"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, March 29, 2010

Genap sudah setahun usianya


Assalamualaikum Ummi's little khalifatullah... Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita untuk nikmati hari ini. Hari ini hari yang sungguh bermakna buat kita sekeluarga, kerana:
  • Hari ini genap setahun usia Anas,
  • Hari ini genap setahun Ummi dan Abah jadi parents,
  • Hari ini genap setahun Tok Wan, Mak Tok, Atuk & Nenda (dulu Wan, ngee~~) jadi grandparents
  • Hari ini genap setahun Pak Ngah (Atim), Pak Lang (Syaket), Mak Njang (An), Mak Ndak (Meen), Pak Su (Yaser), Bunga (Munzirah), Achik (Hafidzah), Ateh (Nazim) & Ucu (Maya) jadi uncle & auntie,
  • Hari ini genap setahun Anas menceriakan hidup kami semua....
Ummi doakan di ulangtahun kelahiran Anas ni, Anas dipanjangkan usia, hidup Anas diberkati Allah, Anas jadi anak yang soleh, Anas sentiasa diberi kesihatan dan dilindungkan dari penyakit2 merbahaya...

Ummi juga berharap dan berdoa semoga Ummi berjaya mendidik Anas menjadi anak yang cemerlang sahsiah dan akademik...

Semoga Ummi juga turut dipanjangkan usia untuk terus mendidik generasi pewaris ISLAM tercinta.... Semoga Ummi diberi kekuatan dan semangat. Semoga Ummi dan Abah dapat berbangga dengan hasil didikan Ummi kelak, Anas cemerlang di dunia dan akhirat... Semoga Anas dapat mendoakan Ummi & Abah apabila kami dah tiada nanti...

Ummi & Abah sayang Anas!

8 comments:

shakeymirza said...

selamat hari lahir.....

transformed housewife said...

selamat ulang thn utk Anas. semoga menjadi anak yg soleh.

yatie chomeyl said...

waaah budak chomeyl ensem macho nama anas ni dah cukup setahun ye. semoga terus membesar bijak, sihat dan ense ;)

Ibu Ayra said...

selamat ulangtahun yang pertama Anas... maklong doakan anas menjadi anak yg soleh dunia dan akhirat...amin...

layla_elyas said...

sanah helwah ya anas..dh setahun tp belum bertemu lg..moga cepat mmbesar dgn berkah Allah hendaknya..amin

ezan said...

happy birthday anas.. semoga menjadi anak yang soleh kebangaan ummi & ayah dunia akhirat... :)

ibu_Arifa said...

happy birthday Anas yg ensem..semoga membesar dgn sihat dan selamat yer.. muahhh..

Ummi Salsabila said...

happy birthday anas.cptnya ms berlalu kan..da sthun dah anas..smg jd anak yg soleh n bijak yer.

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi