"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Saturday, July 18, 2009

Abah pergi Hulu Langat...

Sebenarnya nak post entry ni semalam lagi... Tapi Ummi lebih tumpukan nak baca blog kawan2 Ummi yang sudah lama Ummi tak jengah... And Ummi nak kasik award kat peng'inspirasi'2 Ummi sempena bulan breastfeeding sedunia Ogos ni...

So, malam ni baru Ummi dapat post entry ni? Abah dah tanya td, dah post ke pasal Abah gi Hulu Langat... Hehe...

Hari Khamis Abah dah bertolak ke KL naik keretapi... Keretapi dari Alor Setar pukul 6.07pm... So, Abah balik kerja dari Kangar kul 4.00pm, mintak excuse dr boss... Maka beramai2 lah Ummi, Anas & Mak Ngah gi hantar Abah Anas kat stesen keretapi... Dan ni jugak first time Ummi bawak Anas tengok keretapi... Terkejut muka Anas masa keretapi baru sampai kat stesen... Laju sangat kot keretapi lalu depan dia sampai terkejut dia... Hehe... Sayang tak dapat rakam aksi cuak Anas... Kita layan gambar ek...

Abah peluk cium Anas puas before bertolak... Mesti Abah rindu giler kat Anas sekarang kan... Camping elok2 ye Abang... Jaga keselamatan di musim hujan nih...

Anas pun rindu sangat kat Abah... Tiap2 malam Abah akan layan dia & tidurkan dia lepas dia nenen Ummi... Dah 2 malam (malam ni malam ke-3) Anas nangis je bila nak tido... Malam first tu, Ummi terpaksa call Abah coz Anas nangis kuat2... Ummi buka loudspeaker bagi Anas dengar suara Abah... Dengar je suara Abah, terus Anas diam... Lepas Abah letak tepon, Anas nangis balik... Tapi Ummi takleh la kacau Abah, Abah dalam ketapi, nak tido...

Gambar kenangan family kat stesen ketapi... Terimbau plak kenangan nak gi honeymoon dulu... Masa tu first time sejak dewasa Ummi nak naik ketapi... Nak2 plak masa tu Ummi baru disahkan pregnant 5 minggu... Honeymoon dah dirancang, pergi jugak la... Perjalanan kitorang masa tu bermula dari Alor Setar, naik keretapi. Sampai KL, tido umah mak sedara kat Putrajaya, then baru gi KLIA fly ke Bali... Ops, tanak cite pasal Bali..

Anas dan Ummi berlatar belakangkan keretapi Abah ke KL

Saling mengucapkan Selamat Tinggal... Abah say 'jaga diri baik2'... Ummi & Anas plak say, 'hati2 Abah'.... (Uwaaaa! Nak nangis, rindu kat Abang....)

P/S: Oh ya, award dr AshAnas utk BF mommies ada kat entry bawah tau! Sori coz sblm ni entry tu x kluar, ter'save as drat' agaknya... Maaf sangat2... Jemput amik ye...

Ummi & Abah sayang Anas

5 comments:

Mamamanja said...

amboi... anas p tgk ketapi erk?

[-suziey-] said...

sedih je bila nk pisah ngn hubby kan..huhu..sabar ok..kejpa je tu:P

AshAnas said...

::Mamamanja::
cuak muka dia bila ketapi sampai, haha...

::[-suziey-]::
bkn g psl keje... dia join rekreasi belia, rakan muda tu... so, apa2 prog kat hutan, dia kena pergi as jurulatih merangkap urusetia & tukang masak... baru blk pagi td...

Dayah said...

salam kenai ummiAnas...

dok kedah kan..kalau dekat dgn penang, mai la turun png.byk BF week activiti Ogos ni..saya ada buat entry BF week kat blog saya...jemput singgah..

AshAnas said...

::Dayah::
salam perkenalan...
waa... bestnye... sy mmg nk gi penang dlm bln ogos ni... tp hubby plk bz... cdg nk g nxt week tp tb2 ada urusan lain la plk....

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi