"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, November 10, 2010

Tayang video Anas la plak...


Assalamualaikum anak kesayangan Ummi, Anas yang dikasihi... Sebelum ni ada jugak Ummi dah ceritakan perkembangan Anas tapi Ummi tak taruk gambar pun. Kali ni Ummi nak taruk gambar & tayang video Anas je. Tu pun banyak lg dlm iPhone Abah yang Ummi belum amik lagi...
Video 1: Cubaan Anas pakai kasut golf Atuk.

Anas memang suka pakai kasut. Dalam rumah pun nak pakai kasut jugak. Terpaksa la belikan kasut khas utk dalam rumah punye. Kalau tak jumpe kasut die, kasut sape2 pun dia akan pakai. Masa video ni diambil, die tak berapa cekap lagi pakai kasut. Sekarang, sangat la cekap, siap boleh berjalan2 keliling rumah pakai kasut besar pun. Alhamdulillah, Anas tak pernah pakai kasut terbalik. Even kami letakkan terbalik pun, dia akan tukar sendiri. Dia tahu bezakan kanan dan kiri.

Video 2: Blur bila disuruh pakai kasut sendiri
Masa video ni diambil (sebelum raya) die memang blur kalau disuruh pakai kasut sendiri. Kalau kasut yang jenis bertutup camni, memang dia tak pandai pakai sendiri. Ummi belikan kasut jenis macam crocs tu untuk dia, senang dia pakai sendiri. Sekarang pantang suruh pakai kasut, nak keluar rumah, laju je dia capai kasut dia.

Video 3: Anas lap mulut sendiri
Masa ni on da way gi KL masa raya ke-4. Dia duduk belakang dgn Bunga & Ucu dia. Semua makan Bunga & Ucu la yang layan. Pastu dia amik tisu & lap mulut dia sendiri. Good Boy!

Video 4: Anas nak azan
Anas memang sangat suka dengar azan or zikir. Bila dengar je azan, cepat2 dia bangun dan angkat tangan letak kat telinga. Waktu Maghrib kat rumah Ummi akan bukak Astro Oasis, ada zikir2 tu, Anas akan duduk diam menghayati alunan zikrullah. Alhamdulillah, sejuk hati Ummi. Semoga Anas kekal suka dan kekal lidah berzikrullah.
Ada sekali tu, dia tengah ralit main 'car' die, lepas tu kat Astro Oasis dah ketuk gendang nak azan, cepat2 dia stop main, berdiri, tolak car die jauh2, and tunggu azan dilaungkan. Bila 'Allahuakbar' je, cepat2 dia angkat tangan dan ikut azan sampai habis. Ummi doakan anak Ummi jadi muazin yang bersuara merdu macam Abah...

Video 5: Ummi kerah paksa Anas lap lantai sendiri
Huhu, bukan Ummi yang kejam ye. Tapi nak didik Anas, kalau tumpah ape2 kena lap sendiri. Alhamdulillah, sekarang Anas dah well trained. Kalau tumpah sikit2 je pun cepat2 dia gi cari tisu or kain lap, "mi, lap mi, lap..."
Masa video ni dirakam, dia tumpahkan air ribena atas baju dia, dan tumpah sikit atas lantai. Tu yang baju die jadi mangsa untuk jadi kain lap sekejap. Haha...

Video 6: Anas memanjat dalam kereta Nenda
Ni video paling latest, hari Sabtu lepas. Masa tengah jam kat susur keluar highway Kepala Batas (satu2nya jalan dari Alor Setar ke Jitra yang baru bukak lps banjir surut). Anas kebosanan dalam kereta, mula la manjat sana sini. Ni Achik yang ajar ni, kan Achik kan...

tengok la aksi budak tecik ni... nak jadi superman dah kat belakang tu
ni plak, Achik & Bunga buli suh pakai baju besar, hohoho...
Masa ni Anas ikut Ummi & Abah ronda2 pantau banjir naik lori office...
Tangan Anas & Achik
Anas sedang di train untuk duduk diam2 kat belakang sorang2, baik je dia duduk sorang2 kat belakang tu, haha...
Alhamdulillah, anak Ummi sangat suka solat. Setiap waktu nak solat... Kalau waktu Subuh tu dia bangun awal, nampak Ummi & Abah solat, dia pun nak solat jugak...
Bunga cakap Anas main kuda2... Haha... Pantang nampak vakum, mesti nak duduk camni...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

5 comments:

Nadiah Sidek said...

boleh pulak jadi superman kat dlm kereta ye anas..hehe..

amyeryn said...

kt opis tkleh view video..kena tgk kt umh

**bab susu ank nk serasi tu,kalo ank yg breastfeed mmg die tkmo sgt bila kita start nk bg fm tp tkpe slow2..tisya dlu pn tkmo gk..tp lama2 ok la...yela lama dpt susu ibu tu psl die tkmo susu fm...ehehehehe

amyeryn said...

amyeryn tu sama mamatisya tau

yatie chomeyl said...

macam2 keletah dah anas ni ye..bab suka pakai kasut besar tu sama mcm baby SN hik3x, tp nazhan x reti pakai sendiri lg kasut dia..kasut org besar je dia leh pakai sendiri sbb sng nak sarung kaki kan hehehe

Aleyn said...

Budak2...macam2 gaya kan? tak kisah kat mana...ader jer benda yg dibuatnyer...hehhe

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi