"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Thursday, August 6, 2009

Anas menang!


Menang? Menang ape ek? Hehe... Ni Ummi nak cerita nih...

Hari Selasa hari tu, Kak Long Siti Aisyah ada cakap kat Ummi pasal Pertandingan Bayi Comel kat Stadium Alor Setar, anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sempena Karnival Koperasi kat stadium yg berlangsung sepanjang minggu ni...

Pertandingan tu depa buat hari Rabu, so Kak Long suh Ummi gi la bawak Anas... Hehe... Ummi cakap kat Abah & Abah pun sangat excited nak pergi... Ummi Norsiah pun dah daftarkan nama Anas... So, petang semalam Abah keluar awal dari ofis & dtg ofis Ummi, tukar kete, gi amik Anas kat nursery coz Ummi busy sikit petang smlm, buat cashflow, expected FV for project baru... Untuk projek ni, kami kena buat bank guarantee untuk bond... So, bank mintak la expected FV, cashflow tu la... Ummi mmg belajar dulu, tapi dah lama la... Tak bape nak ingat sangat dah... Mengambil masa jugak la nak buat tu, tu yg lmbt sket ptg smlm... Tapi janji nak bawak Anas join contest tu tetap ditunaikan... 5.45pm baru Ummi keluar ofis... Sebbaik stadium dkt je ngn ofis Ummi... So, terus gi sana la...

Sampai kat sana, ramai dah baby2 kat booth tu... Ummi ingat contest amik2 gambar ke... Rupenya diorang interview ibu & baby... More on kesihatan baby la coz yg interviewer tu pun mmg dr Jabatan Kesihatan... Mule2 Ummi pakaikan Anas baju biasa2 je... Dlm dok tunggu turn tu, dgr DJ dok ckp2 pengadilan berdasarkan bla..bla...bla... salah satunya is pakaian... Ape lagi, Abah pun ajak masuk kete balik salin baju Anas... Ummi mmg bawak baju cantik la untuk Anas... Hehe....

Pastu masa gi balik kat booth tu, cuma 2 org peserta je yg tinggal... So, Anas the last one la yg kena interview...

Soalan2 interview ya... (JK-Wakil Jabatan Kesihatan, UA-Ummi Anas)

JK: Ibu, anak nama apa?
UA: Shaakira Uzir, anak Anas bin Ahmad Ashraf
JK: Bghapa bulan dah ni?
UA: 4bulan lebih
JK: Beghat dia bghapa skrg?
UA: 5.6 kg la lebih kurang, last timbang 2 minggu lepas
JK: Beghat dia masa lahir?
UA: 2.8kg
JK: Ada peningkatan yg baik la no kat situ
UA: Alhamdulillah
JK: Dia minum susu apa la ni?
UA: (Dengan bangga utk Anas) Susu badan! :D
JK: Ekslusif ka?
UA: Ya!
JK: Takdak campuq2 ayaq masak?
UA: Dak!
JK: Susu formula pun dak no?
UA: Dak!
Pastu JK pegang ubun2 Anas...
JK: Dia boleh apa dah la ni?
UA: Dah meniarap, dah boleh gelak2 dah...
JK: Pandai carik bunyi dak? Bila panggil nama dia, dia beghalih dak?
UA: Kalih
Kebetulan ada rattle Anas yang kami bawak skali, so JK pun test la... Yup, Anas mmg dah pusing2 carik bunyi rattle tu...
JK: Dia kalih no... Ok lah, selesai dah...
UA: Ok, tima kasih na..
Kebetulan hujan lebat sangat time tu... So, kami tunggu dulu kat booth tu sementara nak tunggu hujan reda, nak ke khemah utama kt seberang booth tu ja.... Lama sangat sampai nak announce keputusan dah, ada sorang kakak ni kasik payung kat kami suh kami ke khemah utama... Samai kat sana, temat duduk yang belakang2 sume dh penuh... So, kami pun dok depan2 pentas la... Memang tak harap nak menang pun, dpt saguhati pun ok... Syok2 je nak Anas masuk contest nih...

Masa announce saguhati, takde nama kami, so mmg rasa2 Anas tak menang la... Coz ramai lagi yang join kan... Diorang sume dtg awal, kami je yg lambat... So, Ummi ajak Abah balik coz dah dekat kul 7.00 pm time tu... Masa tu diorang dok announce tempat ke-3 dan ke-2, nama Anas takde pun, so mmg betul nak balik dah la... Tetibe, diorang umum nama Ummi & nama Anas, johan... Waa... Hahaha.... Malu la Ummi nak bangun naik pentas... Tapi gi jugak la... Malu gilos... Naik atas sume suh tayang Anas, haha... Malu, malu, malu...

Tahniah Anas... Anas dapat hamper toileteries baby... Lepas sembang2 sikit ngan penganjur, kami pun cha-alip-ba-wau-ta = chabut... Dah kul 7 dah, tak elok kan nak tunggu lama2 waktu Maghrib ni...

Anas kat stadium, booth Pertandingan Bayi Comel



Anas johan contest, gi amik hadiah atas pentas...

Balik umah, kami pun snap la gambar Anas byk2 dgn hadiah dia tu... Best sgt tengok... Hehe...




Ni plak aksi Anas terkedip2 mata tahan angin dari kipas besar kat booth tu... Klakar sgt Ummi & Abah tengok... Hahaha..


Ummi & Abah sayang Anas

15 comments:

Ibu Ayra said...

tahniah anas... semlm makyah ada bgtau yg anas menang, dia ada cita sket2... pasnih bleh masuk baby contest lagi...

ezan said...

tahniah anas... anas memang leh menang pun sebab comellll sgtttttttt...

umihaikal said...

syoknyer...anas dpat hadiah la..:)

f a i z a h 's said...

tahniah anas, ummi anas n abah anas... hik3...mmg anas patut menang sbb comel n baek sgt2.... :P

alinalan said...

Wah Anas menang! Cayolah. MMurah rezeki anas. No 1 tuh... Tahniah ummi.

Atiqah said...

tahniah anas..tahniah kak shakira..

Nadiah Sidek said...

wah..anas menang ye! tahniah! :)

sal said...

alaaa comelnye anas. kecik2 dah jadik johan.

Suziey Ahmad said...

tahniah anas...mmg comel..hehehe..nk sket hadiah tu bole..ekekL:D

mama uzma said...

taniah anas...
suka sgt tau......

UmmiKhayra said...

Wahhh... Tahniah Anas.. :) Pasni bleh join contest lain lak... Lagipun, anas memang kiut sgtttt... :)

Ummi Salsabila said...

yey! anas menang.anas mmg comei..tahniah anas!

isya said...

tahniah anas...

Ummi Shira (AshAnas) said...

thank you auntie2 sume wish utk Anas... Ummi tak bukak lg hamper tu coz Ummi ckp sabun Anas byk lagi...

aisyahumaira said...

alahai..comelnye anas..tahniah...
anas sebaya anak sy la..beza dlm 25hari je...skrg dh pndai nk merangkak..

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi