulillah, tahun ni dengan insiden besar yang berlaku dlm keluarga kami, tahun ni giliran aku beraya kat Jitra dgn Ummi Ayah... (Giliran Abang plak first time 1 Syawal takde ngn family Abang...)

Selalunya kami akan bersalam2 raya before gi sembahyang raya atau lepas solat Subuh berjemaah. Tapi hari tu, first time pagi 1 Syawal Ayah beraya kat rumah Ibu... (Kesian Ayah, tahun ni setelah hampir 5 tahun Ayah kawin ngan Ibu, ni la first time Ibu raya pertama ngan Ayah... Tapi semua agak terkilan sbb Erika tak sempat nikmati suasana indah ni... Ayah paling terasa pemergian Erika di pagi Syawal tu... Kesian sangat kat Ayah, aku tahu Ayah agak terkilan coz sebelum2 ni Ayah biar diorang raya sendiri ngan family angkat sbb Ayah berahsia... Tiap2 tahun, Ayah mmg raya ngan kami... Tapi bila semua ok, bila kami dah tahu, dah boleh terima hidup baru, Ayah mesti excited nak raya dgn family baru dia... Tapi Allah dah atur semuanya, Erika pergi sebelum sempat sambut first raya dgn Ayah...)

Ayah balik umah before gi sembahyang raya. Semua gi sama, balik rumah after solat terus sarapan raya, then nak gerak gi kubur... Sebelum kuar umah kami berkumpul duduk sama2 nak salam2 la... As usual, aku sbgai anak sulung kena la mula dulu kan... So, aku pun bangun dok depan Ayah hulur tangan... Riak muka Ayah cam blur... Then Ayah cakap, sat... Pastu Ayah mula bicara... "Biasanya pagi raya anak2 yang akan minta maaf dari Ayah & Ummi, tapi hari ni, Ayah plak nak mintak maaf dari semua sbb selama ni Ayah simpan rahsia, dah dekat 5 tahun dah, Ayah minta maaf sangat2..." Ayah nangis... Aku nangis peluk paha Ayah, adik2 datang duduk keliling Ayah... Then Ayah sambung lagi, "Bukan maksud Ayah nak sorok semua ni tp Ayah takut Ummi, anak2 takleh terima. Tp Alhamdulillah, Ayah syukur sangat sbb Ummi boleh terima dengan baik, anak2 boleh terima, Ayah syukur sangat... Anak2 Ayah la yang bagi kekuatan kat Ummi & Ayah, Ayah seronok tengok keadaan ni..." Panjang lagi apa yang Ayah cakap pagi tu, aku pun tak bapa nak ingat coz banyak nangis lagi...

Antara apa yang Ayah ckp hr tu, Ayah harap kami dpt tolong Ibu & anak2 Ibu dekat dgn tarbiyah, kami kena tolong Ayah didik diorang sbb diorang masih baru dlm hidup kami, tak mcm kami yg dah lama dlm suasana jemaah & tarbiyah... Kami kena bimbing diorang... Insya'Allah, semua tu dah jadi tanggungjawab kita bersama... Kami akan bersama dgn Ayah walau apapun...

Aku dah tak mampu nak bercerita... Rasanya gambar2 ni boleh cerita semuanya...


Apapun, Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik... Kami pun semakin bahagia, Ayah makin ceria, Ummi makin bahagia jadi hamba Allah yang terpilih, aku makin matang dan rasa bertanggungjawab, untuk keluarga aku sendiri, untuk adik2 aku, untuk company, untuk jadi sumber kekuatan Ummi & Ayah, dan untuk keluarga baru aku, Ibu, adik2 tiri aku, Masturina & Maskamilia & adik kandung aku, Ikmal, juga Erika yang telah dijemput pulang... Adik2 aku pun semuanya makin matang, kami semua sangat2 menghargai setiap detik kami bersama... Hubungan semua makin erat dan akrab terutama antara dua keluarga... Aku pun makin rapat dgn Ibu, makin sayang kat Ummi & Ayah, makin hargai kasih sayang dan jasa mereka besarkan aku dlm didikan agama... Tak dapat bayangkan penerimaan aku klu aku takde iman yang kuat... (Kalau kalians ingat, masa raya tu kan ada keluar cite anak tikam diri sendiri sbb tertekan ayah dia kawin lagi ngn indon...) Mengucap panjang aku baca kisah tu. Alhamdulillah kami semua diberi didikan agama yang sempurna oleh Ummi & Ayah...

5 comments:

Suziey Ahmad said...

syukur semuanya dh kembali ke sedia kala walaupn xkan sama n exactly sama..tp at least..semga kebahagiaan sntiasa bsama shira n famili :)

Unknown said...

Salam lebaran penuh kemaafan dari k.iela. Maaf, rasanya banyak cite ttg syira yg k.iela terlepas pandang .. terlalu gembira berhari raya hingga terlupa pada yang berduka.. Takziah dari k.iela.. Sesungguhnya Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Buruk datangnya dari k.iela dan yang baik itu semestinya darinya. Moga tabah dan gembira menghadapi hari yang mendatang.

Nadiah Sidek said...

nangis lg akk baca entry ni. alhamdulillah ok dh semua. hebat benar perancangan Allah, kn?

Nazihah said...

assalmualaikum shiera..
alhamdulillah, aku tumpang bahagia dengan ape yg Allah kurniakan untuk family ko skrg..mmg cantik sgt susunan Allah s.w.t..
sebenarnya Allah memang dah tentukan masa yang paling sesuai utk Dia revealkan semua ni.masa yang sesuai bila korg semua dah betul2 sedia dan matang utk terima semua ni..
apepun,sebenarnya Qada' dan Qadar Allah tu tersembunyi seribu rahmat dan hikmah yg kita sendiri x sangka.yg penting kite redha dan tabah dengan segala ketentuanNya..
shiera,aku kagum dan bangga dengan family ko.aku kagum dan bangga dengan kemuliaan hati ayah ko dan aku bangga dengan semangat dan ketabahan korang semua..inilah sebenarnya contoh insan rabbani hasil didikan fikrah dan tarbiyyah =)
family ko mmg betul2 istimewa sebab dipilih oleh Allah swt untuk terima ujian dan dugaan daripada Dia.mmg tepat skali ape yg ko tulis dalam entry2 ko,kite sepatutnya rasa bertuah dan bersyukur sbb dipilih oleh Allah swt untuk diuji keimanan kita..itu tandanya Allah pedulikan hamba-hambaNya dan ada rasa kasih dan sayang pada kita..aku bersyukur dan bangga sebab mempunyai seorang sahabat yang kuat dan tabah mcm ko..
apepun,aku doakan semoga family ko sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan sepanjang hidup.korang dah buktikan yg family korang sangat redha dan beriman dengan segala Qada' dan Qadar Allah swt..alhamdulillah..
love u my dear friend...=)

shakeymirza said...

setiap kali baca entry syira kebelakangan ni..murah je airmata ni kluar...

syira tahniah sbb family shira semakin bahagia...
wlu ape pun yg terjadi semua ni ujian Allah tuk menguji keimanan...Alhamdullilah family syira dpt lalui dgn penuh keimanan...syukur...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi