"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, February 7, 2011

Bersalin dan menyusukan: Pilihan hospital bersalin. Di mana?

Permata hati kesayangan Ummi & Abah, anak2 Ummi yang dikasihi, Anas dan adik yang masih kecil di dalam kandungan. Semoga kalian terus membesar di bawah rahmat kasih sayang Allah, dalam tarbiyah Islamiyah....


Sekarang kandungan Ummi dah masuk 25 minggu. Masih jauh lagi perjalanan adik di alam rahim. Tapi Ummi dah rasa sakit2 yang agak menyukarkan pergerakan Ummi. Allah nak uji Ummi ni, Alhamdulillah...

*Nurse kat Klinik Kesihatan dok bising2 cakap Ummi dok rasa sakit sbb tak gap 2 tahun, huhu. Takpelah, cepat sikit Abang Anas dapat kawan kan...

Sekarang ni Ummi dok tengah survey nak bersalin kat mana? Masih dalam dilema ni....

~Kalau pilih bersalin kat Hospital Sultanah Bahiyah (govt):
  • Belum tentu doc ape yang akan sambut baby. Kalau boleh Ummi nak doc Muslim mcm Dr. Annuar yang sambut Abang Anas dulu. Sangat Islamic suasananya, tenang sikit hati ni. Sebab doc azankan masa keluarkan baby.
  • Bab breastfeeding sejurus bersalin plak, mmg dah confirm govt hosp especially hospital rakan bayi mcm HSB ni mmg akan terus bagi baby breastfeed.
~Kalau pilih bersalin kat private hospital?
  1. KMC
  2. PMC
  3. Pusat Rawatan Mahsuri
Sayangnya, Pusat Rawatan Mahsuri tempat Abang Anas dilahirkan dulu dah tutup. Dah takde sambut baby kat situ. Melainkan ada yang nak take over Mahsuri dan ade Pakar Perbidanan yang Islamic, sure Ummi pilih bersalin kat situ.

Dr.Annuar yang sambut Abang Anas kat Mahsuri dulu dah pindah ke PMC. Ummi dah gi jumpa dia baru2 ni. Suasana dah tak macam dulu la. PMC pun milik Chinese. Suasana Islamic non ado la...

KMC? Ada 2 doc yang menjadi pilihan. Satu lelaki, satu lagi perempuan. Hm, majoriti cakap doc perempuan tu agak kasar nak dibandingkan dgn doc lelaki tu. So, pilihan?

Sekarang ni Ummi & Abah lebih prefer KMC la. Tapi.... Ada tapinya.... Bab breastfeeding la... Ummi target nak terus bf baby lepas lahir. Tapi kebanyakan private hospital ni lebih suka bagi FM kat baby sebab nak bagi ibu rehat... Tapi, bagi Ummi, terus bf baby lebih cepat buat ibu sihat... Betul tak?



Hm, boleh ke kite request nak terus bf baby? Dengar citenye, diorang takkan hantar baby kat kite mcm govt hosp. Kite yang kena kuat utk pergi sendiri kat nursery untuk bf baby...

So, bab doc - Ummi pilih private hosp
Bab bf plak - Ummi pilih govt hosp
Camne ni? Huhu....


Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

7 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Dua2 anak kak zefa lahir di PPUM.. memang hospital rakan bayi.. layanan yang baik.. cuma ayah tak boleh masuk.
Andai ada rezeki ke3.. dan ada rezeki yang lebih, teringin juga nak rasa bersalin dihospital swasta.. :-)

f a i z a h 's said...

shira...member2 sy yg bersalin kt private mcm col.asia atau pcmc (prince court) ckp kita leh request sume tuh... pusrawi pun kalu sy xslp..kakak sy bersalin situ... mai time nk bf dia bwk bb kt mak dia utk nyusu... elok bncg kot dgn doctor yg bakal smbut anak kita tuh...sy takut kalu govt sbb pengalaman dulu kn... sy jenis sakit lama kot.. huhu...isau2

Unknown said...

shira,
boleh request la.. lagipun kita bayar, apsal plak depa tak mau antor..

kakyong dulu depa antor masa 1st hour.. masalahnya kakyong pulak yg pengsan.. biasalah bersalin pada umur dah lebih 35 letihnya tak sama dgn org muda.. lepas 3-4 jam baru la boleh nak angkat kepala & angkat badan..

beruntung kome2 yg mengandung & ebrsalin pd usia muda ni...

Amal Aizad said...

link akak bagi tu sangat bermanfaat utk org yg tatau papa (like me). thanks! (^_^) nak share di blog dan fb.

Panacea Style Collection said...

salam boleh saya tau kos bersalin semua kat KMC n PMC?normal and bedah??include epidural or x?

Hajar_Sensei said...

Sya baru jumpa Dr. Anuar di PMC, kos bersalin normal dalam rm1300 dan pembedahan dalam rm3300..saya pun bercadang nak bersalin di sana.. =)

Hajar_Sensei said...

Sya baru jumpa Dr. Anuar dari PMC. kos bersalin normal dalam rm1300 dan operation rm3300..saya bercadang nak bersalin di sana...operation untuk anak ke3

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive