"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, June 14, 2009

Buaian Anas?

Entry yang dah lama terperuk kat draft...
Huhu... Dah 3 malam Anas meragam masa nak tido... Gaya dia tu macam nak buai... Agaknya sbb siang2 dia biasa tido dlm buaian kat nursery.... Ummi dah pening kepala mikir apa solution terbaik nak tido kan Anas tanpa buaian.... Last2, Ummi dapat idea... Jeng...Jeng!

Ummi dodoikan Anas sambil berhinggut kat katil... Aduh, lama2 sakit pinggang la plak... Tiap2 malam Ummi buat camtu, baru Anas boleh tido nyenyak...
Abah kesian tengok Ummi & akhirnya Abah decide, "Kita kena beli buaian jugak la untuk Anas sayang... Jenuh kita tiap2 malam macam ni... Bukan setakat susah nak makan, nak tengok TV pun tak boleh..." Ummi terpaksa ikut cakap Abah... Sebabnya Anas memang nak orang focus kat dia sorang je, tak boleh sambil2 buat benda lain, termasuklah tengok TV...

So, siang tu Ummi survey harga buaian... Petang tu jugak Abah pergi beli buaian kat kedai basikal kat PJ1 (Pekan Jitra 1)...

Abah nak rasmi buaian Anas malam tu jugak, tapi Ummi masih berkeras, tak nak ajar Anas tido buai... Ummi cakap kat Abah, Ummi sanggup berkorban demi Anas asalkan Anas tak tido buai...

Nak tahu apa jadi?

Masa Abah keluar pergi beli dinner (Ummi tak masak malam tu sbbnya Anas asyik meragam tak nak letak or tinggal langsung, nak dalam dakapan Ummi je), Anas nangis sangat2 sampai Ummi tak tau nak buat ape... Ye la, kalau Abah ada, Abah tolong2 pujuk Anas... Ni Abah keluar, Ummi terpaksa la rasmi jugak buaian Anas tu... Tapi sekejap je... Bila Anas dah tido, Ummi angkat Anas letak kat bawah balik... Hehe...

Dan sampai sekarang, setelah hampir seminggu buaian itu dibeli, Anas masih tido kat bawah je... Malam2 still meragam time nak tido, dan macam biasa, Ummi akan dodoikan Anas sambil berhinggut kat katil... Pagi2, sakit pinggang... Haha... Tapi, demi anak tersayang, apa pun sanggup berkorban...

Ummi & Abah sayang Anas...


Ummi & Abah sayang Anas

1 comment:

Cik CT said...

salam kenal...hi Anas...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi