"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, February 23, 2010

Soal jawab breastfeeding dgn Dr.Balkees

Assalamualaikum Anas yang comel... Rasulullah ada berpesan, sampaikanlah ilmu walau satu ayat... Kita kena kongsi ilmu yang kita dapat dengan orang lain dan sebarkanlah yang baik2 agar ajaran Islam tu berkembang dengan baik... Anas sayang, ilmu Allah tu sangat banyak... Belum habis pun manusia di muka bumi ni mengkaji ttg ilmu2 Allah yang Maha Besar ini... Andai kita menulis ilmu2 Allah dengan 7 lautan dakwat sekalipun, masih ada lagi ilmu2 Allah itu... Bayangkanlah betapa luasnya ilmu Allah...

Kali ni Ummi nak kongsi apa yang Dr. Balkees cakap masa breastfeeding session kat gathering hari tu... Dr.Balkees ni paed merangkap LC kat Pantai Hospital, Penang... Breastfeeding session hari tu citer pasal weight bf baby...

~Dr.Balkees yang pakai baju peach~

First soalan Dr. Balkees, who think that your baby is underwight? Ummi suh Abah angkat tangan coz Abah rasa cmtu, keh3...

Dr. Balkees keluarkan chart, mcm yg Ummi tunjukkan kat entry ini, boleh rujuk link2 yg ada dalam entry tu for more details... So, berat Anas is normal dan sihat... So, mommies tak perlu risau sbb chart yang klinik2 kesihatan kasik tu based on FM baby nye growth...

Kat Malaysia ni memang tahap kesedaran tentang kebaikan susu ibu sangat2 rendah sampai Dr, Balkees cakap, kita ibu2 yang memperjuangkan pasal BF ni dah jadi mcm alien kat tempat kite sendiri... Ibu2 yang nursing baby diorang kat public hatta dlm nursing room sekalipun org asyik pandang2 je... tambah2 la klu anak tu dh boleh jalan, mmg org akan pandang pelik je... Kite plak kena berkempen untuk penyusuan susu ibu padahal benda tu fitrah sejak dulu lagi dan itu yang Allah kurniakan untuk para ibu dan babies...

Perasan tak orang sekarang rasa, baby ataupun kanak2 bawah 3 tahun tu wajib minum susu mengikut sukatan2 tertentu mengikut peringkat umur ...hadoi, paham tak ape Ummi cakap nih? Ummi pun pening nak explain, haha... Maksudnya, kalau la orang cakap, oh, baby setahun kena minum susu 6oz lima kali sehari plus makanan pelengkap (Ummi pun tak tahu bape sukatan ni, hantam saja), kita pun ikut je tanpa pikir perut baby tu dah full ke ape ke...

Baby ni dilahirkan dengan perut yang hanya sebesar duit syiling 10 sen... sangat kecil kan... Perut tu akan membesar ikut apa yang kita kasik dia makan... Means, kata Dr. Balkees, klu dr lahir kita bagi dia FM (yang lebih tepu, pekat dan berlemak), perut dia akan lebih besar berbanding baby yang minum susu ibu sejak lahir... Susu ibu ni lebih cair, ada lemak (hindmilk) di akhir2 penyusuan sahaja yang mengenyangkan baby dan membantu tumbesaran dia... So, perut baby bf lbh kecil sbb susu ibu cpt hadam dan menguatkan tulang...

So, kalau kita bagi byk makanan + susu, ikut sukatan yang dicadangkan (tanpa ikut keperluan tampungan perut baby), baby akan overfeeding seterusnya akan muntah2... Kalau kita pun kan, klu tlebih makan, akan rasa sebu, muak, sengkak kan...

Lagi pasal underweight ni, Dr. Balkees cakap tumbesaran bf baby & fm baby mmg berbeza coz fm kan susah nak hadam & dia akan tersimpan lama dalam perut baby yg akan bertukar jadi lemak. So, fm baby akan membesar lebar ke tepi, sbb tu fm baby sume chubby... susu ibu plak teksturnya lbh halus, mudah hadam & akan diserap oleh tulang utk kuatkan tulang. So, bf baby ni tulang lbh kuat & dia membesar memanjang (makin tinggi la). Betul tak? Anas mmg camtu...

Then Dr.Balkees ada cakap pasal DHA yang pengeluar2 fm dok kecoh2 tu. Dia cakap, kandungan susu ibu lagi banyak DHA untuk perkembangan otak bayi, lagi original, lagi natural... Kalau DHA dlm fm tu, ia dikaji dalam lab, for sure ada chemicals...

Ha, satu fakta baru yang Ummi dapat... Selama ni Ummi sendiri pun ingat susu adalah makanan utama baby & kanak2 bawah 2 tahun, dan solid food tu sebagai pelengkap... Tapi Dr. Balkees de terangkan sebenarnya makanan pejal is makanan utama baby dan susu tu sebagai pelengkap, for bf babies lah... Bila baby dah boleh makan solid food (6 bulan ke atas) susu adalah sebagai pelengkap. Doesn't matter kalau baby tak berapa kuat nyusu lps makan, sbb dia dah kenyang dengan makanan pejal... Ni jawapan Dr.Balkess kpd soalan siapa ek, Ummi tak ingat. Dia de masalah baby tak berapa nak minum susu.. Hm, Anas pun sama, siang2 kat nursery mmg tanak minum susu... Bila Dr.Balkees ckp camtu, lega la sket Ummi dengar sbb malam2 mmg Anas kuat nyusu, tak sempat nak rasa full langsung pun...

Dr. Balkees cakap kalau anak takmo minum susu kt nursery, ada dua cara:
  1. Bekalkan makanan pejal secukupnya + biskut & fruits for his desert + air masak.
  2. Bagi anak minum susu guna sudu atau cawan. Lebih baik mcm ni dari bagi botol.
(oh ya, makanan pejal tu, tekstur dia kena la ikut usia anak. kalau br mula solid food, blend bubur bagi halus, sehalus-halusnya. 2nd stage, lecek2kan je makanan dia, 3rd stage dah boleh kasi ketul2 sikit. kalau dah besar pun still blend halus2, sure die susah nak makan nanti)

Ummi de tanya pasal susu soya (kan bs Anas de kasik susu soya). Tegas Dr.Balkees, soy milk cannot be given to baby bawah setahun. Most of babies allergic dgn kekacang, moreover soy milk ni tade ape2 nutrition utk mbantu perkembangan baby pun... Then Dr. Balkees de cakap lps anak dah setahun, boleh bagi fresh milk (bukan formula milk tau!)

Fresh milk & Formula milk are two different things... So, baby setahun dah boleh minum Fresh Milk, lebih baik dari Formula Milk. Pilih yang fresh, full cream bukan low fat... Huh, sebulan lagi for Anas, lepas ni boleh minum fresh milk...

Ada sorang ibu ni cite masalah die susu dah kering, terpaksa kasik anak die fm jugak. So, Dr tanya cara dia pumping camne... Banyak la isu yang disembangkan pasal pumping session ni tmasuk la nursing room kat ofis... Mmg kbykn tmpt keje tak provide nursing room. So, kite kena fight for that...

Hm, pasal nursing ni kan, mmg Ummi kecewa sangat dgn mentality masyarakat kita... Baru2 ni Ummi de survey nursery baru utk Anas... Tempat die mmg ok, cantik, kemas, budak2 pun tak ramai, tempat ni pun mmg famous kat Alor Setar ni, dekat sangat dgt ofis Ummi... Tapi 1 je problem, pengurusan tak kasik Ummi dtg during lunch time mcm slalu, agak mengganggu diorang katanya... Huh, tak jadi la... Lagipun lps sembang2 dgn pihak nursery Anas skrg, Ummi tgk mcm dah ok, hopefully akan terus ok, cuma Anas je yang susah nak berenggang dgn Ummi, dah pandai nangis kuat2 kalau kena tinggal...

Hm, ibu2 yang de join gathering hari tu, kalau ade ape2 yang Dr.Balkees cakap hari tu, Ummi tak citer kat sini, tolong top up ek... Shira pun tak bape ingat sangat...

Haha, bila baca balik dari atas, Ummi ni macam tulis report plak... Haha... Tape lah kan, asalkan dapat share info dgn mommies out there yang tgh susah hati pasal berat anak nih... Bukan kita tak kasik campur2 dgn fm tapi seboleh2nya tak la. FM bukan solution utk naikkan berat baby. Kecik2 pun, kalau dia aktif, sihat, ceria kan lebih afdhal.

Ha, Kak Shida ade cite pasal kat US ade wat kajian kaitan criminal dgn breastfeeding tau! Bila dikaji, penjenayah2 kat sana kesemuanya tak minum susu ibu masa kecik... So, pilihan di tangan ibu2 sekelian, cakap2 orang keliling bukan penyebab kita nak kasik FM. Sesungguhnya character anak2 yang minum susu ibu ni lebih lembut, penyayang dan cerdas... Boleh baca kat blog IZZA.. Kalau kat Barat kan, susah sangat nak jumpa FM, kalau ada pun sangat2 mahal. Cuma ibu2 yang menghadapi masalah je kasik anak FM. Pulak tu, FM kat Malaysia ni sume imported kan...

P/S: risau plak akan ada entry sentap dr mana2 ibu yang kasik FM lepas ni, huhu... Shira tak berniat nak kata FM tu tak bagus... Entry ni hanyalah untuk share info ttg susu ibu yang Dr.Balkees sampaikan tu kpd kawan2 yang tak dapat dtg gathering hr tu.
Then, Shira rasa Shira perlu berkempen sikit ttg breastfeeding dan semoga lps ni lebih ramai yang breastfeed baby kalian... Jangan sentap2 ya... Peace no War, Sharing is Caring...


Ummi & Abah sayang Anas!

11 comments:

Ena said...

salam..

sy pon sedih sbb x dapat fully breasfeeding kedua2 anak sy.. bukan sy menyekay or x nak kasi tp memg x der rezeki nak kais lame.. mcm2 cara yg sy buat utk banyakkan sus.. tp still makin kurg setiap sehinggalah x der lagsung.. mase tu memg menages sbb memg nak kasi anak bf sepenuhnya sekurang2 nya 2 tahun.. tp baru 5 tahun dah x der stok lg..
sy x terase ngan n3 nie.. malah sy bangga bile ada ibu2 yg dapat fully bf anak2 mereka. Tahniah yer.. sbb masih lg fully BF mother..
memg sy akui kekurangan FM tp sy tiada pilihan. hu3x..

Ummi Shira (AshAnas) said...

alamak ena, rs bsalah la plak saya ni... sy faham mslh awak, makcik sy pun sama... km bsalin pd masa yang sama, jarak 10 hari je... km sm2 nak susukan anak tp die tak dapat buat cmtu... mcm2 cara dia cuba, sy slalu ckp kt dia, buat gini gitu, tp ttp xde susu... so, dia give up n trus kasik fm... mmg kesian sgt2... dr.balkees pun ckp bkn sume fm yang tak brapa bagus, pediasure is ok.. ramai yg ckp cmtu...

hm, utk bkongsi mslh ataupun for ur next baby, sy dulu amalkan penjagaan breast n makanan utk bagi ada susu since preggy lg, alhamdulillah...

transformed housewife said...

takpe pjg lebar pun. ada org still baca ;D

Ena said...

asha,
jgn risau, sy x terase pon ngan n3 awak nie.. sy sbnarnye seronok bile ada ibu2 yg berjaya fully bf kat anak2 diorg..
sy penah bg pediasure kat anak sy tp bile sy check susu tu kat halal jakim, susu tu x der lam senarai pulak.. terus sy stop kasi kat anak sy.. by susu snow & ducth lady jer.. :)

Nadiah Sidek said...

baguskan program2 mcm ni. baru kita dpt ilmu. 1 masa nnt, harapnya semua rakyat malaysia support breastfeeding. takde la timbul isu baby BF underweight lg ;)

ibu_Arifa said...

terima kasih sbb buat entry khas ni. tu lah kak min mmg setuju bab mommies yg BF ni mcm alien, sbb ramai yg sokong suka dgn ibu2 yg bg FM, sbb anak2 diorg gebu2 belaka. lebih2 lagi kalo 'ayat2 tersentap tu" dtg dari keluarga sendiri..mcm nk nangis jer rasa.

harap lepas ni, kesedaran ttg BF ni akan lebih meluas lagi dan jgn pandang sebelah mata segala usaha yg dilakukan oleh ibu-ibu yg BF ni sbb lagi byk cabaran yg perlu di lalui utk para2 ibu yg BF ni. tolong hargai jgk yer..

Nurul Izza said...

kakshira, ada juga 2-3 ibu yg ngadu sbb terpaksa bg Fm kt bby.kata iza, iza cuma menbantu yg bf je.rs bersalah pula..

apa yg dr balkees ckp sume yg iza dpt dr nurse dan doc sini.iza pon bukan tau sgt pasal bf tp disini mmg byk ilmu pasal bf.dikongsi oleh nurse dan doc.

pasal formula milk dan susu segar tu kan..mmg betul org sini lepas setahun mmg dia bg susu segar.dhla xpanaskan, bg yg sejuk2 je.itu lg bgs dr susu FM.takat yg iza tau mcm tu la..

tq 4 sharing..seronok bc entry without emo.. ;))

layla_elyas said...

salam.kak shira..baca entry akak ni wat semakin bersemangat nk pi program kempen penyusuan susu ibu sabtu ni..xsabar nk tmbah knowledge bf ni..n nak tmbah motivation utk giat perah susu lagi..hehe

Sharini aka Ummi Khayra said...

Wah.. bestnya shira g gathering tu... ruginya akak tak leh g.. huhuhuhuuh And akak rasa, husband shira pun mesti dah semakin faham apa itu BF kan? :) thanks shira sebab kongsi apa yang shira dapat masa gathering tu.. :) oh, Khayra pun dah start minum fresh milk/full cream milk... Lepas tu akak tambah dengan meal shake shaklee tu.. khayra suka... :)

Ummi Salsabila said...

shira,terima kasih for sharing ek..tq so much! byk lg info yg odah xth psl BF ni.pe lg org2 len.lg xth psl info ni sume.tq. muah!

NurtaQwa08 said...

jazakillah.anis pun smngt dgr..mg Allah izinkn bf umar sampai haknya..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi