"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Saturday, June 20, 2009

Sedihnya... Kawan2 Ummi, tolong Ummi...

Baru2 ni Ummi balik Arau 2 malam... Dalam peti ais ada la stok EBM untuk Anas... Kat Arau Ummi ada pam 2 botol untuk Anas, so balik umah nak simpan la 2 botol tu... Tengok2 dlm freezer, stok EBM mcm dh cair & dah beku balik... Mungkin peti ais rosak sekejap kot... So, nak tanya kawan2 blogger Ummi, susu yg dah cair tu mmg dah tak boleh guna ke walaupun dh beku balik? Sedihnya Ummi... Tak la banyak sgt, tapi cukup la untuk stok Anas kat nursery esok...

Ummi & Abah sayang Anas

15 comments:

Ummi Salsabila said...

shira,
siannye....
rasanye xboleh guna lg..
xpun cube shira search kat mummy sarakids.
blog dia byk ilmu BF ni.
xpe, try pump byk2 as u can ye.

AshAnas said...

tu la, Ummi shira pun cakap dah tak boleh guna lg dah... sedih bangat nih... esok dh keje, br ada 2 botol utk dia... mlm ni kena bangun tgh2 malam kerap la nak pam susu...

UmmiKhayra said...

Salam Shira,

betul, susu beku yang dah cair, kita kene gunakan dalam masa 24jan. Kalau lebih, dah tak boleh guna dah. Dalam kes shira ni, cair and dah beku, rasa dah tak boleh guna dah.

Oh, Shira kalau lepas pam, akan terus bekukan ye? Kenapa shira tak letak kat bawah dulu. Kat bahagian atas and paling dalam. Boleh tahan lebih kurang 4/5 hari. Ada yang cakap boleh tahan 7 hari. At least, kalau jadi pape kat beku, kita ada backup. :)

Kalau dulu, UK jumaat je, mesti naikkan.. tp bila ada orang bgtau pasal boleh tahan dalam 4/5 hari, dah tak letak kat freezer dah. :D Takpe, shira cuba lagi untuk pam.

AshAnas said...

::UmmiKhayra::
o0o, kirenya skrg UK dah tak letak kat freezer dah la ek? UK buat stok cmne ek? mmg xde stok kat freezer utk more than 4/5 days ke? Lagi satu nak tanya, kalau dh beku, dlm pjlnn, die cair sikit2, boleh bekukan balik x? or letak kt bwh je, thn bp lm?

Ibu Ayra said...

kak long, contest baby tido tu dah tutup...

UmmiKhayra said...

Bukan macam tu. Skrg ni UK still simpan susu kat freezer. Susu untuk Khayra esoknya, UK guna yang belum beku. Kalau ada baki, baru UK bawak naik untuk dibekukan. Sebab lagi bagus bagi anak kita minum susu yang belum beku lagi. Kalau shira pam dapat lebih dari keperluan anas kat nurseri, baki tu shira bekukan untuk stok. :D

Shira memang bekukan susu masa lepas pam ke? Sebab UK tak beku kan. UK cuma letak dalam cooler bag yang sejuk or letak kat bahagian bawah peti ais. Sebab macam UK bgtau, yang fresh lagi better than beku. :)

fazlinil irma said...

siannya..xpalah..pengalaman tu..

UmmiKhayra said...

Salam Shira,
Memang ramai yang pertikaikan pasal bagi air masak tu. Ikut pengalaman UK yang tak seberapa nih, memang sume suruh bagi air masak kat baby sbb takut baby dahaga. Apa yang UK faham, diorang kasi air masak sebab takut haus dsbnya. Susu ibu yang memang semula jadi kandungan air dia mencukupi. Kalau tak silap UK, Baby yang minum formula memang perlu air masak untuk memudahkan proses penghadaman. sebab kandungan air dalam formula tak sama dengan kandungan air dalam susu ibu. Wallahua'lam
Khayra memang UK tak kasi minum, penah jugakla mama nak kasi, tapi Khayra refuse. And alhamdulillah, sampai 6 bulan, memang xder bagi air masak pun. Alhamdulillah, Khayra tak dehidrated pun even tak bagi air masak. Kalau nak jumpa pakar, shira pegi kat pakar laktasi. Jangan takut. Tak pun, telefon je Pn. Rita MLO ke, Pn. Kamariah Susu Ibu ke.. Atau mana2 pakar laktasi. Insyaallah, kalau niat kita betul, Allah akan bantu kita. :)

[-suziey-] said...

salam shira..kadangkala..setiap perjuangan kita akn disulami dgn dugaan...so dlm kegigihan shira kumpul BM tu..kadangkala Allah nk uji..cekal ke shira..ikhlas ke shira...n shira just let it be..tp jgn la smapi xamik peduli langsung kan..sabar ok..anggap je Tuhan tentukan susu tu bkn milik anas:)
caiyok2 ok :)

mama-qaisara said...

salam...
jgn risau..tekadkan azam..kuatkan semangat.Allah pasti bantu hambaNya..
pendapat sya sama mcm ummi khayra.
sebab sya pn praktik menda yg sama..stok susu yg dipam,sya letak di bwh dulu.bila dh nak dekat 4/5hari sya naikkan ke freezer if ada baki.itu yg akan jadi stok frozen EBM.

AshAnas said...

::fazlinil irma::
tu la, pengalaman dan pengajaran yg sangat bermakna dlm hidup... k.ema kena amik pengalaman shira utk k.ema nnti tau...

AshAnas said...

::UmmiKhayra::
Thanks UK... Susah nak cari sokongan sbnrnya... Semoga Allah tabahkan hati ni nak terima kritikan orang2 yg lbih dulu makan garam dr kita... Semoga Allah bg kekuatan utk kita pertahankan apa yang kita rasa betul... Alhamdulillah kwn2 dlm blog jd sumber kekuatan yg menyokong shira utk pertahankan fakta sebenar BM ni... Susah nak buat husband faham... Yang tu yg pening ni... tp xkisah la asalkan dia x memaksa kt ikut ckp dia jgk2... smlm abg ckp, "xpelah, skrg ok je tgk anas xminum air masak pun... tp, lps 3bln bg la sket kot. bkn bg minum 1 botol, sket2 je nk cuci mulut dia.." huhu.. akan ku pertahankan baby xperlu air masak smpai 6bln...

AshAnas said...

::[-suziey-]::
betul tu.. be positive kan... ms hntr anas kt nursery ahad tu, risau sgt susu xcukup... tp pesan kat pengasuh dia jgn bg FM, klu xcukup, nk amik dia awal...
tp kan, alhamdulillah, 6oz je shira tinggalkan, cukup sampai petang... pengasuh dia ckp, dia byk tido je hr tu... Allah nak tolong kan...

AshAnas said...

::mama-qaisara::
hehe, bc blog mama-qaisara, ingat ke trus bekukan... thanks ek... klu letak kt bwh dulu, then br bwk naik, thn bp lm?

UmmiKhayra said...

Salam Shira,
UK jawabkan la bagi pihak mama qaisara. Boleh kan mama qaisara? :)

Kalau kita letak kat bahagian bawah, boleh tahan dalam 4/5 hari. Ni kene letak kat bahagian atas and paling dalam untuk dapatkan suhu yang maksimum. Bila dah naikkan ke freezer ( bekukan) boleh tahan untuk 3 bulan. :)

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi