"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Tuesday, July 14, 2009

First Experience BF

29 March 2009

Anas dilahirkan tepat jam 6.08 p.m 29 March 2009 kat Pusat Rawatan Mahsuri (PRM). Segala perasaan cemas dan takut semasa proses bersalin hilang serta merta setelah melihat Anas dan mendengar tangisan comel anak Ummi… Dalam keletihan, Ummi tetap bersemangat nak tengok doctor potong tali pusat Anas… Abah rakam detik2 itu… Then, nurse bawak Anas, nak cuci darah2 kat badan Anas… Dalam masa yang sama, doctor nak jahit, dia tanya, “Nak bius separuh ke penuh?” Ummi jawab, “Penuh la…” Doctor cakap, “Ok, rest lah… Dari tadi tak makan kan?” Lepas tu Ummi langsung dah tak sedar apa2…

Ummi sedar balik masa tu dah kul 9.00 p.m. Abah keluar masuk tengok2kan Ummi… Atuk, Wan, Tok Wan, Mak Tok, Mak Ngah, Ucu & Mak Ndak gilir2 masuk tengok Ummi… Ummi dahaga sangat, mintak air kat Abah. Tapi nurse ckp minum sikit2 dulu takut muntah balik kesan amik epidural… Bila rasa tak muntah, Ummi minum segelas lagi… Then Ummi tanya nurse, “Bila leh nyusukan baby?” Nurse cakap kejap lagi diorang akan bawak masuk baby…

Tepat jam 9.30 p.m nurse tanya Ummi, “Nak naik ward dah?” Ummi angguk… Diorang tanya Ummi ok ke coz muka pucat… Ummi cakap Ummi ok, nak rehat kat ward plak… Then, diorang bawak kerusi roda… Ummi turun dari katil, rasa ok lagi… Sampai kat wheelchair, Ummi dah rasa pening, nak pitam. Masa tu nurse dah bawak Anas kat Ummi. Ummi dah ready nak pegang Anas tp kepala rasa pening sangat. Ummi cakap kat nurse, “Pening, pening, nanti sat…” Lepas tu Ummi langsung dah tak sedar pape… Sedar bila dengar suara Abah, nurse sume jerit2 panggil nama Ummi. Kat hidung Ummi dah ada saluran oksigen. Bila Ummi buka mata, nurse suruh Ummi sedut oksigen tu. Abah tanya, “Sha ok ke?” Ummi angguk… Ummi ingat Ummi pengsan je… Rupenye………

Baby ada kat nurse lagi. Ummi tengok baby, mata baby tercengang2 je tengok Ummi. Ummi usap2 je pipi Anas. Ummi tak berani nak pegang lagi coz Ummi rasa lemah sangat & tangan Ummi sakit sangat… So, malam tu Ummi tak start BF Anas lagi… Kesian anak Ummi…

Ummi mintak tolong Abah belikan minyak panas, tangan & bahu Ummi sakit sangat… Ummi saja cakap kat Abah, “Agaknya kesan epidural kot Abang, sakit sangat ni…” Abah tengok Ummi… “Sha tak sedar ek apa jadi kat Sha tadi?” Abah tanya… “Sha rasa pening pastu pengsan kot…” Ummi jawab… Abah tengok Ummi lagi, dalam… “Sha tarik tadi, tau tak?” Ya Allah, tarik? Ummi tak pernah jadi camtu… Kalau pitam & pengsan tu banyak kali la… Abah cakap lama Ummi jadi tarik sampai Abah, sume risau… OoOo, patut la Ummi dengar sume jerit2 tadi… Patut la tangan Ummi sakit sangat…

30 March 2009

So, Ummi rest lah. Ummi tak ingat kul bape, tapi awal pagi Ummi tersedar, Ummi tanya nurse bila leh tgk baby? Nurse cakap esok pagi baru diorang bawak naik… “Nak bagi susu?” Ummi tanya balik. Jawapan nurse malam tu sangat2 buat Ummi sedih… Nurse jawab diorang dah bagi FM guna botol… Sedihnya Ummi coz tak dapat bagi Anas air susu Ummi sejurus lepas Anas lahir ke dunia…

Pagi tu Ummi dah boleh balik, kesihatan Ummi & Anas memuaskan, Alhamdulillah… So, tak sempat Anas naik ke ward Ummi, Ummi turun bawah kat nursery, nurse nak terangkan cara nak cuci tali pusat baby… Nurse cakap, Anas dah kenyang baru minum susu… Ummi nampak ada botol kat cradle Anas… Ummi sedih lagi…

Kami balik rumah kat Bukit Indah. Wan yang pegang Anas, Ummi takut coz Anas kecik sangat… Sampai kat rumah Ummi biar Anas tido, Ummi pun nak rest dulu… Dalam 2 jam Wan kejut Ummi suh bagi susu kat Anas. Ummi blur, nak bancuh ke bagi nenen… Tetibe rasa blur, hehe… ‘Boleh ke aku breastfeeding ni?’ Sebelum bersalin mmg bertekad nak bagi fully BF kat baby tapi langsung tak belajar cara2 nak BF cmne… Sbbnya Ummi ingat nurse akan ajar coz kawan2 Ummi sume camtu, nurse ajar diorang menyusu just after bersalin… Tapi Ummi tak… Nurse tak ajar Ummi & Anas dah minum FM guna botol…

Tapi Ummi cuba… Ummi angkat Anas nak bagi nenen, Anas pun macam dah cari… Pandai Anas cari… Tapi bila dah masuk n****e Ummi dlm mulut Anas, tetibe Anas refused… Banyak kali camtu, Ummi cuba jugak… Anas taknak… Sebelah kanan, kiri… Taknak jugak… Bila Anas dah nangis2, Wan suh Abah bancuh susu… Anas minum FM lagi…

Sepanjang hari ke-2 Anas, Anas minum FM je. Memang langsung taknak nenen Ummi… Ummi cuba picit n****e, susu keluar tapi tak banyak…

31 March 2009

Hari ni bidan datang. Bidan urut susu… Lepas tu baru Ummi rasa sakit2 kat b****t. Rupenye kena urut dulu baru susu banyak… So, Ummi try lagi nak BF Anas, Anas masih tolak… Hai, anak Ummi sayang nih… Taknak nenen Ummi ke? Bancuh FM lagi… FM tu Ummi tak beli pun, PRM bagi sampai 2 tin, satu Anmum, satu Biolac… Botol susu pun Ummi beli 1 je, bukan untuk susu tapi untuk air masak sebenarnya… Ummi memang nak BF baby. Cita2 Ummi dari sebelum kahwin lagi…

Cik Teh (bidan) cadangkan suh beli puting tiruan yang jenis melekap kat b****t. Abah beli… Ummi cuba nipple shield tu nak nyusukan Anas… Anas masih menolak… Ummi sedih sangat… Hampir berputus asa… Hampir je la… Tapi ada Wan, Abah semua tolong Ummi pujuk Anas bagi minum susu Ummi… Wan cakap kalau Anas dah mahu minum susu badan, senang la sikit, malam2 tak payah bangun bancuh susu. Abah just bangun untuk angkat Anas letak kat Ummi je…

Waktu Maghrib tu Ummi suh Abah solat hajat, mintak doa bagi Anas nak nyusu badan… Alhamdulillah, Anas dah mula minum susu badan… Thank You Allah… Ummi seronok sangat sampai menangis sambil nyusukan Anas walaupun terpaksa guna nipple shield. Bila Anas start minum BM, mengalir satu perasaan yang tak dapat Ummi gambarkan kat sini… Sesuatu perasaan yang halus datang dari sudut hati yang tulus ikhlas menerima Anas dalm hidup Ummi & Abah… Rasa bahagia, lengkap hidup Ummi sebagai seorang ibu… Tambah2 bila Abah ada kat sebelah belai2 kepala Anas tengah BF Ummi, Ummi rasa bahagia sangat…

*Ummi terpaksa gunakan nipple shield tu setiap kali nak BF Anas. Hampir 3 minggu jugak la… Lepas tu Ummi Cuma umpankan je dengan nipple shield tu. Once Anas dah mula hisap, Ummi cepat2 tarik nipple shield tu & bagi nipple Ummi sendiri. Alhamdulillah, Anas boleh terima & minum cam biasa. Sekarang ni Ummi dah tak perlukan nipple shield tu lagi dah. Anas minum direct je… Cuma Anas kurang menyusu sebelah kiri… Nape Anas taknak yang sebelah kiri sayang? Sama je, sedap jugak… Minum tu minum tapi kurang lama… Takpe lah, asalkan nak jugak… Skrg yang sebelah kiri dah kurang susu coz sebelum ni Ummi tak pam pun… Skrg, Ummi dah tahu & dah ada Spectra 3, Ummi kerap pam & susu dah makin bertambah… Sebelum nip am, menitik2 je, skrg dah memancut2… Alhamdulillah…*

*Inilah kisah Ummi start BF Anas… Semoga air susu Ummi yang masuk ke perut Anas menjadikan Anas anak yang sihat, cergas, cerdik. Apa yang paling Ummi & Abah harapkan, Anas jadi anak yang soleh yang taat perintah Allah, ikut sunnah Rasulullah, sayang dan ingat jasa Ummi & Abah. Jangan lupakan kami bila Anas dah besar nanti.*

Ummi & Abah sayang Anas

5 comments:

Suziey Ahmad said...

terharu sgt baca kisah ni..experience yg sama akk lalui..tp akk xkuat semangt..so bf aQeel smpai 5 bln jek..mase tu kurang pendedahan..sedih sgt..tp nk buat camne..dh lepas..akk berazam nk fully bf 2nd baby,...insyaAllah..
to u...good luck ok..caiyok2:) menjadi ibu yg menyusukan anaknya adlh indah sgt...akk dh rs perasaan tu:)

Ummi Shira (AshAnas) said...

::[-suziey-]::
takpe, wish u good luck for 2nd baby tu... ehem2, agak2 bila tu? shira br lps tahap 3 bulan. hope berjaya sampai habis... puas tgk dia membesar dgn susu kita kan...

Ummi Salsabila said...

shira,samala kite..mula2 tu ujian btolkan.bby pun xpandai lg.kuatkan smgat gak.Alhamdulillah berjaya..

Fazlinil Irma said...

hai...byk kisah shira ni buat akak tersedih kejap..

dulu kita sama2 sekolah bertepuk tampar..la ni dah besar cerita pasal anak pulak..hehe

Ummi Shira (AshAnas) said...

::Ummi Salsabila::
Betul tu, yang penting kita sbgai ibu baru, kena kuat semangat... Demi anak yang kita dah kandung hampir 10 bulan tu kan...

::fazlinil irma::
skrg tgh sedih, tu byk kisah sedih kot... dua tiga menjak ni asyik tak sihat je kak... stressed keje kot... tp, anas tak diabaikan, abah anas je mcm terabai sikit... sian dia... huhu..

kak, malu la ingat zaman skolah... hehe...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi