"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, September 27, 2009

Pt.2: Adik aku meninggal....

Bersambung dari kisah part 1, kami balik berbuka puasa kat Arau kan… Masa dengar azan, kami terus buka puasa, aku sempat minum seteguk air, makan sebiji kurma, nak pegang nasi ja, HP aku bunyi, ringtone Ummi… Bila aku jawab call, Angah yang call upenye, nangis2…

“Along, along kat mana?”

“Along kat Arau,”

“Along, anak Ayah meninggal…” Aku terkedu, tercegat jap kat situ…

“Yang mana satu?”

“Erika…. Along balik na, Ummi Ayah kat Hospital Jitra, Ayah pengsan…”

Dengar je Ayah pengsan, aku terus sembam muka kat paha Abang. “Ok, nanti Along balik…” Aku letak tepon…

“Kenapa Sha?” “Awat Kak Long?” Aku takleh nak jawab, aku menangis teresak2, air mata berjurai2… Abang usap2 belakang aku, “Cakap kat Abang, kenapa ni…”


Aku nak cakap tapi tak boleh, air mata aku lagi laju dari kata2 aku… Lama aku amik masa, “Erika meninggal, Abang jom balik, Ayah pengsan…” Abang peluk aku. Then aku bangun, nak bersiap2 nak balik… Abang, Mak pujuk aku suh makan bebuka puasa dulu… Aku taknak, diorang paksa gak… Aku makan jugak… Pastu cepat2 gi solat, terus naik keta, balik… Abang bawak keta laju gila. Perjalanan dr Arau ke Jitra 15 minit je padahal slalunya setengah jam gak la…


Sampai je kat Kecemasan Hospital Jitra, Mak Lang n cousins aku dah ada kat sana. Then aku nampak Ummi pimpin Ayah keluar dari Wad Kecemasan… Aku terus peluk Ayah, hilang rasa marah kat Ayah sebelum2 ni… Aku peluk Ayah kuat2 sambil aku dok dukung Anas lagi… “Along, tak sempat nak jumpa adik Along…” Ayah nangis… “Sabar Ayah, Allah sayang dia, dah jamin syurga dah dia Ayah…” Aku tak pernah tengok Ayah selemah ni… Kesiannya Ayah…


Then, cousin aku Izwa dtg amik Anas. Aku bawak Ayah duduk kat kerusi. Aku duduk sebelah Ayah, pegang tangan Ayah, cuba tenangkan Ayah… Baju Ayah, Ummi basah, bau muntah… Mungkin muntah adik Erika… Then, Ummi ajak aku masuk tengok jenazah adik…


Itulah kali pertama aku berjumpa dengan adik aku, dia dah kaku. Allah tak izin kami nak beraya sama2, Allah lebih sayangkan dia… Aku hampir rebah di sisi jenazah adikku, sayu tengok wajah adik yang baru pertama kali aku lihat tapi dia dah kaku… Dia kecik lagi, baru nak masuk 4 tahun, kesian sangat… Rasa sayang sangat kat dia… Dia sangat comel…


Baru sahaja mengenalimu, tidak sempat bertemu, Allah lebih menyayangimu.. Pergimu di bulan Ramadhan, syurga sedia menantimu dik... Semoga dikau tenang di sana... Kami amat menyayangimu....


Erika lemas dalam kolam ikan belakang rumah. Terjatuh agaknya… Masa tu Ibu tengah masak untuk berbuka. Ibu masak bihun goring tapi Erika teringin nak makan nasi ayam. Kebetulan, giliran Ayah kat rumah sana, so Ayah keluar gi Bazaar Ramadhan cari nasi ayam untuk Erika. Masa tu lah Erika main sorang2 kat kolam tu, baru siap je sebenarnya… Ikan pun kecik2 lagi, baru taruk… Ibu dah larang Erika main tapi dia cakap dia nak tengok2 je…


Agaknya masa Ibu tengah ralit masak tu, dia teringin nak kocak2 air, mungkin masa tu dia terjatuh… Ibu bukannya ralit sangat pun cuma Ibu buka kitchen exhaust fan, kan bunyi dia bising… Sambil2 tu memang Ibu dok panggil2 Erika suh masuk coz dah nak Maghrib… Lepas Ibu tutup exhaust fan tu, senyap je, dah tak dengar suara Erika… So, Ibu keluar gi cari dia kat kolam. Tapi dia takde kat situ… Ibu risau dia main kat depan, takut kena culik coz ramai Indon dok wat keje. Kawasan umah tu baru lagi, ramai pekerja asing lagi kat situ… Kat depan takde pun, pastu Ibu patah balik ke belakang, then nampak kasut Erika terapung kat dalam kolam ikan tu… Masa tu la Ibu nampak Erika dah tertiarap kat dasar kolam… Ibu cepat2 terjun, angkat Erika ke atas… Pastu ibu goncang2 badan dia, air keluar banyak tp Erika masih tak sedar. Ibu ingat dia pengsan ja… Then Ibu bawak masuk ke dapur, tekan2 perut dia, Erika muntah lagi, banyak jugak… Masa tu Ayah dah sampai ngan Ummi, coz Ayah balik umah kami sekejap. Dapat je call dr Ibu, Ayah terus gi sana, Ummi pun ikut, sampai tak sempat pakai kasut… (Tu la first time Ummi jumpa Ibu, first time Ummi sampai ke rumah Ayah satu lagi tu). Cepat2 Ummi n Ayah bawak Erika gi Hospital Jitra, Ibu tak ikut coz Ikmal tido. Sampai ja kat hospital, doctor dah sahkan Erika dah meninggal. Ayah terus lembik… Ummi cakap mungkin meninggal dalam perjalanan coz dalam kete Ummi dah rasa nadi dia, dah takde… Ayah dah down gile, Ummi la yang uruskan sume… Angah lepas buka puasa baru gi amik Ibu kat umah bawak gi hospital.


Pak Lang yang gi buat report coz Ayah memang dah tak sanggup. Ayah, Ummi, Ibu tak buka puasa lagi. Tak tahu la pukul berapa diorang berbuka tp mmg lmbt. Tu pun lepas aku n Abang gi belikan roti n air… Air minum seteguk je…


Aku tak pasti pukul berapa bawak balik jenazah ke rumah. Tapi sayu sangat suasana malam tu… Ye la, dia kecik lagi, periang n banyak cakap Erika tu. Ni pun aku dengar2 orang cerita la sbb aku sendiri tak pernah jumpa dia…


Esoknya, aku tolong buat persiapan nak kafan, then aku jirus adik aku mandi, buat kali pertama dan kali terakhir… Lepas kafan, aku cium dahi dan pipi dia… Masa nak tutup muka dia, darah keluar dari hidung dia… Masa tu Ayah aku lembik, terduduk terus kat kaki Erika… Abang cepat2 gi kat Ayah… Alhamdulillah semuanya selesai sebelum matahari terpacak atas kepala…


Tapi apa yang aku nak cerita, semua yang datang ziarah jenazah kat rumah Ayah n Ibu, kebanyakan semua tahu pasal Ayah kawin lagi. Dan kebanyakan diorang tak tahu yang kami sekeluarga dah tahu… So, semua muka cam terkejut tengok kami pun ada kat situ… Ramai yang menghulurkan simpati, tak kurang yang minta maaf sbb selama ni diorang sorokkan dari kami. Diorang tanya gak cmna kami boleh tau… Kami cakap la kami dah tahu lama dah sebelum kejadian ni lagi… Ramai yang assume kami baru tau masa kejadian ni… Nope, Allah tu Maha Adil. Dia dah susun semuanya, dah teratur dah… Bayangkan kalau masa kejadian tu, kami belum tahu apa2 lagi, mesti huru hara kan… Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami cadang nak bertemu raya tapi Allah cepatkan pertemuan kami. Mungkin agak sedih bertemu dalam suasana mcm ni tp hikmah kan semuanya, Allah dah atur dah… Ummi tak pernah lepas tangan Ibu. Ummi sentiasa bersama madu dia, tenteramkan madu dia yang baru kehilangan anak… Abang plak yang selama ni takde peluang nak dekat dengan Ayah, makin rapat dengan Ayah. Malah Ayah harapkan Abang dalam apa2 pun… Semua Ayah serah kat Abang… Kami plak bertemu dengan Ibu, hilang segala rasa marah, geram… Yang ada cuma rasa simpati, rasa nak tolong gembirakan dia, rasa nak tolong bagi kekuatan kat dia, rasa nak bersama dgn dia supaya dia boleh teruskan hidup…


All those things happen dlm bulan Ramadhan yang mulia, dalam suasana Syawal yang makin terasa… Di sebalik satu pertemuan, kami menangisi satu pemergian… Semuanya mengundang air mata… Kiranya Ramadhan dan Syawal kami kali ni penuh air mata la… Tapi Allah hadiahkan kami satu penyatuan, penyatuan yang terjalin ikhlas kerana Allah...


Tujuan aku coretkan jugak kisah ni, antaranya sbb aku taknak orang pandang serong kat Ayah aku... He is the best father ever... Dia bukan kawin dengan anak dara, dia kawin dengan janda anak dua sbb nak tolong orang tu... Dulu Ibu aku susah... Ayah aku siap tolong sekolahkan anak2 tiri dia... Adik2 tiri aku skrg kat sekolah agama, dah pandai jaga solat diorang... Ayah aku buat pengorbanan besar sbb nak tolong orang susah dan jaga kebajikan tanggungan dia, nak selamatkan didikan agama tanggungan dia... Tu yang dianjurkan Islam... Ayah tak pernah abaikan kami, Ayah adil kat semua cuma mungkin sebelum ni Ayah jarang kat sana sbb Ayah berahsia... Ayah aku nikah dengan Ibu secara sah, bukan kat Siam... Kat Perlis kan boleh nikah without first wife permission... Aku takkan biarkan orang buruk2kan Ayah aku...


Then aku taknak orang pikir yang bukan2 kat Ummi aku... Aku nak semua orang tahu Ummi aku ikhlas dan redha terima kehidupan baru dia... Dia nak jalani kehidupan yang positif dan bahagia... Allah dah tentukan ini jalan dia... After all those things, Ummi dan Ayah makin happy... So, aku tanak orang cakap2 belakang yang Ummi aku just tunjuk ceria depan orang je walhal Ummi aku pendam rasa kat belakang... Untuk makluman semua yang pikir Ummi aku camtu, korang sume silap... Ummi bahagia skrg, Ummi bahagia jadi hamba Allah yang terpilih, harungi ujian Allah yang Maha Hebat ni... Ummi bahagia jadi hamba Allah yang redha dengan ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk hidup dia... Ummi sangat2 happy sekarang... Ayah pun dah banyak berubah, dah makin sihat... Rasanya darah tinggi ayah pun dah makin kurang...


Pastu aku nak kongsi dengan semua orang tentang moral of the story... Bak kata Ummi aku, kita kena yakin Allah tu ada, kita kena percaya Qada' dan Qadar Allah, kena yakin Allah sayangkan kita sebab tu Allah bagi ujian kat kita sebab nak uji tahap keimanan kita... Beruntunglah kita diuji oleh Allah sbb kita tahu Allah sayangkan kita... Jangan menidakkan yang Allah dah halalkan sebab poligami tu halal. Memang la kita sbagai perempuan susah nak terima tapi benda tu bukan dosa pun... Then pesan Ummi, jangan dikenang apa yang telah berlalu, put in the dark room, jangan buka2 dah... Kita nak hidup dengan apa yang akan datang bukan dengan apa yang telah berlalu... So, yang berlalu, biarkan berlalu... Yang penting iklhlas dan redha menerima segalanya... Bila kita redha, kita takkan ungkit apa2 pun yang telah berlalu... Aku pun masih dalam proses... Apa yang aku nak buat skrg, aku nak jalani kehidupan yang bahagia... So, bila aku tak redha, aku takkan bahagia kan...


Lepas ni nak cite pengalaman raya plak...


To be continued....

13 comments:

salmal's said...

salam shira .. sedihnya akak baca kisah shira ni. menitik aiirmata.tulah , diri ini pun selalu tertanya-tanya adakah Allah sayang kita?// Ujian tu sebenarnya menunjukkan Allah pedulikan kita, ambik tahu hal kita. MOga Shira tabah menjalani hidup seterusnya bersama keluarga tersayang.

mama uzma said...

Ya Allah...
besarnya dugaan yg awk hadapi...

iena kagum ngan ummi awk..
mmg cekal dan tabah..klu iena di tempat awk pun iena akan jadi mcm awk..tapi itulah..semuanya dah tertuliskan...

sedih iena baca kisah arwah adik tiri awk...cara dia pergi pun mmg menyedihkan..tapi syurga tempatnya..sabar ye wak..

Atiqah said...

Alhamdulillah selesai bce both part sekaligus..
Alhamdulillah ada sesuatu yg tiqah pelajari yg sgt berharga utk dri tiqah.
Tiqah suka kiriman email dr adik kak Shakira, kalo x silap kak Mun kn..
email tu terkesan kat hati tiqah..mungkin sbb selama ni tiqah hidup ats kenangan silam..mengenangkan dendam yg lps..
thanks kak shakira sudi berkongsi..
moga kak shakira dan sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah ni.
setiap insan Allah uji dengan ujian yg berbeza-beza. kat sni tiqah nk tekankan perempuan..sbb kte sbg perempuan kte lebih terasa dgn kisah ni.
Allah uji pmpn yg berkahwin dgn pelbagai bentuk ujian. Allah tau umi kak shakira kuat utk hadapi ujian tu sbb tu la Allah bg ujian tu. tp bg umi org lain mgkn tidak. mgkn dlm bentuk dan situasi yg berbeza.
begitu juga kte sbg ank..kte mgkn kuat utk sme2 papah umi kte, atau kte mgkn jg jd rapuh dan layu sprt mereka.
Kak shakira dan kak Mun sgt kuat dan tabah sbnrnye..as compared to me, tiqah mcm daun kering kalo dipijak tggl debu je.
tiqah sgt lemah utk kuatkan umi tiqah.

Aidilfitri kali ini mgkn juga thn2 yg sblmnye..tidaklah seindah mana bg tiqah dan umi. Allah uji kami setiap thn mgkn sbb Allah tau kami kuat utk teruskan hidup dgn ujian tu.

mudahan Allah bntu kte...
moga Allah syg family kak shakira dan family tiqah..amin

Nadiah Sidek said...

sebaknya baca entry ni. shira sekeluarga antara hambaNya yg terpilih utk diuji sedemikian rupa. insyaAllah pasti ada hikmahnya dan mdh2an kebahagiaan yg hakiki diperoleh shira sekeluarga..ameen..

Mommy Lyna said...

sedihnya saya baca pasal arwah... bukan ape sebab penah rasa kehilangan, adik sendiri juga.

arwah ni lebih2 lagi tak penah jumpe & baru tahu kan.

mungkin ada hikmah besar di sebaliknya. aturan Allah dah cukup cantik kan.

semoga arwah menjadi penarik ibubapanya ke syurga...

Suziey Ahmad said...

innalillah..ya Allah..bertimpa2 ujian keluarga shira..semga shira n famili tabah hadapi dugaanNya..akk baca pn dh dpt rs camne cemas nya ibu shira tu..ya Allah..dpt bayagkan..kalu akk kt tpt kejadian,.mmg lemah longlai lutut ni..tgk anak kt dasar kolam ikan..huhu..al-fatihah utk anak kecil tu..Tuhan lebih menyayangi Erika..

f a i z a h 's said...

speechless...mg allah merahmati shaakira sekeluarga...ameen

Fara said...

shira...sy tau awak kuat walau saya x kenal awak...tp sy yakin iman awak kuat unt terima semuanya.

smg shira n family hepi dlm rahmat Allah.

✿ Zetty84 ✿ said...

Innalillah...
baru jer pagi tadi member ofis zati cita kisah ni...
x tau lak berkait dgn awk...
sabar bebyk erk...
suma dugaan dari Yang Maha Esa...

mamaEsya said...

shira, tabahkan hati...betul shira cakap, Allah da aturkan dengan baik sume benda... mamaEsya sgt kagum dgn ape yg mamaEsya baca.... shira kene kuat utk ummi, ayah n kuarga shira, k....

Pija Madzlan said...

shira, semoga ALLAH beri ketenangan atas setiap keping hati dalam keluarga shira...sabar itu pasti akan keluarkan hasilnya insya ALLAH...

shakeymirza said...

menitik2 airmata sy baca setiap ayat yg awk tulis..ntah la ..rase insaf....
thanx shira sbb share sesuatu yg agak peribadi tuk sama2 amek pedoman....

Ibu Ayra said...

k.long, jadilah setabah ummi utk menghadapi masa depan dgn family tersayang...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi