"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Sunday, January 2, 2011

Jumpa Kak Ina Momguess gara2 kuih siput

Assalamualaikum anak2 Ummi dan Abah. Semoga anak2 Ummi dan Abah sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah. Masih belum terlambat Ummi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Semakin bertambah lah usia kita, dan semakin hampirlah kita dengan Hari Kiamat, Subhanallah... Takutnya mengenangkan hari yang dijanjikan Allah itu... Semoga kita terus mengumpul bekalan ke sana...

Anas sudah pun genap 1 tahun 9 bulan @ 21 bulan sekarang. Adik plak dah masuk 20 weeks dalam rahim Ummi. Semoga kedua2nya sihat. Abang pun hari2 nak sayang Adik. Harap nanti bila Adik dah lahir, Abang jaga Adik elok2 ya...

Sebenarnya banyak Ummi nak update ni. Hm, nak mula yang mana dulu ya? Tapi semua cite basi la kot... Hehe...

Ummi mula dengan cite jumpa blogger, Kak Ina Momguess lah... Ummi mula kenal Kak Ina masa join contest ber'seasons' anjuran kak [-suziey-] dan Kak Ina. Dan kebetulan dalam 2 minggu lepas, Kak Ina ada post dalam blog die gambar 'kuih siput'. Die cakap jiran mak die kasi, sedap dan die teringin lagi tapi segan nak mintak kat jiran Cik Muni (mak Kak Ina) tu lagi, hehe...


Kat Kedah ni kan, banyak la sangat kuih siput tu. Selalunya musim perayaan kat sini, org2 kampung rajin buat kuih siput ni. Kalau kat Pekan Rabu tu plak, anytime je ade. So, Ummi offer la kot2 Kak Ina nak kuih siput tu. Dah kebetulan kami nak ke KL sbb kenduri sebelah adik ipar kat Rawang, boleh la jumpa Kak Ina terus kasi die kuih siput tu.

Sepatutnya nak jumpa hari Jumaat. Kami bertolak dari Jitra ke KL hari Khamis malam. Sampai je kat KL, Ummi terus demam. So, hari Jumaat pagi, rest je kat umah, tak gi mana2. Petang tu Abah ajak gak gi Jalan TAR. Ummi nak beli tudung, dan Abah teringin nak bagi Anas rasa naik LRT. Alkisahnye, Ummi lupa caj HP Ummi sebelum tu. So, tak dpt contact Kak Ina.

So, kitorang janji nak jumpa kat IKEA petang hari Sabtu. Contact Kak Suziey gak, kot2 die leh join sekali. Tapi aQeel plak baru je tido. So, takde rezeki lagi nak jumpa Kak Suziey. Sebenarnya, tak jumpa Kak Ina dalam IKEA pun sbbnya dia dari Klang, Ummi plak tak larat nak berlama2 dalam IKEA sebab demam. So, masa nak kuar parking tu, Kak Ina call, cakap dia nak sampai. So, kitorang tukar plan, jumpa kat Petronas depan TESCO je.

Sangat2 lah kelam kabut pertemuan kami tapi best giler dpt jumpa kawan2 blogger ni. Walaupun sekejap sangat, sebab dah nak Maghrib, Kak Ina & family pun sangat2 letih, tapi sempat la jugak bergambar kenangan dengan Kak Ina. Cuma tak bergambar kenangan dengan kuih siput tu je, hehe...


kitorang jumpe ni 25 dec 2010 yg lepas... hehe... aci la baru skrg wat entry kan...


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

6 comments:

malinasiam said...

dear....
sory sgt lambat reply
kuih siput tu sedap!!!
tingal sikit je lagi
sory skg ni a bit kelam kabut
coz my mom admited
thn baru lps ptus tunang kan
tu hidup mcm xterurus skit
apa2 pun
THANKS yer!!!!
insyallah ada jdh kite jumpe lagi

Suziey Ahmad said...

huhu jeles..klu x bole akk pau kuih siput tu dr momgues..ekeeke:D hmm mmg ade je halangan kan..regret gk xdpt jmpa shira..xde jodoh kan..insyaAllah akn jmpa gk 1 hari nnti..

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak ina, yg tu 1kg tu... klu xcukup, bgtau la...
shira doa mak k.ina cpt sihat... kasi makan sup ketam ya...

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak suziey, lps ni nk gi kl je kena plan dgn akak awal2 kan...

Unknown said...

best kan dpt jumpa kawan blogger ni..

kakyong ni byk kali nak berkenalan dgn Momguess ni tp asyik tak nyempat jer.. tau juga serba sedikit tentang Momguess ni masa baca n3 Ayu icerebox..

Ummi Shira (AshAnas) said...

@kakyong
dlm ramai2 blogger kan, tingin sgt nak jumpa kakyong... shira selalu gi ipoh ni. kyong kat mana?

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive