"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, June 3, 2009

Ummi dah kerja

Hari ni hari ke-2 Ummi start kerja selepas bercuti 3 bulan (1 bulan before bersalin & 2 bulan lepas bersalin) Hehe... Lama tul Ummi bercuti... Tapi Ummi still buat keje kat umah coz Ummi sorang je yg jaga account syarikat Atuk... So, Ummi bawak balik CPU ofis coz kena guna UBS...

Patutnya Ummi start keje balik 28/05/09 tapi hari tu Khamis, tinggal sehari je lagi. Lagipun Ummi nak ikut Abah bawak Anas jalan-jalan... So, Ummi bincang ngan Atuk nak masuk keje awal June... Tapi 01/06/09 tu Ummi jadi panik nak bawak keta coz dah 3 bulan tak drive... So, hari tu, Ummi bertatih balik drive dengan pemantauan rapi dari Abah... Hehe... Pulak tu, Ummi nak kena latih drive sambil letak Anas kat dalam Capsule die...

So, semalam baru Ummi masuk ofis & first time tinggalkan Anas kat nursery... Pagi semalam, sebelum siap2kan Anas nak gi nursery, Anas BF banyak sgt... Lepas tu, Ummi letak Anas jap coz Ummi nak bersiap, Anas nangis sayu sangat Ummi dengar... Anas sedih ke Ummi nak tinggalkan Anas kat nursery... Anas tak nak letak, nak Ummi dukung je... Pastu Mak Ngah datang tolong Ummi... Ummi sempat perah susu & suh Mak Ngah bagi susu tu... Baru Anas diam & sambung tido...

So, Ummi letak Anas dlm capsule kat seat sebelah Ummi & drive gi nursery sambil ditemani oleh Mak Ngah... Ummi tak confident... Alhamdulillah, semuanya selamat & tak ade apa yg perlu Ummi risaukan... Sebelum keluar, Abah tanya Ummi 3 soalan...

Soalan pertama...
A: Macam mana kalau Sha tengah drive tetibe panas hala kat Anas?
U: Before driving, Sha akan tutup capsule Anas siap2 dengan kain. Lagipun, Sha dah tahu matahari pagi naik arah mana...

Soalan kedua...
A: Macam mana kalau Sha tengah drive tetibe Anas nangis nak susu?
U: Before keluar rumah, Sha akan menyusu Anas puas2... Sha akan perah susu untuk perjalanan Anas. Kalau Anas nangis, berhenti la sekejap bagi botol, tindih dgn bantal spy Anas boleh minum sendiri. Or, puting kan ada... Haha...

Soalan ketiga...
A: Macam mana kalau Sha tengah drive tetibe Anas nangis kuat?
U: Sha terpaksa la berhenti sekejap, pujuk dia... Tapi, sebelum keluar rumah, Sha akan make sure dia kenyang, tak basah & cukup tido... Anas kan tak banyak ragam asalkan dia cukup tido & kenyang... Kena make sure Anas tido la before keluar umah...

Alhamdulillah, Abah puas hati dengan jawapan Ummi... Abah risau & caring pasal Anas tau! Kami sayang Anas!

Anas nyenyak tido dalam capsule dia... Ummi siapkan botol & puting & capsule Anas tu dah ada 'bumbung'


Ummi & Abah sayang Anas

2 comments:

fazlinil irma said...

selamat kembali bekerja :)

semoga anas mengerti pengorbanan umminya bila besar nanti..

ehm..nanti bila anas besar kena sedia jawapan..

why ummi needs to go work everday? hehe

like me answering maryam questions everyday..huhu

sometimes, akak pun nak nangis jugak bila tgok dia nangis bila bangun tido cari ummi tp ummi dia dah g kerja..

sian..

AshAnas said...

kesian kan... kalau boleh mmg shira nak pilih utk jd suri rumah sepenuh masa je.. tp nk wat cmna kan, kos sara hidup skrg dh makin tinggi, xleh nak harap suami je kan... huhu...
tp as working mom ni, hbis waktu keje je kena byk sembang ngn anak la... xnak bg dia rasa mak dia x care psl dia... kan?
k.irma kongsi2 la skit...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi