- Anas suka sangat gelak mengekek, pantang di acah, seronok tgk dan dengar Anas ketawa.
- Anas mmg murah dengan senyuman. Bangun pagi je terus senyum kat Ummi & Abah. Alhamdulillah, Anas tak nangis pun bila bangun tido, terus senyum before tenyeh mata sendiri.
- Anas dah kenal Ummi & Abah. Tapi Anas mahu je dgn semua orang. Cuma kadang2 bila mood tak ok, Anas meragam sikit bila orang yang Anas tak kenal pegang Anas. Tapi, most of the time, Anas mau je ngan semua orang. Kalau Ummi bawak gi memane, mmg ramai yang nak pegang Anas. Gi kenduri ke, shopping ke. Kadang2 gi kenduri, ada achik2 yang nak tolong pegang Anas, so, Ummi leh makan dgn selesa. As long as Anas ada depan mata Ummi, it's ok... Jangan bawak Anas jauh2 sudah. Kadang2 gi shopping pun, Ummi leh memilih dgn selesa sbb kakak2 salesgirl nak tolong pegang Anas... Tapi Ummi perhati jugak, orang tu bersih dan sihat walafiat. Ye la, takut skrg ni mcm2 penyakit...
- Anas plak suka sangat menegur orang, mau nya orang tak geram nak pegang2 dia tu...
- Pehtu Anas dah pandai hulur tangan bila Ummi & Abah nak amik. Dengan orang lain, kurang lagi... Then, pandai plak nk suruh orang angkat... Skrg guna bahasa isyarat la, samada jerit2 atau lonjak kaki, tendang2 ke bawah...
- Hm, Anas baru boleh melunjur. Agak lambat sikit sbb Anas dah boleh meniarap since 3 bulan setengah. Tapi kawan Anas, Aufa pun mcm tu gak. Dah la beza berapa hari je, sama2 leh meniarap & sama2 boleh melunjur. So, skrg kat nursery, Anas & Aufa ni selalu bergandingan la melunjur sama2, and selalu berebut mainan jugak...
- Dah nak jadi mop anak Ummi bushuk ni... Asal gerak sikit, berenti pekup mulut kat lantai dulu, then gerak lagi... Hehe... Tapi sekarang ni dah gerak laju sangat, tade perhentian lagi dah...
- Dah pandai buat macam2 bunyi, pandai main tutup2 mulut dgn tangan untuk mengeluarkan bunyi-bunyian.
- Pehtu, dah pandai geleng2 kepala, tambah2 bila dgr muzik & bila nampak 'Bunga - Mak Ngah Anas @ Ibu Ngah, singkatkan jadi Bunga... Haha
- Bila Anas geram on something or seronok sangat, Anas akan senyum sampai telinga sambil pejam mata... Comel sangat Anas buat macam tu...
- Suka nyembur2 air liur tu, pastu dah pandai sembang2 sendiri...
- Dah nak tumbuh gigi agaknya Anas nih, sebabnya Anas dah sangat pandai menggigit (sakit tau gigit Ummi), suka ketap gusi, suka gigit benda2 keras, suka jelir lidah. Orang cakap, cmni Anas dah gatal gusi, nak tumbuh gigi la tu... Ha'ah, ada dah nampak mcm gigi nak tumbuh...
- Bab makan plak, no.1 ok... Anas dah start solid food ms 5mth ++. Sekarang ni Anas sangat2 suka mamam, banyak makan, and nak makan jugak2 apa yang Ummi & Abah makan. Kalau sambil makan pangku Anas kan, Anas tengok je Ummi & Abah suap masuk mulut kami sendiri. Then, Anas dah pandai tarik tangan Ummi bila Ummi pegang makanan, nak amik dari Ummi la tu... Tahu je yang Ummi pegang tu food ek...
- Makan time kan, Anas pandai muncungkan mulut nak mamam. Kadang2 sudu tu tak sempat masuk mulut lagi, mulut tu dah muncung nak mamam... Hehe, comel sangat...
- Yang terkejutnya, Anas pandai isap air guna straw... Tapi Anas sendiri yang terkejut bila air tu masuk, hehe...
- Pastu kan, Anas pandai dah pilih mainan yang Anas nak main. Bila Anas tengah excited pegang something, kalau orang amik dari tangan Anas, Anas akan nangis, marah la tu... Pulak tu, pandai pilih antara mainan dan handphone Ummi ek... Masa raya hari tu, orang akan bagi duit raya kat tangan Anas sbb Anas dah pandai amik... Hm, lunyai la sampul tu dalam mulut Anas... Bila Ummi amik, Anas terus nangis marah, Ummi ganti dgn benda lain tanak, nak sampul duit raya tu jugak... Haiyyoo...
- Suka melompat, sampai Ummi dah penat nak pegang Anas tau... Dah berat la sayang...
- Hero Ummi ni dah tak kisah mandi air paip, dah suka main air...
- Dah semakin susah nak pakaikan pampers Anas sbb badan tu dah mengeliat-liut nak pusing...
- Suka jerit2 and dah pandai bebal, hehe... Ada sekali tu Ummi pergi kat Anas lps lunch hour sbb Ummi busy sangat, Ummi tak masuk dlm, just jenguk Anas dr luar je. Anas excited tgk Ummi dtg. Tapi disebabkan Ummi tak masuk & nak terus balik, nangis la Anas... Sian plak masa tu. Rasa bersalah plak pergi jenguk Anas je, tak masuk...
- Anas suka belek2 muka orang...
- Dah alert nama sendiri. Bila orang panggil nama Anas, dah pandai pusing cari orang yang panggil tu..
- Bila dengar suara Ummi & Abah je, cepat2 kalih, samada senyum or merengek suh amik dia... Bijak, bijak!
- Rambut pun dah banyak tapi kulit Anas ni sensitif la... Kena gigit nyamuk je, mesti lambat baik & jadi macam kudis, bernanah... Risau Ummi...
- Anas ni kalau tengok muka sendiri dalam cermin, excited, jerit2 & nyembang dgn reflection Anas tu... Bawak lari dari cermin, automatic terus diam... Hehehe...
- Bab BF, Anas masih dan Insya'Allah akn terus mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Mudah2an, susu Ummi masih banyak untuk Anas sampai Anas 2 tahun, Ameen....
- Macam Ummi pernah cite dulu, Anas susah nak minum susu kat nursery. Tapi dulu langsung tak minum sampai asyik kena buang je EBM Ummi tu... Sejak Ummi guna botol Tommee Tippee - Closer to Nature, Alhamdulillah, Anas dah mula minum tapi still tak banyak... Boleh di katakan, Ummi cuma bekalkan 8-10oz je untuk bekalan Anas kat nursery sekarang... Masa Anas 2 bulan pun Ummi bekalkan 12oz tau, habis! Tapi sekarang Anas dah start solid food, takde la Ummi risau sangat.
- Kat rumah, dengan Ummi, mmg sentiasa nak minum ler....
- Ummi sediakan sendiri bubur untuk Anas walaupun nursery ada sediakan jugak. Ummi tak letak garam lagi. Ummi bagi Anas rasa sikit, pelbagaikan masakan untuk Anas rasa.
Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Thursday, October 29, 2009
7 bulan bersama Anas... Pt.1
Happy Breastfeeding!
My Breastfeeding Achievement Awards
Anas-Ummi-Abah
Anak susuan AshA's Family
Blog Archive
-
▼
2009
(116)
-
▼
October
(13)
- Survey
- 7 bulan bersama Anas... Pt.1
- Settled!
- Disable Right Click
- ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.
- Cerita hari ini...
- Erika genap 4 tahun 23.10.2009
- Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest..
- Period ke?
- MamaTisya Duit Raya Giveaway
- Si Comel Berbaju Raya Contest
- Kisah teladan dan pengajaran...
- HAPPY BIRTHDAY TO UMMI!
-
▼
October
(13)
9 comments:
maik aih, panjangnya entry aku, cepat jugak aku taip sume ni dlm ms setengah jam je... biar betul... Abah Anas tgk ni, sure dia malas baca... Korang pun sure malas baca panjang2 gini, dah la tade gambar kan... Hm, Anas kene baca tau!
tiqah bce..hehe..suka tgk perkembangan baby..terbayang2 je cmne Anas wat semua yg k shakira listkn tu..hmmm makin cute Anas ni..moga sihat dan ceria selalu ye Anas...
Da abes baca kejap ja shira...cumilnya anas nk jadi mop??ahaha...kelakar2...xlarat gelak....mg anas membesar jadi anak yg soleh ok~!
happy 7 months anas! ;)
video nak letak watermark leh jugak. edit guna window movie maker tu. tapi lepas tu kene cari software utk tukar format file...kalau tak, takleh nak upload ke blog. :)
lawakla anas nk jadi mop..bese la time umur cenggini mmg suka je nk jilat lantai..hmm..
kejap je anas dah beso :)
bestnya baca perkembangan anas. Smeoga anas membesar dengan sihat dna menjadi anak yang soleh utk ummi dan abah dia..hehe.kak shira updatesla gmbar terbaru anas..teringin nak tgk dia senyum...
bestlah sebab dapat cite tentang perkembangan anas detail sekali.
happy 7 month, anas...
hepi 7months Anas..
Kak syakira..anas mem comels!^_^
Post a Comment