"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, August 26, 2010

Hasil perahan yang luar biasa...

Duhai anak kesayangan Ummi... Hari2 Ummi tak putus asa tetap mengepam untuk Anas. Walaupun hasil Ummi tak semeriah seperti dulu, Ummi tetap pump jugak. Ummi tak terlalu risau sbb Anas dah boleh makan macam2 & Anas dah besar, tak perlukan susu Ummi sepenuhnya macam dulu.... Dan bila Anas dengan Ummi, Anas akan direct feeding...

Tapi hari ni kan, susu Ummi banyak dari biasa la. Ni Ummi tengah dok pikir apa yang menyebabkan susu Ummi bertambah hari ni?

Sahur tadi, Ummi makan roti 2 keping instead of makan nasi macam sebelum2 ni. Sebelum ni, hari2 Ummi memang makan nasi, tak pernah miss...

Pastu Ummi minum air masak dalam 3 gelas jugak la, tapi ni biasa...

Cuma Ummi ada minum air 100 plus 2 gelas pagi tadi. Dah 2 hari Ummi minum 100 plus sebenarnya sbb mulut Ummi pecah2, bengkak dan terlalu kering. Sebelum ni Ummi minum Performance Drink masa sahur tapi pagi tadi Ummi cuba 100 plus...

Ummi amik 3 biji Alfalfa, pun selalu amik 3 biji jugak...

Pagi tadi Ummi terlupa buat ESP sbb mula2 tu tak lalu makan, then ngantuk... Langsung lupa bancuh ESP. Tapi susu Ummi masih pekat lagi,Alhamdulillah...

Dan Ummi mengepam pun ikut jadual macam biasa... Tapi, hasil luar biasa, Alhamdulillah...

Hm, agak2nya, apakah yang jadi milk booster Ummi ek? Nak kena kekalkan sbb Ummi kena kumpul stok yang banyak untuk Anas sepanjang Ummi ke Shanghai 4 hari next month....

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

13 comments:

f a i z a h 's said...

adakah krn 100plus?? nk try gakla...hahah...poyo je sy ni :D sume menda nk try kalu nk mendorong ke arah membykkan susu kn?

Zaidah said...

mungkin 100 plus tu kot...

Ummi Shira (AshAnas) said...

@f a i z a h 's
try jgn tak try, hehe... sblm ni ade gak kawan yg susu bertambah bila minum 100 plus... tp sy xamalkan sbb xsuka air gas... tp skrg mcm nk buat lg, hehe....

Ummi Shira (AshAnas) said...

@Zaidah
mungkin jugak la...

ibu wawa said...

Alhamdulillah.
Teruskan usaha Shira ni...

Hanie(SHMA) said...

saya mcm nk try la

Nadiah Sidek said...

shira!!! rindu kat akak tak? ehehe. sori sgt2 lama dah tak singgah sini. serius tak rajin nak blogwalking. semalam baru dtg sikit angin rajin ^^

alhamdulillah...rezeki utk anas ramadhan ni. moga terus dimurahkan rezeki sampai dpt kumpul stok yg cukup :)

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak nadiah:
uhuh, sangat2 merindui oke~~ thanks!

Rini Shariff said...

Shira..malam berbuka makan apa? mungkin itu ada effect kut

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak rini,
oh, mlm tu berbuka sangat macam2 yg di makan sbbnya buka puasa ngn family FIL kt kg... dengan durian, pulut, mee... mcm2 la smpai xingat... rugi kan tak ingat...

Ummi Hanie said...

slmt memerah ye shira..jgn putus asa beri anak susu bdn...hasilnya insyaAllah memuaskan ;)

err shira,apa mksud shira dlm komen trakhir kat blog hanie tu??(...."sejak insiden tahun lepas dah xde mood nak beraya")

Mama Zharfan said...

many thanks for dropping by at my blog ;)

Unknown said...

shira,
semoga produksi semakin bertambah2.. mungkin juga amalan konsisten dlm pemakanan such alfalfa tu kot.. semoga cukup bekalan susu utk anas...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi