"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, November 1, 2010

Shanghai Day 3 - Suzhou 3

Thursday, 14 October 2010

Hari ke-3 di China dan hari ke-2 di Suzhou. Kami check out dari Nanya Hotel lebih kurang kul 8.30 am. Pagi tu Ummi breakfast dengan Maggi. Ummi takut nak breakfast kat hotel.

Destinasi pertama hari itu ialah Silk Factory. Tak teruja pun nak beli silk tapi sangat excited nak tengok ulat sutera tu.

~Mulberry Tree, tempat menternak dan membesarkan Mulberry Worms~

~Mulberry Worms~

~Ye, tangan Ummi la tu... Tak percaya ke Ummi pegang ulat sutera ni. Best tau pegang sebabnya tak macam pegang caterpillar, mulberry worm ni lebih melekit dan lembut, hehe...~

~ni lah kitaran hidup mulberry worm~

~The Cocoon~

~Benang sutera~

~Makcik ni sedang mengeluarkan pulpa dari cocoon~

~yang ni plak proses menarik benang sutera dari cocoon. Nampak tak benang2 halus yang ditarik oleh tangan itu?
~cara dia, rendam cocoons ni dalam air panas, then guna satu berus untuk tarik hujung benang tu, pastu masuk mesin untuk digulung seperti di bawah~
~dari 5 cocoons, boleh dapat segulung benang mcm ni~
~ini lah hasilnya~
~macam2 boleh dijadikan dari benang tu. ni salah satu contoh la~

Kat bawah ni plak proses diorang nak buat comforter. Ummi ada rakam proses tu. Tapi vidoe nya terlalu berat utk upload ke blog. So, Ummi cerita je la...

Ok, beza dari proses yang Ummi tunjuk kat atas tu. Untuk dapatkan hasil seperti di bawah, cocoons akan direndam dalam air panas, dan pulpa yang telah mati akan dikeluarkan (sebelum ni, benang akan ditarik 1 by 1 kan...) Then, cocoons yang dah kosong tu akan di stretch ke gegelung berbentuk U kecil. Setelah beberapa lapis, ia akan dipindahkan ke gegelung U yang lebih besar. Then akan dikeringkan sebelum ditarik satu persatu untuk dijadikan gebar seperti kat bawah ni.
~Menggunakan tenaga 4 orang (setiap penjuru) untuk tarik benang sutera ni. Beberapa lapis ni akan diletakkan dalam gebar-jadi comforter la...~

~Kami mencuba-merasa kekuatan benang sutera ni. Memang kuat dan tak putus tau!~

Selesai sudah proses membuat sutera. Lepas tu ada la kami shopping sikit2. Orang lelaki tak berapa puas shopping la kan sebab diorang mana leh pakai sutera. Nak beli souvenir bawak balik pun, sume benda ni macam dah banyak kat Malaysia. Nak beli bedsheet & comforter pun, boleh ke orang laki nak tido beralaskan sutera? Huhu...

So, kami terus ajak Tina (tourist guide) kami ke Pearl Farm. Beli pearl lagi best kot... Hehe...

~nampak tak pearl?~

~Pearl yang telah diproses jadi necklace~

Ummi beli gelang je untuk Ummi, & cincin as souvenir utk adik2 perempuan.

Lepas tu kami pi lunch. (aci tak Ummi tanak buh gambar2 makanan. Sebab takde mood la tgk makanan, hehe...)

Lepas lunch, kami bergerak ke Water Village (Water Town), satu tempat terkenal gak kat Suzhou ni. Pelancong panggil tempat ni as China Venice. Sebab ape? Kena la baca lagi kalau nak tahu sebab nye....

~jumpa ketam yang nak boxing, huhu~

~ramai sangat orang, huhu, naseb baek pakai baju tebal~
~kat sini kami yang bertudung ni sangat2 menjadi perhatian, macam artis la plak, malu den~

~berlatar belakangkan gondola di Water Town~

Kami naik jugak gondola kat sana. Best sangat tau! Aunty yang bawak kami tu siap nyanyi lagi...

~Ni la aunty yang sangat kuat mengayuh sampan ni, siap nyanyi lagi, xie xie ni~


~kalau la Ummi ade zoom lens, mesti cantik bila amik gambar lanterns ni...~

~amik kesempatan bergambar di maskot Shanghai Expo 2010, kami tak pergi pun ke sana sebab ramai sangat orang la...~


~tengah cover nak muntah sebenarnya~
~Ummi pakai baju tebal di hari ke-3 sebab sangat2 sejuk, orang lain rilek je, tapi orang China awal2 lagi dah pakai baju tebal~

Lepas selesai pusing Water Town ni, kami bertolak balik ke Shanghai, dinner kat sana sebelum balik dan check-in @ Ramada Hotel. Kali ni kami dapat bilik yang lebih besar dan selesa.


Malam yang paling sadis, lepas pam je susu, Ummi terpaksa buang semuanya, sebab tak boleh nak sejukkan. Tak pe lah, nak wat camne...

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

3 comments:

Suziey Ahmad said...

waaa bestnye kat sana ek..tgk pembuatan sutera lagi..syiok btl...

pearl tu kecik je ek..hehe..slalu dlm tv (katun) gbrkan pearl sebesar cengkerang.haahaha

Ain said...

bestnya makan angin ke obersea...

suka la baca n3 ni, dapat jugak info pasal negara orang....

kalau nak merasa pergi sendiri, entah bila la dapat agaknya...

huhuhu...

MamaYatie said...

1st time dlm idup tngk pearl fresh2...tq for sharing

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi