"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Friday, July 3, 2009

Insafi lah sebuah kematian...p.1

Insafi lah sebuah kematian kerana itu ketentuan Ilahi...
Insafi lah sebuah kematian kerana itu perjanjian kita sebagai hamba-Nya...
Insafi lah sebuah kematian kerana itu lah permulaan suatu perjalanan...
Insafi lah sebuah kematian kerana kita bakal menyusulnya...
Insafi lah sebuah kematian kerana kita tak tahu bila kita akan menempuhnya...
Insafi lah sebuah kematian kerana kematian itu membawa kita kepada kehidupan yang kekal abadi...
Insafi lah sebuah kematian dan kumpullah bekalan kita secukupnya...
Sesungguhnya kematian itu permulaan suatu perjalanan menemui Rabb kita...
Hidup di dunia hanyalah sementara untuk mengumpul dan menyiapkan bekalan untuk di bawa menemui al-Khaliq...

Sudah sebulan lebih UMMI HALIMATON pergi menemui Ilahi dan sudah hampir sebulan AMMAR ZULKIFLI pergi meninggalkan kita semua... Sudah lama saya terpanggil nak mencoret tentang pemergian dua insan ini... Tapi saya lebih suka membaca dulu blog orang2 yang lebih dekat dengan dua insan ini...

UMMI HALIMATON...
Seorang insan yang amat dekat di hati saya... Allahyarhamah bukan setakat guru Bahasa Melayu saya tetapi dia juga seorang Ummi kepada anak2 MATRI... Dulu masa di sekolah (MATRI), Ummi mengajar saya ketika Form 3 dan Form 5... Boleh dikatakan saya cemerlang dalam subjek BM hasil tunjuk ajar Ummi... Karangan saya sering mendapat pujian Ummi dan dikongsi bersama rakan2 yg lain...

Ketika menghadapi masalah, saya pernah berjumpa Ummi untuk mengadu dan berkongsi, minta pandangan Ummi. Ummi sangat tegas... Saya juga pernah didenda atas sesuatu kesilapan... Tapi Ummi sangat penyayang... Ummi pandai bergurau dan Ummi pernah ajar kami masak, lepas tu makan sama2...

Masa kami Form 5, kelas lelaki (Alfarians) & perempuan (Assyirians) asing-asing... Kami sering bergaduh sampai Ummi & Ustaz Dahlan pening nak handle kami... Sampai nak buat jamuan akhir tahun pun, kami nak buat asing2... Last2 Ummi & Ustaz Dahlan pujuk jugak suruh kami buat sekali... Ummi & Ustaz pernah cakap, "Antapa (Korang @ hampa - loghat Utara) ni dok gaduh2 sangat, besok2 antapa kawin sesama antapa, baghu (baru) tau!" Masa tu kami gelak2 je... Sekarang Allah dah buktikan, masin mulut Ummi & Ustaz... Saya sendiri berkahwin dengan Ahmad Ashraf, salah seorang Alfarians... Dan ada 3 orang lagi yang bakal menyusuli jejak saya... (Siapa tu? Surprise! Yang dh tahu senyap2 k...)

Ummi lah insan yang paling seronok dengar saya bakal berkahwin dengan pelajar MATRI jugak... Kedua2 belah kenduri kami, Ummi & Ustaz datang... Terima kasih Ummi... Kat bawah ni gambar Ummi kat majlis kami... Saya tak sempat bergambar ngan Ummi kat majlis rumah saya, tapi dapat bergambar dgn Ummi kat majlis rumah Abang...



Selepas majlis kami, banyak kali jugak la Ummi mintak gambar yang diambil tu melalui adik saya, Maya... Dah lama tertangguh, akhirnya sempat jugak saya hadiahkan gambar2 di atas masa saya mengandung 5 bulan, kiranya 5 bulan selepas majlis lah...

Ummi sangat2 mengenali students Ummi walaupun kami dah lama habis sekolah... Ummi ingat nama2 kami... Ummi gigih mendidik anak2 Ummi supaya cemerlang Bahasa Melayu... Terima Kasih Ummi...

BERITA MENYEDIHKAN

Saya terima mesej dr sahibah saya Nurul Istiqamah, 'Ummi kritikal kat CCU Hospital Tunku Fauziah, Kangar... Doakan kesihatan beliau...' pada malam 12 Mei 2009... Masa tu saya baru je lepas pantang, 45 hari... Saya khabarkan berita tu kat family saya... Esoknya, Rabu, saya bersama Abang & Anas balik ke Arau... Kali ni kami nak bermalam lama kat sana coz family kat sana nak tido ngan Anas jugak... (Saya memang berpantang sepenuhnya kat Jitra, in-laws mmg dtg hujung minggu je jumpa Anas...) Dah dekat Perlis, saya berkira2 nak ziarah Ummi kat hospital... Tapi Abang kerja... So, kena tunggu Abang habis kerja... Petang Rabu tu kami tak sempat nak pergi lagi sbb pergi ziarah tok Abang dulu kat Sanglang... Tok kena strok masa saya tgh berpantang lagi... So, lepas habis pantang baru saya dpt ziarah tok...

Hari Khamis, adik ipar, Syakir gi hospital nak ziarah Ummi... Ramai betul orang katanya... Saya berkira-kira nak ajak Abang pergi lepas kerja tp saya perlu balik ke Jitra coz Mak Lang Sa'adiah dtg dr KL, nak tgk Anas (for the first time nak tgk cucu sedare yg sulung)... So, ptg tu mmg kami bersiap nak balik Jitra... Ingat nak tunda ziarah Ummi keesokan hari nya... Tapi dalam pukul 6.30pm dapat berita yang Ummi dah takde... Innalillahi waiina ilaihi raji'un... Saya terkedu... Saya baru menunda plan saya nak ziarah Ummi tp Allah lebih menyayangi Ummi dan ambil Ummi lebih awal... Saya menangis sekejap... Rasa sedih sangat sbb Ummi begitu dekat dgn anak2 MATRI...

Saya ajak Abang gi hospital ziarah jenazah Ummi.. Kami tunda plan nak balik Jitra lps Maghrib... Sampai kat hospital, hujan renyai2... Saya plak tak boleh jalan laju2 coz baru habis pantang... Kami terlambat sikit je... Jenazah dah dibawa ke bilik mayat utk proses tuntut jenazah... Dah ramai yang dtg menziarah... Sejak arwah kat CCU lagi mmg ramai sangat yang dtg menziarah... Baju khas yang digunakan untuk masuk ke wad arwah saling bertukar tangan sampai tak perlu disangkut kat tempat nya...

Kami (saya, Abang, Abah, SIL-Min) terus gi kat bilik mayat... Jenazah Ummi ada kat sana tp kami tak berani nak buka kain selimut yang menutupi jasad Ummi coz takde sape yang buka pun... Kami tunggu kat situ sampai kereta jenazah dtg amik Ummi nak bawa balik ke rumah Ummi kat Mata Ayer... Then, kami balik ke Arau, lepas Maghrib terus balik ke Jitra...

Sampai kat Jitra, Angah terus tanya, "Lolo (panggilan manja adik2 kat saya), hampa bg tak gambar kawin hampa kat Ummi?" Saya jawab, saya bagi... Alhamdulillah saya sempat bagi... Byk kali arwah mintak sebenarnya...

Pagi2 keesokan harinya kami dah bersiap ke MATRI kerana arwah disembahyangkan di sana... Ramai sangat yang datang... Perkampungan sekitar sekolah kami, MATRI sesak sangat... Selepas disembahyangkan, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam kat Perkampungan Tunjung untuk disemadikan... Ummi pernah cakap masa hayatnya, dia nak dikebumikan dekat dengan MATRI... Betapa Ummi sayangkan MATRI, Taman Dakwah & Tarbiyah, sekolah yang telah mendidik hati2 kami, anak2 MATRI untuk cintakan ISLAM...

Saya akan sambung kisah ALLAHYARHAM AMMAR ZULKIFLI di next entry saya... Ada kenduri kat rumah tok kat Sanglang... Ngah nak pergi umrah pagi esok...

Ummi & Abah sayang Anas

6 comments:

kakyong said...

menyentuh hati n3 ni..
semoga roh ummi dicucuri rahmatNya.

[-suziey-] said...

erkk ammar sape yek? alamk sedih la baca kisah ni..uhuh

isya said...

byk sgt kenangan bsama ummi.. alfatihah utk ummi...

AshAnas said...

::kakyong::
Ummi ni cikgu BM kitorg, meninggal 2 hari b4 hari guru, 16 Mei... sedih sgt...

AshAnas said...

::[-suziey-]::
akak ade dgr psl pljr medic cairo uni meninggal eksiden kt sana? ammar tu junior skolah kitorg... nxt entry nk cite psl die... xsmpt lg... td blk umh mak mkn derian... hehe... yg tu nk cite nnti... hisy, byk tul homework...

AshAnas said...

::isya::
sedih kan kak long... kesian kat ust. dahlan, dia plg sedih Ummi dah takde...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi