"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Monday, July 6, 2009

Aktiviti hujung minggu Anas

Kat Kedah weekend hari Jumaat & Sabtu… Tapi disebabkan Abah kerja kat Perlis yang weekendnya hari Sabtu & Ahad, Ummi & Abah dapat spend masa sama2 hari Sabtu je… So, hari Sabtu mmg tak pernah lekat kat rumah la… Jiran2 pun asyik tanya je, gi mana Sabtu hari tu? Hehe… Nak wat camna, hari Sabtu je la yang Ummi boleh gi mana2 ngan Abah pun… Hari Sabtu je yang Abah bleh spend masa seharian dengan Anas coz hari Jumaat & Ahad still Anas ikut Ummi… Sian Abah kan… Kita doa la Abah dapat kerja kat Alor Setar jugak… Ummi confirm dah tak boleh tukar keje…

So, aktiviti Anas hari Sabtu… Ummi biar je Anas tido… Anas bangun baru Ummi mandikan… Anas sekarang dah tak takut air, dah tak nangis kuat2 masa mandi… Sekarang time mandi dah pandai senyum… Seronok la Ummi snap gambar Anas time mandi…
Lupa nak cite pasal aktiviti Jumaat malam hari tu… Ada kenduri pulut durian kat umah Tok kat Sanglang, Ngah nak pergi umrah… Petang tu lepas Abah balik kerja, terus siap balik Sanglang… Sampai sana, dah ramai dah sedara-mara Abah kat umah Tok Nyang Anas… Mak Tok, Tok Wan, Mak Njang An, Pak Lang Syakir sume dah tak sabar tunggu Anas kat sana… Waa… Anas menjadi rebutan… Semua dok keliling Anas, nak main ngan Anas yang skrg dah rancak bersembang…

Anas dengan To Wan & Mak Njang An
Tapi anak Ummi ni tak bape kuat sembang cam selalu hari tu… Agaknya Anas tak suka ramai2 kot… Kalau dgn Ummi & Abah je, riuh mulut dia… Siap Ummi rakam mulut becok Anas tu… Ummi nak simpan, bagi Anas dgr bila Anas dah besar nanti… Kalau Anas dah baca entry Ummi ni & masih tak dgr suara masa kecik Anas lagi, mintak kat Ummi tau… Harap2 masih ada lagi dlm simpanan Ummi samada dlm HP or PC kita…

Malam tu kononnya Ummi nak rasa 2 ulas durian je… Takut nak makan banyak2 coz Ummi BF Anas, takut Anas panas… Ummi sendiri pun tak boleh makan banyak coz migraine… Konon je la… Yang Ummi gi duduk depan2 orang buka durian sapa suruh… 5 ulas jugak la masuk perut Ummi malam tu… Hehe… Nak elakkan panas badan, Ummi ikut petua orang tua2, minum air dalam pangsa durian tu… Alhamdulillah, berkesan la jugak… Tapi malam tu Anas susah nak tido, panas agaknya… Sampai kul 3.00 pagi nangis je… Kesian Anas… Maaf ye sayang…
tinggal kulit je... hehe... panas, panas...
Mak Njang An tido kat umah malam tu… Ingat pagi Sabtu nak pergi jogging kat Tasik Darulaman cam biasa… Tapi, Wan Anas (kejap Tok Mi kejap Wan, last2 Wan jugak) sms Ummi ckp Wan Long & family on the way nak dtg umah. Achik pun dah nak balik Johor pagi tu... So, Wan ajak Ummi breakfast kat Bukit Indah… Seronok Wan Long dapat jumpa Anas lagi… Dah besar dah Anas skrg… Hehe…


Achik & Anas
Anas posing dengan BMW... Berangan nak pakai BMW ke anak Ummi sayang nih?

Asalnya plan nak stay kat Bukit Indah kejap je tp Atuk called plak dari KL mintak tolong Abah gi kutip durian kat dusun Atuk kat Perik… So, Abah gi dusun dengan Arep, cousin Ummi & Uncle Mus… Lama jugak la diorang pegi tp buah tak banyak sangat la… Tak bape menjadi la plak durian tahun ni… Rumah kat dusun tu plak macam ada ‘penghuni sesat’ je… Dah banyak benda kena curi… Buah kat dusun pun ada yang kena curi… Nasib la, Atuk sibuk semedang dgn projek, tak sempat nak jengah dusun dia… Agaknya buah2 tu merajuk kot…
...Durian & Manggis dari dusun kat Perik...
Petang baru balik umah, terus siap nak hantar Mak Njang An balik KUIN (Kolej Universiti Insaniah)… Sebelum tu singgah TESCO dulu, nak beli barang sikit… (Bukan Ummi boikot TESCO ke? Aiyooo, Ummi lupa… Baru teringat…) Solat Maghrib kat TESCO, sempat la Ummi cuba nursing room kat TESCO… First time woo try nyusukan Anas kat nursing room masa gi shopping… Sebelum ni tak pernah gi shopping lama2 ataupun kalau Anas nangis nak nenen, cepat2 masuk kete, tak jadi shopping lama2.. Hehe… (Hm, nak kena cari nursing wear ni… Nanti lah Ummi jenguk2 kat kedai Kak Najah)
Sampai tetido Anas shopping... Boring la tu... Ummi ada amik toy untuk Anas, tapi sampai kat kaunter baru sedar takde barcode... Nak patah balik dah la jauh, dah nak masuk Maghrib plak... So, terpaksa la cancel dulu toy Anas tu... Nanti Ummi cari lagi ek sayang...
Lepas hantar Mak Njang An, terus balik rumah la… Dah letih, kemas umah sikit2, terus masuk tido…

P/S: Waaaa… 2 weekends yang akan datang Abah kena gi camping kat hutan… This coming weekend kat Wang Mu, Perlis… Next weekend plak kat Hulu Langat, Selangor… Maka bersedih la Ummi & Anas nanti… Huhu…

Ummi & Abah sayang Anas

2 comments:

Ibu Ayra said...

byknya aktiviti anas sekeluarga time wiken...

Ummi Shira (AshAnas) said...

satu hari je nak pulun sume together.... hehe...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi