"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, February 22, 2011

Jangan pecahkan hati Ummi sudah la...


Anak pecahkan pinggan? Biasa la tu kan... Tapi yang paling Ummi sedih Anas pecahkan pinggan ni masa Anas mengamuk marahkan Ummi. Anas terus je capai pinggan atas meja & lempar ke lantai. Ya, pinggan ni hadiah perkahwinan Ummi dan Abah, tapi Ummi baru je keluarkan hari Jumaat lepas. Saja nak merasa guna pinggan cantik plak.

Anas dah mengantuk sangat agaknya masa ni. Dia mintak air, Ummi bagi air, dia lempar cawan ke lantai. Habis basah tikar kat dapur. Lepas tu dia mintak cheese plak, Ummi taruk dalam pinggan, potong2 bagi dia makan. Lepas tu dia campak-campak jugak cheese tu kat karpet. Lepas tu Ummi amik la balik pinggan tu letak atas meja, sambil nak kutip balik cheese yang dia lempar tu. Tetibe je dia capai pinggan kat atas meja tu terus lempar ke lantai dan prang!

Speechless! Ummi terus bawak Anas masuk bilik, tutup pintu sekejap, sebab Ummi nak sapu lantai, takut Anas terkena kaca plak. Mula2 dengar dia nangis jap pastu diam. Bila Ummi masuk bilik, tengok dia dah sepah2kan baju & kain pelikat Abah plak. So, terus bancuh susu dan ajak dia tido. Sekejap je minum botol, mata dah layu, lepas tu dia nak sambung ngan n***n, then terus tido... Hai la anak...

Ummi tak tahu punca dia mengamuk sakan. Dah la Abah keluar minum dengan kawan dia. Ummi plak tengah sakit kepala. Nak marah tak boleh, Ummi call Abah nangis2, huhu... (Ummi memang camni, takleh marah anak, nangis2 luah perasaan kat Abah... Sedih tau Anas wat Ummi camni...)

**Anas sekarang suka sangat mengamuk baling2 barang. Camne nak buat ek?

Nukilan Ummi & Abah buat anak kesayangan, Anas
us-kecik

13 comments:

UmiIzz said...

Macam tu la anak, kene banyak2 sabar.. tp itula bahagia kita dari dia duk diam tak buat apa2.. cube pujuk dia elok2 dan kata pada dia elok2 tak perlula baling2 barang, anas bagi tahu mummy anas nak apa.. tp kalau budak nak tdo memang ngamuk selalu so kene awas dgn time tdo dia supaya dia tak mengamuk, hehe

Nadiah Sidek said...

anas dah masuk terrible two phase agaknya. akak pun tak tau la camne nak handle anak yg mengamuk baling2 brg. nak marah tak boleh..nnt lagi dia mengamuk

Syida said...

sama la kita.kalau termarah anak lebih sikit, mesti kita yang akan nangis.kadang2 kalau papa aqid yg marah aqid, nanti kita yang nangis.

edane said...

memang kan kenabanyak bersabar dengan telatah mereka. for me, anas macam nak terlebih perhatian. dia tahu kan umminya tengah pregnant.
kadang bila terlebih mengamuk ni lah yang buat kita hilang kawalan sekejap kan...

Ummi Shira (AshAnas) said...

umiDanish, tu la, kena byk bersabar umur2 camni kan... plk tu die dh pandai nak mengarah, huhu...

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak nadiah, btul tu, klu marah lg dia memberontak kan... anak kite ni nk lebih perhatian sbb nak dpt adik kot...

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak syida, huhu... begitulah, nak marah takleh, nangis je la...

Ummi Shira (AshAnas) said...

etiey, kdg2 terlepas marah die, kite yg sedih blk, pujuk die n cium2 die... ye la kot anas nakkan lebih perhatian... bp bulan je lg nk dpt adik dh...

Golden Rose said...

hmmm amzar dulu kerap gak baling2 barang....sib sha tak gunakan pinggan/cawan kaca or brg2 kaca kat umah....normally brg yg plg kerap jd mangsa ialah remote astro & brg mainan die...bile amzar buat mcm tu sha akan arahkan amzar utk kutip balik...then minta dia say sorry & janji tak buat lagi..if die tak buat sha cakap 'mak tak sayang anak yang tak dengar cakap mak'..pastu sha takkan cakap dgn die or layan die....then terus je die kutip...then to appreciate it sha akan peluk cium die....tapi style ni tak berkesan if buat skali...kena try byk kali br k...alhamdulillah skrg amzar dah tak buang barang.

Suhana Shahril said...

Pesanan penaja, bagi budak2 makan pakai pinggan plastik.So, kalao mengamuk pun, makanan jer tumpah tp pinggan x pecah.hehehe...kalau nk lagi menarik,cari yg ada gambar2 kartun ke,corak2 ke...

MamaYatie said...

huhu..paham perasaan shira..mmg kena sabar byk2..nak plak tngh preggy.org tua2 kata kadang2 anak suka merap bila ibu preggy..tak tau yer ke tak..tp merasa jugak mcm ni masa preggy anak ke 2

IDAZS said...

pendapat saya, mungkin Anas inginkan perhatian. Lebih-lebih lagi dia bakal dapat adik. Budak-budak memang sukar untuk menjangkakan moodnya. Apepun banyakkan bersabar yea. Anggaplah sebagai cabaran dan dugaan membesarkan anak. walaupun akdang-kadang boleh hilang sabar (ingatan untuk diri saya sendri juga)

Unknown said...

kakyong pun berdepan masalah mengamuk & baling brg ni dgn Aliya, Fikri & Anis tak pernah mengamuk mcm ni.. kurang2 bila di pujuk, elok jer.. tp dgn ALiya... adoooii, memang tewas....

Shira memang kena sabar lebih, lebih2 lagi dok tgh sarat ni...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi

Blog Archive