"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, August 30, 2010

Happy 17th month Anas sayang!


Wahai anak kesayangan Ummi dan Abah... Sedar tak sedar, dah setahun 5 bulan dah anak Ummi nih...

Sekarang dah macam2 ragam dia... Baru dapat kaki @ 1 tahun 4 bulan 1 minggu, so skrg ni sangat la ligatnya nak berjalan je, takmo dok diam. Dah takmo berdukung & marah bila angkat dia, huhu... Memang jenuh kejar skrg ni, pantang nampak pintu terbuka je, cepat je dah sampai kat pintu...

Pandai amik kasut kat rak then letak kat luar, then cuba nak pakai sendiri. Oleh kerana susah nak pakai kasut sendiri sbb kecik, tau plak pilih nak sarung kasut yang lebih besar sbb boleh masuk kaki dia, haha...

Pastu kalau dah eksaited berjalan kat luar dengan kasut, jangan harap la boleh pujuk dia masuk rumah or nak tanggalkan kasut dia, hoho.. Bagi la can, budak baru dapat kaki katakan...

Anas kan kalau nak keluar, selagi takde kasut dia takkan jejakkan kaki dia kat luar. Tapi kalau dah lama sangat menunggu, takde kasut pun dia redah je.... hadoi! Sangat risau dia pi kat kolam ikan Atuk tu. (Last year kan adik Ummi, Erika yang Ummi tak pernah jumpa tu jatuh mati lemas dalam kolam ikan kat rumah dia, kejadian berlaku seminggu sebelum raya...)

Semakin banyak words dia. Boleh ikut apa yang Ummi dan Abah sebut. Ada words yang kami boleh faham dan ada gak yang tidak sbb dia cakap bahasa Korea...

Perkataan baru yang Anas dah boleh sebut -apa dia tu?- -apa ni?- -lorry- -car-

Pendek kata, dia dah faham cakap kita & dia tahu bila nak guna perkataan itu. When we asked something, dia akan 'ha?' dia alert dgn soalan kita tapi tatau nak jawab camna... Pastu nampak la dia mikir nak jawab camna, hehe...

Anas dah boleh terima arahan. Hari tu Ummi mintak tolong dia amik handphone Ummi kat atas sofa. Kebetulan kat situ ada remote DVD player, remote Astro, tapi jauh2 la dan handphone Ummi agak terlindung sikit. Nak tengok jugak akal dia faham tak handphone tu apa. Setelah dia puas membelek dan mencari, akhirnya jumpa jugak handphone Ummi, dia amik & bagi kat Ummi. Good Boy, Alhamdulillah!

Macam tu jugak bila dia dok main sepah2kan benda, Ummi akan suruh dia kemas & simpan balik, dia dah faham & buat.

Alhamdulillah, senang bercakap dengan Anas sekarang, sebab dia faham & dia bagi respon yang positif, menepati apa yang kita fikir.

Anas sangat suka solat dan baca Al-Quran dengan Ummi, Alhamdulillah... Membesar jadi anak yang soleh dan taat perintah Allah ya sayang....



Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas

us-kecik

2 comments:

e.l.i.z.@ said...

lambat jgk ek anas dpt kaki..tp kira ok la kan, drp xdpt terus hehhe

cerdik banget bila dia g amik kasut yg besar.senang dia nk pakai heheh

Ummi Shira (AshAnas) said...

@e.l.i.z.@
tu la eli, lmbt sket... sejak dpt kaki, sangat suka main kasut kitorg... huhu, nk kena simpan tmpt lain plk...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi