~THIS IS STICKY MODE~
~scroll down for entry biasa~
First time saya nak memeriahkan contest... Hari tu tak sempat join contest baby tido coz tarikh tutup diawalkan... Huhu... Sambil2 semangat nak ber'contest' ni, nak jalinkan silaturrahim jugak... Thanks pada MAMAMANJA... Selamat berkenalan...
Info ttg contest ni:
Contest ini dah bermula sejak 7 Jun 2009 yang lalu dan akan berakhir pada 26 Jun 2009, jam 5 petang. Dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Jun 2009.
Macam contest2 lain gak... syarat2 tuk menyertai contest ini ialah:
1. Menjadi FOLLOWER Mamamanja - settled
2. Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang - settled
3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang - settled
4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog. - settled
Dan cara untuk menyertai contest ini adalah:
1. Upload gambar korang bersama ngan ayah. X kira gambar zaman bila.... Tapi kalau dah x jumpa sangat gambar korang ngan ayah, gambar ayah sorang pun boleh ler... tapi markah lebih sket pada yang upload gambar bersama ngan ayah. - settled
2. Nyatakan NAMA AYAH & UMUR (jika ayah dah tiada, nyatakan) - settled
3. Buat sket ucapan kepada ayah korang yang melambangkan penghargaan korang terhadapnya. - settled (part plg susah, hehe...)
4. Jangan lupa citer ler sket kat blog korang pasal contest ini dan jangan lupa masukkan link MAMAMANJA. Bila dah beres semua tinggalkan link entry korang kat ruangan komen entry contest ini. - settled
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dan hanya sorang saja pemenang.
Ok, mudah saja kan??? Jadik mari ler kengkawan semua join FATHER'S DAY CONTEST ini.
Entry saya untuk contest ni:
Nama Ayah: UZIR BIN ABDUL MAJID
Umur Ayah: 51 Tahun (Ayah lahir 24 Feb 1958, sama tarikh ngan Abang)
Saya pilih gambar ni b’coz ni lah satu2nya gambar berdua dengan AYAH… Actually AYAH saya ni sangat lah pemalu, serious dan pediam orangnye, walaupun dengan anak2… AYAH saya org ber’bisnes’, so klu dia nak cakap pun, ckp benda penting2 je… Jarang sangat lah dengar AYAH bergurau… Tapi, sekali AYAH bergurau, happening, riuh btul family…
Nak cite sikit ttg gambar yang dipilih…
Sebenarnya gambar ni diambil kat ofis, untuk masuk tender NCER (tak pernah lak tender mintak gambar director & staff size 4R). NCER mintak gambar director & staff, kedua2nya bersaiz 4R… Dlm syarikat ayah, kami berdua jadi director, so, dapat la bergambar dgn AYAH… (Special thanks to NCIA)…
Ucapan untuk AYAH tersayang:
Alamak, part yang paling susah ni…
Ayah, kenapa ek kita susah untuk ungkapkan SAYANG? Pada hakikatnya kita saling MENYAYANGI…
Along bangga jadi anak AYAH… Terima kasih kerana melahirkan, mendidik Along dan mencari jodoh yang baik untuk Along… Terima kasih atas pengorbanan AYAH selama ni… Along akan jadi anak yang SOLEHAH, dan akan mendoakan kebahagiaan AYAH di Akhirat sebagai hadiah nak balas jasa-jasa AYAH yang terlalu besar dlm mendidik & membesarkan Along…
Kalau tengok AYAH dr luar, tak tahu di mana AYAH letakkan SAYANG Ayah kat Along… Tapi Along tahu AYAH sayangkan Along… Banyak yang AYAH bagi & korbankan demi kebahagiaan Along, Ashraf & Anas, cucu sulung AYAH… Kerja, kereta, dan banyak lagi lah… AYAH tak ungkap kata SAYANG tp AYAH tunjuk KASIH SAYANG AYAH dengan cara AYAH tersendiri…
I LOVE YOU AYAH!
Ummi & Abah sayang Anas
