"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, September 29, 2009

Pt.3: Keluarga kami makin happy & bahagia...

Ya, 100% aku cakap, family kami makin bahagia... Ayah aku makin tenang sbb dah tak perlu berahsia... Then dia pun senang hati coz dua2 isteri dia boleh duduk sekali... Terus terang aku cakap, Ummi & Ibu boleh naik satu kereta, Ayah la yg drive kan...

Ummi sangat positive... Ummi, Along kagum sangat dengan Ummi... Mungkin Ummi pun akan baca blog Along ni kan... Along harap Ummi tak salah faham niat Along story hal ni kat public... Along tak buka aib sesiapa kan... Along cuma nak betulkan cakap2 orang keliling kita... Along tahu Ayah kadang2 tension sbb ada yang jumpa Ayah kat mana2, diorang tak tahu yang Ayah ada wife sorang lagi, diorang dok kata Ayah bawak gilfriend... Jatuh la air muka Ayah bila orang cakap dia camtu kan... So, apa salahnya kita declare, biar orang tahu Ayah bukan buat maksiat tapi Ayah buat kebajikan...

Along faham benda ni perit untuk kita share dgn orang tp lagi perit bila orang dok ngumpat family kita kt belakang... Kita happy kan Ummi dengan life kita skrg... Angah, Kak Chik, Nazim, Maya... Kita happy kan ada keluarga besar... Ada sekali tu masa Along ngan Balong masih kat rumah Bkt Indah, masa tu Ayah, Ummi, Maya dok tengok TV kat atas... Along kat bawah dengar Ayah dok bercerita, then sume leh gelak2 happy... Along suka sangat keadaan camtu sbb sebelum ni Along jarang dengar susana camtu... Sebelum ni Ayah serius sgt, skrg Ayah dah ceria...

Kita kena bantu Ibu, Masturina, Maskamilia & Ikmal kan... Bawak diorang hidup dalam suasana Tarbiyah mcm kita... Itu yang Ayah pesan kan... Kita positif dgn keluarga baru kita...

Bila kita positif, baru orang keliling kita yang slalu dok ngata kat belakang tu akan positif jugak kan... Baru la kita leh tutup mulut diorang kan...

Along bangga dengan Ayah, Along bangga dengan Ummi, Along bangga jadi anak Ummi & Ayah, Along bangga ada adik2 yang menjadi sumber kekuatan Along... Abang, Sha bangga jadi isteri Abang, thanks sbb banyak main peranan yg besar dlm membentuk kebahagiaan keluarga besar kita... Thanks sbb sentiasa bersama dgn Ayah masa dia sangat2 perlukan seseorang utk meluahkan rasa hati dia...

Ayah, Along sayang Ayah sangat2! Along harap Ayah boleh buat yang terbaik, kami akan bantu Ayah untuk Adil... Sungguh, Along bangga ayah jadi Ayah Along!

7 comments:

f a i z a h 's said...

Positive~! mg sgalanya akn baek2 shj...ameen

UmmiKhayra said...

Salam Shira
Dah baca sume part kisah shira... Wahhh... banyaknya bende jadi kat keluarga shira kan? Tapi sumenya ada hikmah disebaliknya. Tengok, sekarang semua dah ceria, makin bahagia.. :) Salute dengan ummi shira sebab dapat terima dengan positifnya. Bagusnya ayah shira, sebab dapat berlaku adil dan sangat bertanggungjawab.. Dan suami shira serta adik2 shira yang menyokong shira dan membantu shira tuk terima semua ni dengan positif.. :)

Insyaallah, bila semuanya positif, kita terima dengan redha, Allah akan permudahkan untuk kita. :)

Moga Shira and family bertambah-tambah bahagia.. :)

Munsyi said...

Br tau cite ni. Harap dpt bsangka baik dgn Allah. Stp yg blaku, ada hikmahnya. Semoga keluarga kak dirahmati Allah sentiasa.

syaheed said...

salam,k.shira...semoga keluarga ini sentiasa mendapat rahmat Allah...setiap sesuatu ada hikmahnya...

shakeymirza said...

dalam masa yg singkat macam2 terjadi pada awk..apa pun sy kagum dgn semngat yg ada pada setiap ahli keluarga awk...
shira...sy akan sentiasa doakan kebahagiaan awk n family...mg Allah bahagiakan semua...

Dayah @ Real Ummu said...

Salam Shira
dah khatam pun saja baca smua..mmg senang utk dayah perkatakan di sini kerana bukan bahu dayah yg memikulnya..

tapi Shira, bila pertama kali lihat wajah ayah Shira ( kalau tak salah, ada gambar dia dlm blog ni) dan tengok Shira sekeluarga..dayah dah tau bagaimana Shira dna adik2 dididik. Alhamdulillah, dayah katakan kalian berada dlm keluarga yg sakinah, biah yg solehah.

Maka , bila dpt tahu ayah Shira kwin lagi, dayah cukup pasti akan tujuan,matlamat dan niat ayah Shira, kerana dia org yg berilmu, anak2 dididik dgn ilmu agama yg tinggi. Bukan berkawin lain sebagaimana sesetengah 'golongn' yg mengikut nafsu,status, glamer dn sebagainya.

Dayah pasti seorang lelaki seprti ayah Shira yang tinggi ilmu agamanya, berkemampuan akan dpt berlaku adil. dan terimalah kabar baru ini sebagai suatu landasan yg akan mengeratkan kalian 2 keluarga mnjadi SATU.

Maaf terpanjang...

Anonymous said...

Shira..
alhamdulillah...syukur sgt2 bila semuanya dah selesai...

iena sbg sahabat awk..bangga dgn awk dan ahli keluarga awk..kuat..tabah dan cekal hadapi semua ujian Allah..lagi2 ummi awk..

iena doakan semoga keluarga shira trus bahagia...amin

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi