"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, March 30, 2010

My First Pregnancy Journal (Part 5)

Auto Published Entry

~Mengidam~

Hm, cerita pasal mengidam ni kan, Ummi takde la mengidam yang pelik2 pun. Masa awal2 tu, Ummi dok tertanya2 gak, aku ni mengidam ape ek? Macam mana rasa mengidam tu? Sebabnya Ummi takde pun teringin ape2... Setiap kali orang tanya, ada tak teringin nak makan apa2, Ummi geleng je... Hehe... Ada la Ummi teringin nak makan nasi kukus yang roommates Ummi ms kat UIA dulu slalu beli. Ummi pernah la makan tp jarang sangat Ummi makan nasi kukus tu... Tetibe Ummi rasa teringin nak makan tapi takde la sampai beria2 rasa nak makan tu...

Kalau cerita pasal beria2 dan teringin sangat2 nak makan something tu, ada la, dalam bulan puasa la ni, dah kul 12 malam lebih, dah nak tido, tetibe Ummi rasa teringin sangat nak makan nasi lemak... Ummi cakap kat Abah, Ummi teringin nak makan nasi lemak, sekarang... Abah berulang kali tanya, betul2 teringin ke tak? Ummi cakap la ya... Sebabkan dah lewat malam sangat, Abah pujuk Ummi esok Abah akan belikan nasi lemak untuk Ummi. Then, Ummi terus tido... Tapi baru je terlelap, Ummi terjaga lagi & mintak nasi lemak lagi... Abah kesian sangat kat Ummi, Abah pun call kawan2 dia yang dok area Jitra, mintak tolong dia carikan nasi lemak, hehe...

~nasi lemak mr. google~
~lebih kurang besar ni la nasi lemak Abah bawak balik tu, mmg tak cukup, hehe~

Akhirnya, Abah keluar jugak dgn kawan2 dia tolong carikan nasi lemak utk org mengidam nih, hehe... Sejam lebih Abah keluar, baru balik, bawak nasi lemak yang 15km jauh dari rumah kami, haha... Berselera Ummi makan malam tu walaupun dah pukul 2 pagi... Thanks sayang....

~harumanis mr. google gak~

Then, bila dah lama sikit, tetibe rasa teringin sangat nak makan buah Harumanis (sape2 yg tak tahu, ni mcm buah mempelam a.k.a mangga jugak cm Harumanis ni banyak kat Perlis je). Masalahnya, time Ummi ngidam tu, bukan musim, jenuh nak cari... Tapi dah nama pun rezeki anak dalm kandungan, Tok Wan jumpa jugak buah Harumanis, buah sesat agaknya.. Tak banyak pun yang Tok Wan dapat, tapi boleh la nak hilangkan rasa kecur Ummi tu... Ummi makan sikit je beda nak hilangkan rasa kecur tu, bila dah hilang, ok la...

Selain tu, takde la Ummi ngidam pape lagi... Cuma dok rasa teringin nak makan apa yang orang dok sebut2, hehe... Pantang orang sebut itu, ini, kalau tu membuka selera Ummi, Ummi akan minta Abah cari... Disebabkan selera makan Ummi masa mengandung ni sangat2 berkurang, apa ja yang Ummi sebut teringin, Abah akan cepat2 cari... hehe... Sape tak sayang bini oi... kan, kan?

~also from mr. google~

Kalau dulu before kawen, Ummi sangat2 suka masam, suka mencicah garam belacan, masa mengandungkan Anas tu, Ummi lansung tak teringin... Mak Tok selalu buat garam belcan bila Ummi balik sana, Tok Wan plak selalu cari buah masam2 untuk Ummi, tapi memang Ummi tak teringin langsung... Then, Ummi langsung dah tak suka mekap, tak boleh bau sabun dan bau masakan goreng2 dan kari... Ramai mengagak pembawakan anak lelaki, hehe... Alhamdulillah, memang anak lelaki pun...

Ummi & Abah sayang Anas!

3 comments:

Suziey Ahmad said...

waa bestnye buat jurnal..syiok je baca,n terkenang kisah sdri..hehe..akk pn suke banget nasi lemakk n manggaaa...i likeee

aLyNnZ said...

salam kenal..
awk pregnant second child ke?
tahniah..dh brp bulan skrg?
alhamdulillah semua yg awk teringin nak mkn dipermudahkan..

aLyNnZ said...

Owhh..skrg mungkin alin fhm..awk flashback memory time pregnant kan anas yerr..sori alin br belek2 blog awak..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi