"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, July 14, 2009

Inspirasi - BF

Sebelum kahwin, mengandung dan bersalin, Ummi banyak baca kat majalah, seelok2nya bagi full BF kat anak seawal 6 bulan pertama sampai usia anak 2 tahun… Masa tu Ummi dah bertekad nak bagi full BF bila dah ada anak nanti… Tapi tekad tu tak la sekuat mana… Nak tahu sape inspirasi Ummi bertekad nak bagi full BF kat Anas?

She is....


Wardina Safiyyah Fadlullah… Sebelum kahwin lagi, Ummi fren dgn Kak Dina kat Friendster (dulu la, skrg kat Facebook plak). Dalam banyak2 gambar Kak Dina & family dia, ada satu gambar 2nd daughter dia, Azra Sareera masa baru2 lagi pakai baju belang2 kaler pink. Caption gambar tu, Kak Dina cakap, ‘Happy Healthy Fully BREASTFED baby :)’

Masa tu Ummi kagum sangat ngan Kak Dina… Walaupun dia busy dengan lakonan & pengacaraan, Azra still dapat 100% fully BF… Kak Dina siap bawak baby gi set lagi ha… (ni baca majalah MW). Since that, Ummi bertekad, kalau dah ada anak sendiri nanti, Ummi nak bagi full BF mcm Kak Dina…

Ummi ingat BF ni just camtu je… Takde la korek info ttg BF ni… Masa pregnant asyik korek info pasal pregnancy je… Last2 bila dah ada Anas, tunggang langgang Ummi BF Anas… Sedih je bila Anas kena minum FM awal2 dulu… Ummi tak tahu dalam pantang dah kena start pam… Masa Ummi bertungku, Cik Teh akan bancuh FM kat Anas… Ummi tak boleh nak cakap apa walaupun hati Ummi sedih tengok Anas minum FM. Sebabnya, takde stok EBM… Ummi ada pam simpan dalam freezer bila jadi bengkak susu. Tapi nak tahu tak Ummi buat apa dgn stok tu? Haha… Betapa ceteknya ilmu Ummi ketika itu… Stok EBM tu Ummi akan bagi kat Anas bila Anas nak susu. Means, Ummi akan bagi stok EBM dulu, habiskan yang tu dulu baru bagi direct BF… Apa la Ummi ni…. Sebabnya Ummi tak tahu yang EBM boleh dibekukan & tahan 3 bulan… Ummi tahu pun masa Anas masuk ward dulu, Ummi sembang ngan nurse… Ada hikmah la Anas masuk ward… Masa tu baru Ummi tahu kenapa EBM tak boleh dicampur setiap perahan yang berlainan waktu… Baru Ummi tahu baby yang BF tak perlu air masak…

Bila dah masuk kerja, Ummi pun aktif blogging, jumpa ramai kawan2 mommies, baru Ummi dapat banyak info ttg BF dengan cara yang betul… Baru Ummi tahu pentingnya ada stok EBM… Baru tahu cara yang betul nak pam susu & how to collect EBM stock? Hm, bila dah start berblogging ni, bertambah2 la Ummi bertekad nak bagi full BF kat Anas sampai 6 bulan… Masa mula2 aktif berblogging, mmg Ummi giat mencari & membaca kisah breastfeeding kawan2 baru Ummi ketika itu… Dan diorang lah ispirasi Ummi dlm breastfeeding nih… Siapakah inspirasi Ummi tu?

They are:

§ UmmiKhayra

§ ummi salsabila

§ mama-qaisara

§ nurul dhia

Thanks kalian… Nanti Shira nak create award untuk korang…. Hihi… Tunggu ye…

Ummi & Abah sayang Anas

16 comments:

ibu_arifa said...

saya dulu pun lebih kurang gak mcm ummi..tak berapa tau dan confident nak BF anak. tp sbb saya tak berkerja, saya teruskan FULL BF, keluarga side asben dok bising(tiap2 kali jumpa-umah saya dekat dgn umah MIL) suruh bg FM..dia ckp anak nangis sbb susu saya dah tak ade..memandai jer diorg tu..saya tau lah susu saya ader ker tak..TENSION sgt bila TIAP2 kali jumpa-asyik dgr soalan yg sama"susu ader lagi ker" " bila nak bg FM" "nnt anak tak besar kalo FULL BF" tp berkat nasihat kawan2 blog (mama Qaisara, Nurul Dhia, Hayatie, Kak Fid dan beberapa oeg lagi kwn blog) saya berjaya meneruskan FULL BF anak saya sampai skrg..dah nak masuk 10bulan.

Ummi Salsabila said...

ee.kak wardina.tantekla dia...minat dia gak..mmg skali jupe die kat uia.wow,gojes kan.

samala nsb kie.odah mula2 cetek ilmu gak.bg aufa FM gak.coz dah bengkak susu.tpkan aufa minum FM ms awal2 tu.dia jd sihat tol.FM ni bole gemokkan bby ke? aufa minum anmum mase tu.die tembam tol.mcm cpt naik lak.

p/s: odah sumber inspirasi shira ke? TQ tp ala..malu lak.xseberapa la nak bnding shira & pumping mum len..:)

NOOR AZURA MOHD JAAFAR said...

salam singgah & kenal ya.

ummi, all the best ya! perlu ada semangat & dorongan utk BF ni. Alhamdulillah, zura pun dapat BF anak2. Lepas 1st baby, susu tak pernah kering sampai sekarang..

I ALSO LOVE BF!

miela77 said...

Dalam sebungkus ada 4 - 5 ekor ikan. Seberat 250g. Harga sebungkus RM4.50 tapi kalau beli 5 k.iela bg RM26.50 + postage...nak order kat Miela.77@gmail.com

k.iela nak minta tolong vote Contest Rumahku Syurgaku...

Just taip saya vote 4 di http://mamadanish78.blogspot.com/2009/07/vote-contest-rumahku-syurgaku.html

tu je...maaf..raih undi la pulak..huhuhu

AshAnas said...

::ibu_arifa::
hope Ummi dapat jadi secekal ibu_arifa.. sama la soalan yg kedengaran kat telinga saya... naik fed up dah nak jawab kan... Bila org tanya, "ada lagi ke susu?" sakit hati mmmg sakit tp smbil senyum jawab, "Alhamdulillah, selagi anak sy nak nyusu badan, slagi tu Allah akan beri rezeki kat dia..."

AshAnas said...

::Ummi Salsabila::
Shira minum anmum ms pregnant pun berat naik mdadak... apatah lagi baby... klu g klinik mmg risau klu berat anas naik sikit je... tp bla ckp kt doc dia dh xminum fm, doc ckp, dia sihat, brt naik bkn xnaik lgsung, ok la tu... xperlu la nk tmbhkn berat bby dgn fm kan... bia dia membesar semulajadi dgn rezeki yg mmg dah termaktub untuk dia kan...

AshAnas said...

::NOOR AZURA MOHD JAAFAR::
Hope Shira bleh jadi mcm Kak Zura... Thanks bg semangat...

mama uzma said...

akak...
sama lah ngan iena...tapi bezanya..iena tau semua tuh..tapi x tau nape susu iena kering bila uzma masuk 2bln...mmg sedih sgt sbb uzma terpaksa minum susu formula....mcm2 cara iena wat tapi susu tetap x de...sedih sgt2...

AshAnas said...

::mama uzma::
byk kes yg sy jumpa sm mcm mama uzma... masa anas lahir, kawan2 n mak sedara sy pun dpt baby jugak.... antara 6 org kami, 2 org je yg dpt BF baby... saya & sorg kwn... yg lain2 susu mmg xde sjk baby br lahir lagi... klu ada pun, kering awal... kesian tgk diorg tp diorg mmg xkisah baby minum FM... lain ngn mama uzma... semoga 2nd baby dpt BF ibu sepenuhnya... start mknn yg bkhasiat di awal kehamilan, tu yg sy amalkan sjk awal pregnant sbb maksu dpt baby ms sy tgh prgnant, susu kering... dia yg nasihatkan sy mkn mknn yg bykkn susu sjk awal...

UmmiKhayra said...

Salam shira...

Yang penting shira memang betul2 berusaha untuk nak BF anas.. And dorongan serta sokongan.. :)

Hehehhe terasa malu pulak bila shira mention nama uk kat sini.. *wink2* Thank you dear....

kakyong said...

kakyong pun suka wardina.. sweet jer dia & suka juga dgn semangat dia..

shira, teruskan usaha.. ibu2 yg mengepam ni memang lebih byk cabaran, lebh2 utk pastikan stock ebm disimpan dgn cara yg betul dsb.. bukan suka2 jer.. kakyong memang salute lah dgn ibu2 yg mengepam ni.. mcm kakyong, sua jer.. x yah nak pk & sediakan mcm2 gadget..

kakyong penah tegur adik suami, dia simpan stok ebm sekali dgn stock2 ikan/ayam dlm freezer... kan tak bagus tu.. but kakyong respect gak kat dia, sbb dia kerja KL, anak di Ipoh, tiap minggu balik Ipoh & bw semua stock ebm utk seminggu.. tp bertahan 2 bulan jer...
sbb mertua kakyong ni dia ni kalo bb mcm x cukup minum dia cepat2 jer nak top up FM.. la ni anak dia dah 8 bulan, on FM..

kakyong pula, selepas dpt aliya baru fully berjaya BF.. esok akan cukup setahun, Alhamdulillah.. ni menaip ni pun sambil aliya nenen... ;)

fazlinil irma said...

alhamdulillah, perkongsian yg sgt bermanfaat utk akak..

skrg akak tgah dok baca tentang homeschooling..macam best je nak buat..

Precious said...

Yup .. agreed! BF is the best!

zazap'z said...

hehe..salam kenalan..saye pn love BF soooo much..teruskan berusaha ye ummi..sye pn bru lg dlm bf ni..baby Aafiya baru 3 bln 13 hari..still fully bf laupun mase dlm pantang dulu aafiya terpaksa minum FM 48jam..pasal aafiya prolonged jaundice yg dsebabkan oleh susu ibu...huhu..sedih sgt rase terpaksa fm aafiya..tp nk wt cmne tu je la care die kalo terkene prolonged jaundice dsebabkn susu ibu...alhamdullilah pas 48jam bg fm bcaan jaundice aafiya turun mendadak n doc pakar HUSM k.kerian soh teruskan BF aafiya..

kakyong said...

salam kenal zazap

teruja sikit dgn statement prolonged jaundice disebabkan susu ibu.. doktor ke yg bg statement ni?

anis semasa dia jaundice.. kakyong masih fully BF walaopun kakyong sekali dok bwh lampu fototerapi tu.. nurse suruh bg FM, tp kakyong berkeras tetap nak susukan dia..

mungkin sbb u makan jamu @ byk mkn lada hitam semasa 1 minggu pertama bersalin..

kakyong dlm tempoh berpantang tak amik jamu kecuali ubat2 dr hospital jer... hanya masa Aliya selepas 4 hari kakyong ambil tablet haruan leesa formula..

zazap'z said...

haah..doc pakar HUSM k.kerian prof. zabidi yg gtau...xbyk yg kene kes cm sye ni..tu la pelik jugak kan..aafiya memng kuat nyusu laupun jaundice..tp bacaan die xturun2 jugak..pdahal susu ibu la penawar jaundice ni..memula sye pn was2 pasal ni..than sye pn tyr la search kt tenet pasal prolonged jaundice dsebabkan oleh susu ibu ni..rupanya ade..pdahal saye memng xpnah sentuh jamu or any ubat2 selain ubat spital...xtau la mane silapnye...huhu..n smpi skarang sye stil lg xsentuh pati haruan ST tu..btw jaundice aafiya smpi sebulan lamenye..tp alhamdullah bile cek darah sume2 aafiya xdak kene penyakit2 merbahaya..doc tu kate if jaundice dsebabkn susu ibu insyaAllah xdk pe yg perlu drisaukan sgt..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi