"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, November 1, 2010

Shanghai Day 4 (Last day)

Friday, 15 Oct 2010

Last day kami kat Shanghai, kami 'panjat' menara yang tertinggi di Shanghai, Oriental Pearl Tower (468 m). This is a TV Broadcasting tower yang tertinggi di Asia.

Masa dok tunggu Tina pi beli tiket, tibe2 Ummi diserbu oleh orang2 China (bukan dari Shanghai). Diorang pakat nak bergambar dengan Ummi sorang. Pelik jugak. Rupenye diorang ni terpikat ngan Ummi, haha... Diorang ingat Ummi Cina Muslim. Ayoo... Mata tarak sepet pun la... Hehe... Tapi Ummi ni dari kecik lagi ramai orang ingat Ummi anak Cina. Tambah plak dulu, sorang sedara Ummi ni suka tocangkan and buat dandan rambut Ummi ni jadi cam amoi. Pakai baju merah plak. Memang la orang ingat amoi.

Bergambar ramai2 before 'memanjat' ke atas...
Kami 'panjat' sampai ke 2nd sphere tu, ketinggian @ 263 m. Sphere ni utk sightseeing la. Bawah die plak, ketinggian @ 259 m sightseeing floor yang lagi mantap. Lantai die glass je tau...

Ni sape yang gayat ni, memang la takleh pijak glass ni. Tapi alhamdulillah Ummi tak gayat. Abah Anas gayat kot... Hihi...
ada yang gayat gak ni, tapi nak gambar ramai2, cantik2, sanggup berkorban, thanks. semoga dah tak gayat dah pas nih, hehe...


suke gambar kaki & tangan ni....

ni sebenarnya jejantas pejalan kaki tau... Ha, siap roundabout lagi tu... Jangan main2 dgn China ni... Sebenarnya jejantas ni pun baru je siap sblm Shanghai Expo diorang tu. Diorang kena la wat jejantas camni sbb diorang ni lagi ramai pejalan kaki. Lagipun jalan kat bawah tu sangat sibuk dan luas. So, alternate nye, diorang wat la cam tu...

Oh ya, kat bawah ni view dari atas tower ni @ 263 m height

Yang ni plak bukti kami dah sampai ke Great Wall... Haha, acah je... sekadar gambar hiasan je...
Piramid @ Egypt
Sydney Opera House
Yang ni sapa tau kat mana?

Lepas turun dari tower ni, kami pi shopping plak kat The City God Temple. Tempat ni bekas temple tapi dah jadi tempat shopping. Macam Petaling Street la kot kalau nak digambarkan tu. Masa diberi hanya sejam. Memang tak sempat beli apa2 sangat. Amik gambar pun tak, sbb masa ni mmg simpan kamera dlm bag. Kalau tak jenuh la nak mengangkut barang2 kan...

Lepas tu pi lunch, then gi naik ferry pusing2 Huangpu River. Tengok keindahan Shanghai di waktu petang (hingga ke senja).

~tiket nak naik 'cruise'~

~view from the ferry~

~ferry yang kami naik~

~sebenarnya, Ummi banyak jadi photog je, hehe...~

~terpaksa la mintak tolong orang amikkan gambar kite, kalau tak sure takde kenangan langsung, hehe...~

~Tina cakap, kalau naik cruise malam2, lagi cantik tengok view Shanghai terutamanya Oriental Pearl Tower ni, kan Shanghai ni bandar yang kaya dengan limpahan cahaya lampu~

~Hanya kami ber3 je 'bunga' dalam group kami ni. Tapi semuanya dah berpunya ye, hehe...~

~bergambar dgn cruise ship yang lagi besar dari Amsterdam~

Sampai senja pelayaran kami ni. Cantik sangat tgk sunset ni. Masa ni baru pukul 5.00 pm...

Lepas tu kami ke People's Square @ Nanjing Road, the most popular shopping street kat Shanghai. Masa ni la, bleh perabih lagi sket duit yang tak sempat digunakan siang tu. Belum habis beli souvenir lagi, hehe...

Ummi ade gak amik gambar suasana malam yang penuh cahaya di Nanjing Road ni. Tapi gambar nye tak berapa cantik la. Susah nak bersesak2 dgn orang2 yang sangat.sangat.sangat.sangat ramai tuh.

~masing2 dok termenung, pikir nak makan apa for the last time ni. pakat dah jemu & tak confident dengan makanan di Shanghai. tu semua pakat dok rindu nasi lemak, roti canai, teh tarik, nasi kandar~

Pehtu, dengan kurang bersemangatnya kami berjalan2 nak ke van kami, ingat nak terus ke airport, cari makanan kat sana je. Tiba2 Ummi nampak satu restoran yang ada cop halal ini
So, Ummi cakap kat kawan2 lain, dan kami pun dengan penuh semangat masuk ke restoran tu. Sejuk hati tengok yang pelayan lelaki pakai kopiah & pelayan wanita pun pakai tudung. So, yakin la sket kan. Apepun, Ummi tetap takleh nak makan sangat sbb mmg tengah takde selera langsung. Takmo gak boh gambar makanan sebab loya lagi, huhu...

~Bergambar dengan salah seorang pelayan kat situ~


Sejurus selepas itu (skemanya ayat) kami terus ke airport. Flight ke Singapore pukul 12.10 pagi. Huhu, malam tu cuaca memang kurang baik. Banyak kali kena air pocket. Menjerit gak la dalam flight, takut seh... Pastu Ummi asyik muntah sampai la ke Penang, hadoi...

Sampai kat Penang (16.10.2010 @ 9.30 am), Anas dah tunggu Ummi. Rindunya kat Anas. Anas terus panggil 'ummi' pastu bila Ummi dukung dia, dia tengok je muka Ummi. Heran kot lama tak nampak Ummi. Mesti dia nak tanya kenapa Ummi tinggal dia, Ummi pi mana...

P/S: Kat Abah Anas pun rindu jugak... hehe...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

10 comments:

yatie chomeyl said...

gayatnya tgk gmbr kat tower tu, belum gi lagi..br tgk gmbr dh gayat hohohoho..kalau akak kat situ, mau pengsan sbb gayat

ibu_Arifa said...

syoknyer baca citer shira ni..dpt lihat negara org. alhamdulillah.. sambil gi kerja sambil2 jalan2 lah kan.

huii..kalo k'min sure nangis dah naik tinggi mcm tu..gayat..glass pulak tu..naik kabel car kt langkawi pun dah serik dah :P hihihi

Ummi Shira (AshAnas) said...

@yatie chomeyl
tu la, kwn2 shira dok takut cermin tu retak la, takut skru tercabut la... hehe... yg lawaknya, org laki tu... km yg prempuan plk rilek je, hehe...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@ibu_Arifahaha, abah anas pun gayat gak... tu dok didik anas jgn gayat. ms naik cable car langkawi dulu, anas rilek je, hihi...
alhamdulillah dpt gk bjln, klu tak mls nak gi sbb tinggal anas. tp skurang2nya ade gak pengalaman berjauhan dr anak. serik dah... hehe

Nadiah Sidek said...

cina muslim? hehe..

eii...tgk gmbr je pun rasa mcm nak terjatuh je pijak jejantas transparent tu. ntah boleh ke tidak akak pijak tu

Aleyn said...

Perghhh...banyaknyer tempat u pegi....cantiknyer la ...

Amal Aizad said...

uuuu gayatnyaaa kak~~~ (#_#) baru tengok dlm gambaq dah terasa :p

Blog Diva said...

Hi, bloghopping here.nice pics!

MamaYatie said...

bestnya dpt gi tower tu..tp mau menggigil kepala lutut..gayat sih

Suziey Ahmad said...

bestnye la ek kt sana..byk gk tpt bole g..klu lantai glass tu tobat akk xkan pijak..gyaat giler

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi