Auto Published Entry
Assalamualaikum permata hati Ummi & Abah. Ummi tergerak nak coretkan pengalaman Ummi mengandungkan Anas dalam blog. Ummi takut catatan tangan Ummi yang Ummi buat sejak awal mengandungkan Anas tu hilang... So, sempena usia Anas setahun ni, Ummi nak abadikan pengalaman Ummi di dalam blog ini...
~Berita Gembira~
Genap 8 minggu usia perkahwinan Ummi & Abah, Ummi disahkan pregnant 5 weeks. Malam tu Ummi & Abah gi Klinik Dr.Noriah (O&G) untuk make sure pregnancy test yang Ummi buat sendiri kat umah (2 kali, hehe) tu betul ke tak...
Actually sebelum2 tu Ummi tak rasa pun macam Ummi dah pregnant coz period Ummi memang tak pernah tetap. Tapi Mak Tok beria suh Ummi cek before Ummi & Abah gi honeymoon ke Bali esok lusa tu... Salah satu sebabnya, period Ummi dah kelewatan sedikit (tapi Ummi dah biasa), secondly sbb Ummi & Abah nak gi Bali, takut aktiviti lasak mungkin akan menjejaskan kandungan (if betul2 pregnant la...) Sebab tu Mak Tok beria suh pi cek.
Before masuk jumpa doc, Ummi gelisah. Pregnant ke tak? Perasaan sangat2 bercampur aduk. Ada happy, gementar, malu, takut, sedih... Sume ade.... Masa doc wat ultrasound, jelas nampak ada satu nyawa lain dalam rahim Ummi. Alhamdulillah, Ummi & Abah syukur sangat. Ummi benar2 pregnant dan janin itu telah berusia 5 minggu.
Happy? Happy la sebab Ummi & Abah bakal jadi ibu. Kami ada zuriat sebagai pelengkap perkahwinan kami, sebagai penyambung perjuangan risalah Islam tercinta.
Nervous? Agak nervous sebab tak dapat nak gambarkan camne rasa bila perut dah besar nanti, nak bawak camne? Hehe, maklum la first time...
Teruja? Hm, teringin nak alami rasa bahagia bila mengandung nih mcm cerita2 yang Ummi selalu dengar...
Takut? Takutnya bila fikir masa nak bersalin nanti... Ramai cakap sakit... Huhu...
Sedih? Sedih sbb esoknya tu Ummi & Abah baru nak gi honeymoon, kena bawak baby dalam perut skali, hehe... Takdelah, lebih kepada risau sebenarnya... Boleh ke nak travel nih? Kandungan masih baru... Ummi serahkan pada Allah, Dia yang Maha Memelihara..
Malu? Mesti kawan2 akan perli Ummi & Abah, cepat pregnant, huhu... memang pun... Tapi Alhamdulillah, rezeki kami untuk dapat anak cepat. Kami pun memang harap camtu...
Risau? Bolehkah kami menjadi ibu bapa yang baik, nak mendidik anak di celah2 pancaroba duniawi yang semakin membimbangkan ini? Rasa risau sangat2...
Malam tu, Abah lah orang yang paling happy. Habis dicanang kat sume orang tentang berita gembira ini... Banyak sangat ucapan tahniah yang dikirimkan, tak kurang jugak yang mengusik, hadoi ai.... Hehe...
"Ya Allah, hamba redha menerima amanah yang Kau titipkan sebagai hadiah dalam perkahwinan kami ini. Bantulah hamba dalam mendidik anak ini agar menjadi Muslim dan hamba yang engkau redhai dan berkati hidupnya. Aku pohon padaMu Ya Allah, Kau jauhkanlah syaitan dari membisikkan kejahatan kepada janinku dan selamatkanlah janinku agar dia selamat lahir ke dunia ini dalam keadaan sihat dan sempurna sebagai bayi. Berikanlah dia kesihatan dan kecerdasan akal fikiran, dan jadikanlah dia anak yang soleh dan bijaksana. Amin, Ya Rabbal Alamin...."
~Anas 9 minggu dalam perut Ummi, kecik sangat kan~
~Yang ni ms 2nd time Ummi ngan Abah pi scan. First time tu lupa nak mintak gambar. Ms ni kat EDD tu jelas due datenye 29.03.2009, sm ngn tarikh sebenar Anas dilahirkan~
Ummi & Abah sayang Anas!
1 comment:
terharu nyer..tersentuh naluri alin sbg mama juga..anas dan danish hampir sebaya..
Post a Comment