
Exchange Link di sini
Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...
Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....
Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.
Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.
Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.
Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...
Harap maklum dan Selamat Membaca!
Monday, February 28, 2011
Nasi Goreng Udang, Changlun

Tetamu dari jauh dan ramai on weekend
Happy Birthday Abah!
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
Thursday, February 24, 2011
Ok tak design ni?
Tuesday, February 22, 2011
Jo Cendol Pulut
Cubaan pertama

Jangan pecahkan hati Ummi sudah la...
Monday, February 21, 2011
Peringkat pertama potty training Anas
Ransangan Tarbiyyah Anak (12-18 bulan dan 18-36 bulan)
Teruskan ransangan sebelum ini (umur 0-6 bulan & 6-12 bulan)
- Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat yang lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini Insya'Allah membantu perkembangan behagian tertentu otak anak (cortex).
- Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
- Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleg anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah (Subhanallah, Masya'Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar). Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: Bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan nasyid boleh membantu.
Ransangan Tarbiyah Anak (18-36 bulan)
Teruskan ransangan sebelum ini.
Maksud hadith:
- Ajarlah anak kamu surah al-Furqan (25:2) apabila dia mula berkata-kata.
- Ajarkan anak kamu 3 perkara: mencintai Nabi, mencintai keluarganya dan membaca Al-Qur'an.
AQIDAH TAUHID | Mengajar potongan-potongan surah al-Furqan (25:2) menggunakan teknik pembelajran yang menarik dan berkesan. Ayat-ayat lain termasuk: An-Nahl (16:17) ; Al-A’laa (87:1-4) ; Al-Ikhlas (112:1-4) ; Al-Fatihah (1:1-3) dan seterusnya mengikut kemampuan dan kesediaan anak. Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk mentauhidkan Allah sebagai Ilah. |
SEERAH RASUL | Pengajaran seerah para Rasul, khususnya seerah Rasulullah SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iatu para rasul adalah contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun. Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan. Buku-buku bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak. |
AL-QURAN | Perkenalkan Al-Qur’an sebagai Kitabullah dan Kalamullah secara beransur-ansur. Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz 30 (Juz ‘Amma). Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran Aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari Al-Qur’an. Nasyid boleh digunakan untuk memperkenalkan fungsi Al-Qur’an. |
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
Ransangan Tarbiyyah Anak (6-12bulan)
BAHASA | Mengajar kalimah tauhid yang berikut dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur mengikut cara yang sama seperti dahulu. § La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah) § Allah Yang Maha Esa § Tiada sekutu bagi-Nya (tiada yang serupa dengan Allah) § Kepunyaan-Nya kerajaan (semua milik Allah) § Segala puji bagi Allah (Alhamdulillah) § Dia menghidupkan dan mematikan § Di tangan-Nya segala kebaikan § Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu |
INTELEK | Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar (flash cards) atau buku-buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya. § Kad gambar berukuran 25cm x 25cm § Gambar jelas tanpa latar belakang yang mengelirukan § Gambar betul atau lukisan yang tepat Contoh: § Set tanda kekuasaan Allah di langit (matahari, bulan, bintang, planet) § Set tanda kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika) § Set haiwan : [set mamalia], [set burung], [set ikan], [set serangga] § Set tumbuhan: [set bunga], [set daun], [set buah], [set pokok] Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set. a) kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaa ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga. b) memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan-persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya, juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set yang sama jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu. |
JIWA | Solat di samping anak. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya. Bacaan jelas didengarkan pada anak. Pada mulanya anak mungkin akan menggangu kita solat. Tapi bila sudah biasa, dia akan mengerti waktu solat tidak boleh diganggu dan dia akan cuba mengikut gerak solat kita. |
FIZIKAL | Untuk meransang fizikal anak, biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini Insya’Allah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan kiri). Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan cara permainan. (Contoh: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk dilalui oleh anak) Kalau boleh, elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak. |
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
Ransangan Tarbiyyah Anak (0-6 bulan)
BAHASA | Sentiasa mengucapkan kalimah “La Ilaha Illa Allah” dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal. (Contoh: menyentuh mukanya, membuka tangannya, menggosok atau mengurut badannya selepas mandi.) Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan. |
INTELEK | Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah. (Contoh: Set anggota – pegang anggotanya yang berkenaan) Tekankan hanya Allah yang berkuasa memberikan kepadanya anggota itu. Terus baca “La Ilaha Illa Allah”. Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah. (Contoh: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya.) Membawa bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekalian alam. Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah. Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya. (Contoh: panas, sejuk, kasar, licin, rata, bulat, kesat, halus) Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan-Nya. |
JIWA | Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya. |
FIZIKAL | Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap. Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit. Bagi keseimbangan badannya - biasanya beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid adalah berkesan. |
Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
Sunday, February 20, 2011
Main layang-layang @ Tasik Darulaman
Wednesday, February 16, 2011
Pregnancy check-up @ 27 weeks & Pre-Eclampsia
*Ummi sangat takut........
Satu Kad Satu Saat Tiga Kali Sehari
- MENONTON CAKERA PADAT...masa dua beradik ini banyak dihabiskan di hadapan televisyen dengan bantuan ibu mereka.
- BIJAK...Qarissa bersama adiknya Quzayra tekun membaca kad imbasan.
Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards
Anas-Ummi-Abah
Anak susuan AshA's Family

Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi
Blog Archive
-
▼
2011
(110)
-
▼
February
(29)
- Nasi Goreng Udang, Changlun
- Tetamu dari jauh dan ramai on weekend
- Happy Birthday Abah!
- Ok tak design ni?
- Jo Cendol Pulut
- Cubaan pertama
- Jangan pecahkan hati Ummi sudah la...
- Peringkat pertama potty training Anas
- Ransangan Tarbiyyah Anak (12-18 bulan dan 18-36 bu...
- Ransangan Tarbiyyah Anak (6-12bulan)
- Ransangan Tarbiyyah Anak (0-6 bulan)
- Main layang-layang @ Tasik Darulaman
- Pregnancy check-up @ 27 weeks & Pre-Eclampsia
- Satu Kad Satu Saat Tiga Kali Sehari
- Kereta oh Kereta
- Aktiviti bermanfaat di cuti Maulidur Rasul
- Kerabu untuk kenduri semalam licin, sukanya!
- Aktiviti Anas di dapur
- Anas pakai kain lampin
- Blog Baru- Khas untuk masak memasak
- Resipi: Daging Masak Kicap
- Counting: 100 days to go!
- Friso Flaunt It! Contest
- Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay
- Claim siapa lagi banyak & besar?
- Bersalin dan menyusukan: Pilihan hospital bersalin...
- Kembali bekerja
- Cuba-cuba design sendiri
- Hargailah wanita mengandung
-
▼
February
(29)