"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, June 25, 2009

Selamat puasa saya untuk hari ni...

Penatnya, puasa yang paling meletihkan hari ni... Dah lama tak berpuasa sejak bulan puasa tahun lepas... Ramadhan tahun lepas, Ummi tengah mengandungkan Anas 3 bulan... Masa tu alahan teruk jugak... Sejak 1 bulan mengandung lagi Ummi dah alah teruk sampai berat badan susut 10kg... Tambah pulak dalam bulan puasa... Ummi memang langsung tak lalu makan dan minum, bau masakan macam bau ape ntah, sangat meloyakan... Minum air kosong pun boleh muntah balik, siang malam, muntah je... Dengan itu, Ummi dapat jugak la berpuasa... Kalau tak puasa pun, tak lalu makan, lebih baik puasa kan... Tapi, ada jugak la tinggal 8 hari, 2 hari tinggal sbb balik umah mertua kat Arau, diorang ingat menantu diorang ni letih puasa, nak makan... So, tengahari Abah dah belikan kuih, satu hari lagi balik ke sana tu, Mak masakkan sup ayam plak tengahari nak bagi Ummi makan... Siap bawak makanan masuk ke bilik...

Yang lagi 6 hari tinggal puasa tu sbb Ummi kena demam campak... 4 hari berturut2 Ummi asyik minum air kelapa & makan sup ayam kampung nak bagi cepat kebah demam campak tu, risaukan kandungan Ummi yang baru 3 bulan... (Alhamdulillah Anas sihat je sampai lahir)...

Lepas baik demam campak, alahan Ummi sume hilang.. Ummi dah lalu makan walaupun makan suku pinggan je... Tapi banyak la yang masih tak lalu makan... Seafood, kari, ikan bakar mmg langsung tak leh tengok or bau... Banyak makan ayam la masa pregnant...

Berbalik pada cerita puasa Ummi hari ni...

Oleh kerana pagi tadi Anas demam lagi, Ummi decide amik cuti 1 hari lagi... Puasa tetap puasa... 8 hari tu nak kena ganti... Nak amik hari Khamis je coz tak perlu nak pam susu banyak kali coz Jumaat Kedah coti...

So, hari ni Ummi dok ngan Anas je la... Stok EBM ada 8 botol... Ummi cairkan 2 botol untuk Anas minum... Guess what? Anas langsung taknak minum dr botol... Agaknya sbb Ummi yang bagi, tak nak la Anas... Ummi kan ada yang lebih fresh... Masalahnye, Ummi puasa sayang... Ummi takut tak cukup susu, nanti Anas tak puas minum... Dan Ummi takut letih sebab setiap kali menyusu, Ummi akan dahaga sangat2...

Anas tetap taknak minum dari botol... So, sepanjang puasa hari ni, Ummi tetap direct breastfed Anas, 7x jugak la since lepas sahur... Dahaga tu toksah cakap la... Sangat2... Ummi jadi letih sangat sampai tak larat nak bangun... Bila amik wudhu' je rasa fresh sangat... Mandi petang tadi rasa segar yang tak terkata....

Asalnya nak masak tp tak larat sangat... Mintak tolong Abah beli nasi kerabu je kat pasar malam... Ummi nak air tebu skali... Tapi Abah lupe beli la... (Berguling-guling Ummi... Nak jugak air tebu.. Nak jugak, nak jugak...) takpe lah, takde rezeki Ummi la tu... Bukak puasa bancuh koko panas, rase mcm air tebu je masuk ke tekak... haha...

Alhamdulillah, selamat dah ganti puasa 1 hari... (tu pon nak kecoh, haha....)

Ummi & Abah sayang Anas

No comments:

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi