"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Friday, November 12, 2010

Tips elak anak pelat


Firstly, Ummi nak kenalkan dulu Kamus Anas @ usia dia 19 bulan ni. Anas punya first word is 'Abah'. Banyak dah yang dia boleh sebut tapi ada gak yang Ummi lupa bila nak masukkan ke entry ni


Bahasa Baku
Bahasa Kami (+loghat utagha)
Bahasa Anas
Abah
Abah
Abah
Ummi
Ummi
Ummi / Ammi
Anas
Anas
Anah (kes orang utara la ni)
Atuk
Atuk
A-tuk
Nenda
Nenda
Nanny
Mak Ngah
Bunga (Panggilan Anas kat Mak Ngah dia)
Ngang
Mak Chik
Achik
A-chik
Pak Teh
Ateh
Teh
Mak Su
Ucu
Tcu
Tok Wan (org utara)
Tok Wan
Tok
Mak Tok (org utara)
Mak Tok
Mak / Tok
Pak Ngah
Pak Ngah
Pak / Ngang
Pak Lang
Pak Lang
Lang
Mak Njang
Njang
Njang
Mak Ndak
Ndak
Nak
Pak Su
Pak Su
Tcu
Lori
Lori
Low-ri
Kereta
Kereta
Car
Motor
Motor
Broom broom broom
Cat / Kucing
Cat / Kucing
Miaw
Ikan / Fish
Ikan / Fish
Ikang / Pish
Bird / Burung
Bird / Burung
Bid / Rung
Kolam
Kolam
Kolam
Jatuh
Jatuh
Jatuh
Duduk
Duduk
Duduk
Sit down
Sit down
Dang
Letak
Letak
Tak
Tutup
Tutup
Tutup / Katup
Air
Air / Ayaq
dulu Air, skrg Ayaq
Minum
Minum
Minum
Susu
Susu
Su-su
Kakak
Kakak
Ka-kak
Abang
Abang
Abang
Adik
Adik
Adik
Muntah
Muntah
Uwek (ajuk Ummi la ni)
Buku / Book
Buku / Book
Book
Kunci
Kunci
Tonci
Lapar
Lapaq
Paq
Makan
Mamam
Mamam
Kentang
Kentang
Tang
‘request for bf’
Nenen
Nenen
Tidur
Tidoq /Bum Bum
Tidoq / Bum Bum
Bantal
Bantai
Atai
Buang
Buang
Buang
Kasut
Kasut
Tachut
Pintu
Pintu
Pintu
Ayam
Ayam
Ayam
Nasi
Nasi
Achik
Pisang
Pisang
Chang
Buah
Buah
Buah
Hanya ini lah yang Ummi mampu ingat setakat hari ni.
Pendek kata, Anas sekarang mmg ringan mulut. Pok pek je. Kadang2 tak terlayan, hehe...
Macam ni lah bila anak baru pandai cakap, baru nak mula faham apa yang kita cakap, baru nak mula berbual2 dengan kita. Yang penting, jangan bosan layan dia & jangan bosan ajar dia benda2 baru.
Apapun, kami Ummi & Abah Anas sangat gembira tengok perkembangan dia dari hari ke hari. Budak2 memang cerdik dan cepat belajar. Jadi, ajarlah segala yang baik2 je. Jangan tunjukkan yang tak elok depan dia. Budak2 sangat cepat ikut.
Sekarang, Ummi banyakkan bahan bacaan dan flash card untuk Anas. Kenal gambar dan Ummi ajar dia sebut. Dia akan ikut.
Lagi satu, jangan cakap pelat dengan anak. Nanti dia akan ikut dan keep in his/her mind tau. Cakap terus, guna bahasa baku. Ummi akan tetap guna bahasa baku dengan Anas. Kalau Anas keluar loghat utara tu, bukan dari Ummi la tu, ada la tu dari sapa2, haha... Maklumlah, kami kan dok belah utara ni, mana leh lari dari loghat utara tu...
Apa yang Ummi dapat kongsi tentang anak pelat ni, ianya dari ibu bapa dan orang sekeliling anak2 tu sendiri. Kalau kita cakap pelat dgn dia (konon nak ikut bahasa baby, cth: bucuk-busuk, tatak-kakak), itulah yang akan masuk dalam minda dia dan akan kekal dalam jangka masa yang panjang. Dia akan ingat, 'oh, ini bahasa yang betul...' Contoh macam Ummi cakap 'mamam' dgn Anas, kalau Ummi sebut 'makan' pun, dia tetap cakap 'mamam'.
Dekat adik2 Ummi, sedara2 Ummi dan orang2 sekeliling Anas pun Ummi pesan, cakap bahasa baku dengan Anas, sebab Ummi takmau Anas pelat. Nenda Anas pun pesan camtu, jangan cakap pelat ngan anak, cakap terus, bagi terang.
Perasan tak, budak2 pelat selalunya susah sebut huruf S dan K. Huruf2 ni akan jadi C atau SH dan T. Siapa yang ajar? Tepuk dada tanya diri kita sendiri. Kitakah atau semulajadi anak itu pelat?
Ada gak Ummi baca satu artikel ni, dia tak setuju parents yang menyebabkan anak pelat. Katanya, itu faktor semulajadi. Ya, mungkin betul sebab lidah toddler ni belum boleh sebut huruf dengan betul. Ada peringkat2 umur yang dia boleh sebut sesuatu huruf. Tapi, kalau kita mengiakan, means kita pun cakap macam dia cakap, dia akan ingat itu adalah word yang betul.
Sebetulnya, walaupun anak sebut tak betul, kita akan tetap betulkan sebutan dia. Jangan ikut apa yang dia cakap, keep sebut perkataan yang betul supaya benda tu masuk dalam minda dia. Nanti bila sampai waktu dia boleh sebut huruf tu dengan betul, dia akan sebut jugak.
Lagi satu, budak2 ni memang akan sebut perkataan dengan suku kata yang kat belakang dulu. Cth: Belakang - dia akan sebut 'kang' je. It is normal sebab mereka dapat tangkap bunyi perkataan tapi mereka masih belum berupaya nak sebut balik dengan suku kata penuh. Jadi, sebagai ibu bapa, jangan pendekkan perkataan, sebut je penuh sampai diorang dapat sebut dengan sempurna.
Ummi amik contoh satu kisah ni. Anak jiran sangat petah bercakap di usia 2 tahun lebih. Tak de pelat langsung. Abah Anas selalu pesan, dah anak nanti jangan cakap pelat sebab jiran kami tu memang tak cakap pelat dan singkat2kan perkataan dengan anak dia. Abah Anas cakap, dia dah jumpa macam2 jenis budak. Kebanyakannya pelat sebab parents kat rumah cakap tak betul dengan anak2.
Semoga info yang Ummi kongsi hari ni dapat membantu kurangkan isu anak pelat. Yang penting, jaga lidah kita, hehe... Bunga Anas cikgu sekolah rendah. Dia cakap ramai lagi anak2 murid dia yang pelat. Kawan Ummi kat sekolah dulu, darjah 6 masih pelat, kesian sangat.

10 comments:

ibu_Arifa said...

setuju! kak min pun ckp bahasa baku dgn dalila..tp bila dia jumpa/bersosial dgn sedara/sepupunya byklah perkataan dah dia ubah..
cthnya..

air- ayaq
bilik air/toilet- panchoq

lagi satu..org ingat kita ni nak eksyen pun ada..sbb xnak ajak anak dgn bahasa utara.. (lantak diorg lah..hihihi)

Hana Seman said...

Shira, good info..
Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak, biasanya kanak2 akan bermula dengan bunyi 1 sukukata (eg: bola - la), dan juga perkataan yang bermula dengan vocal (abah,ibu ayam) serta perkataan yang bunyinya sama (susu, kakak etc)..

So, it is normal kalau makan-mamam sebab kanak2 biasanya sukar memindahkan lidah dari depan ke belakang dengan cepat untuk sebutan makan.

Dan sebutan juga ada perkembangan dia. Paling awal sebutan adalah huruf /m/, /p/ dan huruf2 bibir..
paling lambat adalah huruf2 angin macam /s/, /f/.

Yang penting ibu bapa kena cakap bunyi yang betul. It is true jangan tiru sebutan anak. Cuma kalau anak tak dpaat sebut dengan tepat, jangan memaksa mereka sebut perkataan tu sampai betul, boleh mengundang frustation

Fazlinil Irma said...

ya, setuju salah satu sbb pelat atau speech delay ialah mak ayah cakap pelat.

satu lg yg akak belajar dgn kak ct ialah dr segi pemakanan. kalau anak2 kita makan makanan yg tak banyak guna otot mulut dan lidah. tu pasal dia pelat.

nanti akak tanya balik kak ct.

Ummi Shira (AshAnas) said...

@ibu_Arifa
tu la, shira kan mak org kl, ayah org kedah. km kt rumah lbh byk ckp kl sbb ayah pun xsuka kami ckp loghat utara. shira mula ckp loghat utara pekat sejak masuk U sbb roommates sume dr utara. tp bila jumpa org lain, ckp biasa je la.
ni bila anas sbut ayaq, ayah dok kata, awat ajaq dia cakap pekat sgt, haha... mslh nye org lain yg ajar.
abah anas plk mmg nak anas ckp utara, hadoi...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@ibu_Arifa
tu la, shira kan mak org kl, ayah org kedah. km kt rumah lbh byk ckp kl sbb ayah pun xsuka kami ckp loghat utara. shira mula ckp loghat utara pekat sejak masuk U sbb roommates sume dr utara. tp bila jumpa org lain, ckp biasa je la.
ni bila anas sbut ayaq, ayah dok kata, awat ajaq dia cakap pekat sgt, haha... mslh nye org lain yg ajar.
abah anas plk mmg nak anas ckp utara, hadoi...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@ibu_Arifa
tu la, shira kan mak org kl, ayah org kedah. km kt rumah lbh byk ckp kl sbb ayah pun xsuka kami ckp loghat utara. shira mula ckp loghat utara pekat sejak masuk U sbb roommates sume dr utara. tp bila jumpa org lain, ckp biasa je la.
ni bila anas sbut ayaq, ayah dok kata, awat ajaq dia cakap pekat sgt, haha... mslh nye org lain yg ajar.
abah anas plk mmg nak anas ckp utara, hadoi...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Hana Seman
kak, thanks tambah info ni... akak nye explaination lg best. shira smlm terkial2 cmne nak explain, haha...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Fazlinil Irma
nnti bila akak dh tanya kak ct, akak wat entry n inform kami ek... penting tu...

Atiqah said...

btol kak..bdk2 kat taski tiqah ngajar tu pun rmai lg yg ckp pelat..

Unknown said...

Alahmdulillah, kakyong pun ckp biasa jer dgn anak2... memang xde ajuk2 cakap pelat ni.. sbb kakyong dulu dah biasa jaga adik2 sendiri.. semua pun xde yg pelat... elok jer cakap cam biasa..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi