"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, July 21, 2009

Contest: Kisah & Lagu - Mamamanja

Masa blog walking, ziarah blog Mamamanja, ternampak la tentang contest nih...
Hm, before nak buat entry, saya nak promote dulu ttg contest ni kat rakan2 bloggers sekalian...
Peraduan ini akan bermula pada hari ini, 10 Julai 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada 31 Julai 2009 jam 5.00 petang.
Keputusan akan diumumkan pada 3 Ogos 2009 jam 9.00 pagi

Hadiah berupa Rerama Klasik Bangle dari AVON (oleh kerana Mamamanja kita ni dealer AVON, barangan AVON lah hadiah nya... Cute hadiah ni... Untuk lihat gambar, boleh klik sini, or boleh tengok dalam katalog AVON, Kempen 14/2009 m/s: 85... Ada saduran emas 24K... Wah, kalau menang ni, blh la pakai raya nnti, dh ada 1 gelang raya dh skrg...

Ok, seperti biasa syarat2 tuk join contest ni ialah
  • Menjadi FOLLOWER Mamamanja - dah jd follower since FDC....
  • Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang - dah add lama dah....
  • Upload gambar di atas sebagai BANNER DI SIDEBAR blog korang dan LINK kan ke ENTRY contest Mamamanja tu.... - done
  • Nyatakan LINK blog Mamamanja dekat entry korang - setiap nama Mamamanja dlm entry ni, ku linkkan ke blognya...
Dan cara2 tuk join contest ni plak ialah
  • Nyatakan TAJUK LAGU & tulis lirik LAGU yang berkaitan - done
  • Buat entry tentang KISAH yang berkaitan dengan lagu tersebut - done
  • Nyatakan LINK ENTRY korang kat ruangan komen contest Mamamanja tu... - okies...
Ok, senang bangat kan??? Xde status diri diperlukan,
Xde gambo diperlukan, hanya buat sket entry jerk... (Jom la pakat memeriahkan contest ni... Ada 10 hari lagi...)
Daku nak jugak mencuba nasib coz hidup ini memang banyak memori dengan lagu... Kadang2 dok terbayang macam dalam teater musical plak... (ekeke) Hm, Antara banyak2 lagu yang daku suke, lagu 'N'Sync- This I Promise You' ni paling meninggalkan kesan dalam hidupku.... Ini lirik lagu nya...

When the visions around you
Bring tears to your eyes
And all that surrounds you
Are secret and lies

I`ll be your strength
I`ll give you hope
Keepin your faith when its gone
The one you should call
Was standing here all alone

( chorus )
And I will take you in my eyes
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise u

I`ve loved you forever
In lifetimes before
And i promise you never
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart
This is a battle we`ve won
And with this vow
Forever has now begun

Just close your eyes
Each lovin day and know this feelin won`t go away
Till the day my life is through
This I promise u

Over and over I fall
When I hear you call
Without you
In my life baby
I just wouldn`t be living at all

And I will take you in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise u

Just close your eyes
Each living day
And know this feelin` won`t go away
Every words I say is true
This I promise u

Every words I say is true
This I promise u

Alkisahnya.... (Isy, riso plk nk karang pjg2 ni... Hope MM sudi baca sampai habis...)
Saya tak berapa kenal N'Sync pada mulanya. Tak tahu pun tahun bila kumpulan artis Western ni sampai kat Malaysia... Dan sebenarnya jugak, family saya tak terdidik dgn lagu2 nih... Dengar nasyid je... Tapi masa gi sekolah, dlm kete dgn Pak Ndak dgr la jugak radio... So, tahu la jugak, cuma lagu Melayu la... Tak dengar lagu omputih ni...

(1992-1996)
Masa sekolah rendah, Sekolah Rendah Islam, saya ada seorang kawan baik yang terlalu baik dengan saya... Sejak saya baru berpindah masuk ke sekolah tu, dia la yang betul2 menjaga saya dari kena buli dengan budak2 laki yang suka buli budak baru... Kami study sama2, makan sama2, kalau kena tidur kat sekolah, tidur sebelah menyebelah. Outing pun sama2, saling menutup aib masing2... Banyak kenangan dgn dia sebenarnya... She was a sister to me... Caring, loving, pandai, baik, cantik, sopan santun... Memang macam kakak saya... Dia lahir awal tahun, saya plak lahir hujung tahun... Banyak ketawa dan menangis dengan dia...

(1997-2001)
Kami terpisah masa nak masuk sekolah menengah... Dia masuk sekolah agama yang terkenal kat Alor Setar, Kedah, Maktab Mahmud. Saya plak merantau ke Perlis, masuk sekolah agama rakyat, Ma'had Attarbiyyah Al-Islamiyah, dok asrama... Sejak tu kami saling berutus surat... Bila dah saling merindu sebab bejauhan, pulak tu saya balik sebulan sekali je, tak sempat nak jumpa kawan2 lama, dia hantar lirik lagu ni kat saya. Dia cakap dia suka sangat lagu ni. Dengar lagu ni je, teringat kat saya coz dalam ramai2 kawan sekolah rendah, saya yang paling jauh dan dah susah nak jumpa...

(2002-2003)
Kami jumpa balik masa masuk Pusat Matrikulasi UIA, PJ... Bilik dia plak selang beberapa buah dr bilik saya... Sama course... Alhamdulillah, kami kembali rapat... Tapi dia masuk main camp, UIA Gombak awal dr saya... So, terpisah sekejap...

(2004-2007)
Bila saya gi main camp, kolej kami plak bersebelahan... Selalu jumpa lagi if makan kat kafe coz saya slalu makan kat kafe kolej dia...

Oh ya, kertas surat yang dia tulis lirik lagu tu, saya simpan lama... Sekarang dah hilang, tak ingat letak kat mana dah. Yang penting masa study kat main camp, first year, kertas tu masih ada dlm simpanan saya. Kiranya saya berjaya simpan surat kawan baik saya tu more than 7 years... (1997-2004)

Kebetulan, masa zaman bercinta, pakwe saya (now my hubby la) bagi video clip lagu ni kat saya... Kira macam lagu tema kitorang la... (Kunun, malunya...) So, dengan excitednya saya gi jumpa dia, cakap Ashraf pun bagi lagu yang sama dia bagi kat saya 7 tahun lepas (masa ni tahun 2004). Dia cakap bestnya pakwe bagi lagu tu... Dia pun berangan ada someone special dedicate lagu tu untuk dia... "Tapi sapa la nak kat kami ni, rasa macam tak kan kahwin je sampai mati" kata-kata dia yang masih terngiang2 kat telinga saya... "Jangan la cakap camtu, jodoh kan Allah tentukan... Takkan la takdak sapa nak. Hampa baik, cantik, pandai..." saya pujuk dia... Tapi perbualan kami terhenti setakat tu je... Masing2 terus beralih ke topik lain...

Dia habis study tahun 2007. Saya plak habis study tahun 2008. Masa final exam, final year dia masa tu, kami lepak kat kafe kolej dia sambil tengok siaran ulangan Raja Lawak kat Astro, nak hilangkan tension study. Memang kami bergelak sakan... Tapi disebabkan nak exam, study kena utamakan jugak... So, kami berpisah kat situ, saling berpamitan sbb dia dh nak abis... Janji dia akan datang engagement & wedding saya (saya nak bertunang masa tu & nama dia yg pertama dlm senarai jemputan saya)

02.06.2007
Kenduri kahwin kawan sekolah rendah, Afifah Abdullah... Saya sms kawan baik saya, saya nak pergi dengan dia. Tapi dia langsung tak reply sms saya tu. Saya call tak jawab. Sudahnya saya tak pergi majlis tu dan kecik hati dgn dia, merajuk...

08.06.2007
Saya bertunang... Saya tak jemput dia pun... Masih merajuk...

13.08.2007
Malam tu masa tengah dengar berita kat Hot.fm, dengar pasal kemalangan ngeri bas ekspress dari Melaka ke Utara yang meragut 20 nyawa termasuk driver... (Saya susah nak tengok tv kat kolej cuma hari2 beli newspaper, so terlambat la dapat berita...)

14.08.2007
Saya beli newspaper, berita yang dicari tentang kemalangan smlm... Saya baca, cuma bersimpati kepada mangsa2 terkorban... Ada baca satu nama mangsa yang terkorban tu, terdetik kat hati ni, 'Eh, mcm nama kawan aku la cuma lain ejaan...' So, letak paper kat tepi.

Tengahari tu my roommate balik... "Hampa tau dak, ada sorang budak UIA la yang mati dlm eksiden bas smlm tu. Budak Kedah, sama course dgn hang la Shira, hang kenai dak?" Saya terus terduduk, "Sapa nama dia?" tanya ku memang terperanjat sangat... "Sofiah," jawab roommate saya... Ya Allah! Cepat2 saya buka balik paper td... Subhanallah, memang nama dia cuma salah ejaan... Tapi saya masih tak percaya... Saya cuba call hp dia, tak berjawab... Call sume kawan2, ramai tak angkat phone... Last2 dapat gak call Fizah... Dia dengar saya menangis... "Fizah dah tahu..." "Bukan nak cakap kat Fizah, tapi nak tanya, betul ke Shofiah?" "Betul Shaakira, Shofiah... Jenazah dia dah selamat kebumi Maghrib semalam. Ingat ke Shaakira dah tahu, Shaakira kan rapat dengan dia..." "Tak, baru je tahu tadi, tu pun baca paper. Takde sape bagitau pun..." Sedihnya saya... Saya cuma rapat dgn dia sejak tamat sekolah rendah. Kalau dia yang meninggal, takkan la dia sendiri nak call bagitau saya... Kawan2 yang lain plak ingat saya lebih dulu tahu... Pulak tu, last sekali contact dia, saya dah kecik hati dgn dia... Berdosanya saya...

Roommate saya sume terkejut, sume pujuk saya... Sume tak percaya mangsa kemalangan maut yang sangat2 ngeri tu membabitkan kawan baik saya... Innalillahi Wainna Ilahi Raji'un...

Siti Shofiah bt Mohd Ismail, al-Fatihah utk arwah... Saya ada cite dlm blog lama saya ttg berita sedih ni... "Tapi sapa la nak kat kami ni, rasa macam tak kan kahwin je sampai mati" Memang dia tak sempat kahwin... Dia ada buat solat istikharah masa nak terima sorg budak laki ni... Tapi dia cakap kat kami, dia tak nampak apa pun, mcm kelam je... Subhanallah....

Dia meninggal dalam usia muda, 23 tahun, baru 15 hari kerja kat Perodua, Alor Setar. Anak sulung, adik2 ramai... Parents dia paling terasa kehilangan dia... Ayah dia pengsan masa tuntut jenazah kat bilik mayat... Mayatnya tak terjejas cuma mungkin sesak nafas sbb seat dia depan, bila eksiden bas terjunam dalam gaung, orang lain timpa dia...

Dia tak sempat convo... Masa convo dia, ayah dia yang gi amik tapi dlm bilik khas... Lepas convo dia, saya gi jumpa family dia... Mak dia tarik saya jauh2... Kami berpelukan, menangis... "Mak Cik rindu sangat kat Shofiah..." Kami menangis lagi... Sebak sangat...

Masa kenduri kahwin saya, tok arwah datang awal. Saya belum siap mekap lagi masa tu... "Tok tengok cek ni, teringat kat Shofiah..." Air mata saya bergenang, cepat2 Zue bagi tisu kat saya... Saya peluk tok arwah, "Shaakira pun rindu sangat kat Shofiah, Tok..."

Dah lama tak ziarah keluarga arwah...

Ummi & Abah sayang Anas

16 comments:

Atiqah said...

sebak bce kisah ini..moga kak Shakira tabah..all the best

AshAnas said...

::Atiqah::
thanks Atiqah

aisyahumaira said...

salam k.shira..
a very touching story..
em,arwah kak sofiah ni duk kolej sumayyah dlu kn?

NaDiaH SiDeK said...

sedihnya...moga roh dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 beriman...

btw, good luck in contest!

Momma Mia said...

uih sebah la baca citer shira nih. bergenang air mata dibuatnya. What a nice story dear. Good luck Ummi Anas!

shakeymirza said...

menitis sy baca story awk..hope awk boleh menang...gudluck!

Mamamanja said...

salam shira
MM datang terjah ni... sekali entry yg cukup syahdu. gud luck!

apapun, contest ni lulus.

AshAnas said...

::aisyahumaira::
thanks... ha'a... dia dok kolej sumayyah dulu... byk sgt kenangan dgn dia especially ms sek ren dulu...

::Nadiah Sidek::
tak pernah sangka ada kwn sy yg meninggal dlm kemalangan ngeri yg jd topik utama berita TV & media...
thank you...

AshAnas said...

::Momma Mia::
sy yg menulis pun sebak.. kira ni cite kali ni yg kali ke-2 dlm blog... cm yg dulu tu kt blog lama... thanks ya...

::shakeymirza::
thanks a lot... tak sangka plk ada yg sudi nk bc smpai hbis cz pjg sgt... klu husband sy mls dh nk bc nih...

Ummi Salsabila said...

shira..sedihnye citer ni..
oo,shira rpt dgn sofia ye?
odah knal die coz die kan dulu 1 blok kat sumayyah.
pastu dia satu bilik dgn kak as (asniza).odah knal gitu2 jela..

odah tahu psl news tu ms convo la.sblm yu xth cter.

even odah xrpt,tp arwah mmg nmpk baik n pendiam je..

smg rohnya dicucuri rahmat.smg ditempatkan dikalangan org beriman..amin..

AshAnas said...

::Mamamanja::
alhamdulillah cukup syarat dan lulus...
thanks MM sudi bc samapi abes...

AshAnas said...

::Ummi Salsabila::
ha'a, odah... dia baik kan... nmpk pendiam tp sbnrnya dia happy-go-lucky... ssh nak nmpk dia bsedih... klu dia geram kt org pun dia xmarah, blh gelak2 lg klu nk geram kt org...

Ibu Ayra said...

k.long, sebak sungguh baca cita nih.... Ya Allah, tempatkan arwah di samping orang2 yang beriman...

semoga ada rezeki k.long utk contest nih...

AshAnas said...

::Ibu Ayra::
thanks kak long....

[-suziey-] said...

huhuh..sedih plak baca kisah shofira tu..huhu..smga rohnya dicucuri rahmat...mmg byk kenangna btol nih..

AshAnas said...

::[-suziey-]::
next month, genap 2 tahun dh dia pergi...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi