"Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin..."

Ads

Exchange Link di sini

Blog ini adalah berkenaan parenting dan cerita tentang AshA's FaMiLy, cerita untuk anak-anak kami...

Saya seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Saya sangat suka berkongsi tentang breastfeeding dan saya menyokong breastfeeding. Saya bersedia berkongsi dengan pembaca, anda tanya, saya cuba jawab....

Saya juga sangat berminat dengan pendidikan dan tarbiyah awal anak-anak. Apa yang saya dapat, saya kongsi di sini. Harap anda juga dapat berkongsi dengan saya.

Semua tulisan dan gambar2 di sini adalah hak milik AshA's FaMiLy, kecuali yang telah dinyatakan telah di ambil dari mana2 sumber.

Harap pembaca menghormati hak milik saya. Sila maklumkan pada saya jika ingin ambil apa2 dari sini ya! Jangan la copy & paste tanpa kredit pada saya....

Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit kajian dan perbincangan.

Sekiranya pembaca tidak selesa dgn tulisan ini, sila maklumkan secara privacy kpd saya dan anda boleh close blog ini sekiranya anda merasakan entry dalam blog ini tak berkaitan dan tak sesuai dgn anda... Janganlah sengaja nak mensensasikan blog comel saya ni...

Harap maklum dan Selamat Membaca!

Wednesday, July 1, 2009

Apa dah terjadi pada Ummi?

Dah 2 hari Ummi tak dapat ziarah blog kengkawan dan tak dapat mencoret apa2 kat blog Anas... Apa dah terjadi kat Ummi sebenarnya?

Hari Isnin malam tu lebih kurang pukul 10 lebih, Ummi nyusukan Anas macam biasa & nak tidurkan Anas... Lama gak Anas menyusu... Lepas menyusu agak lama, (Ummi ingat Anas dah kenyang) Anas nangis lagi, bagi susu tak nak, bagi puting pun tak nak jugak... Ummi plak rasa letih yang lain macam sangat... Agaknya sebab migraine (yang agak kuat sejak hari Ahad).... So, Abah amik dukung Anas pujuk Anas macam2 cara... Masa Abah tengah pujuk Anas tu, tiba2 Ummi rasa letih yang sangat2 macam makan ubat batuk, mengantuknya... Padahal Ummi langsung tak amik ubat yang mengantukkan...

Lepas tu Ummi rasa nafas Ummi lain macam, laju sangat... Ummi tengok Abah, Abah tanya Ummi kenapa... Tapi Ummi tak boleh cakap, lidah & mulut Ummi rasa kebas sangat... Abah dok tanya Ummi lagi, kenapa... Tapi Ummi tak tau nak bagi respon macam mana nak bagi Abah tahu yang Ummi rasa kebas satu badan... Kepala Ummi sakit sangat... Hanya mata Ummi yang bagi respon kat Abah, mana Abah pergi, mata Ummi ikut... Abah dah panik, letak Anas, Anas nangis... Abah dah jadi serba salah, isteri tak tahu kenapa, anak plak nangis tak nak letak...

Dalam kalut, Abah called Mak Yah, jiran sebelah (juga mama kpd Ibu Ayra)... Tak lama lepas tu Mak Yah sampai... Ummi sedar tapi Ummi langsung tak boleh cakap, habis kebas... Mak Yah picit2 kepala Ummi, tangan, kaki, bagi air Yaasin, sapu kat kepala, bagi minum... Ummi dah rasa ok sikit... Ummi tido sekejap... Tiba2 Ummi rasa kaki Ummi kebas, cakap kat Abah, Abah picit2kan... Lepas tu tangan plak... Abah & Mak Yah tolong picit... Tengok keadaan Ummi makin teruk, Pak Cik Rosli, suami Mak Yah called Ustaz Ismail (Bang Eil, cousin Abah yang stay satu taman dengan kami)... Dalam diam rupanya Abah dah called Tok Mi (nenek Anas - dulu panggil Wan, baru tukar panggil Tok Mi, hehe)...

Tok Mi sampai dengan Mak Ngah... Masa tu tangan Ummi dah mula mengeras, Tok Mi cium pipi Ummi, usap2 pipi dan rambut Ummi. Ummi buka mata tengok Tok Mi, hanya air mata yang mampu Ummi balas... Nak cakap tak boleh... Lepas tu Kak Lin (isteri Bang Eil) sampai, picit tangan Ummi yang keras... Semua yang ada pujuk suh gi hospital, Ummi tak nak... Ummi takut kena tahan... Kalau Ummi kena tahan, Anas mcm mana...

Last2 Tok Mi called Atuk kat SP cakap keadaan Ummi... Atuk suh bawak gi KMC (Kedah Medical Centre). Dalam terpaksa, Ummi pergi jugak... Malam tu Mak Yah sekeluarga tolong jaga Anas sekejap... So, gi kat emergency terus la... Sampai kat emergency kul 12.30am... Ummi cite kat Dr. Siva apa yang berlaku... So, Dr. Siva cakap, kena tahan... Dia salah faham, ingat Ummi ada simptom tarik or strok... Alhamdulillah, before dia buat keputusan, dia called doktor pakar dulu... Dr. Ismayatim cakap tu bukan strok or tarik... Dia nasihatkan Ummi balik berehat dulu, datang balik esok pagi... Fuh, lega Ummi dengar... Ummi risaukan Anas je...

Tok Mi suruh tido kat Bukit Indah malam tu... So, kami balik Taman Bunga Raya, packing & amik Anas kat umah Mak Yah terus balik Bukit Indah... Sebelum tido, sekali lagi jadi cam tadi tp sekejap je... Anas plak nangis je, langsung tak nak Abah pujuk... Last2 Ummi suh Abah pasang buaian, letak Anas dalam buaian, kul 2.45am br Anas tido...

Esok pagi masa bangun tido, Ummi tanya Abah, Abah ke yang letak Anas sebelah Ummi? Abah cakap tak... Mungkin dalam tak sedar dan dah kebiasaan Ummi amik Anas tido sebelah Ummi, nak nyusukan Anas, Ummi sendiri yang angkat Anas.... Haha... Lepas Subuh, Ummi tido balik, tangan sebelah kiri masih rasa lenguh dan kebas... Pukul 9 lebih, bersiap pergi balik ke KMC... Tok Mi dan Abah amik urgent leave nak bawak Ummi gi KMC... Hantar Anas kat nursery dulu...
Jumpa Dr.Ismayatim, Ummi citer ape yang berlaku, setelah dianalisis, Dr. cakap Ummi kena high ventilation... Apa itu high ventilation? Baca kat sini.

Kenapa leh jadi camtu?

Mungkin disebabkan sakit kepala atau sakit perut atau menahan sakit lain yang teramat sangat, atau takutkan sesuatu, mcm kena kejar hantu ke... (hehe...) Or mungkin tahan marah, stress....

Badan akan jadi menggigil dulu, kemudian nafas akan turun naik laju sangat sampai kita sendiri tak boleh nak control pernafasan kita...

Bila bernafas terlalu laju, mulut dan lidah akan jadi kebas kemudian satu badan akan jadi kebas... Bila jadi camtu, sebenarnya oksigen dilepaskan terlalu banyak sehingga tak sempat nak proses karbon dioksida masuk balik... Sebab tu jadi kebas...

Bila kurang karbon dioksida dalam badan, kalsium pun turun, sebab tu tangan jadi mengeras...

Bagaimana nak hadapi situasi cemas camni?

Kadang2 si pesakit tak begitu tenang dan lagi panik bila jadi camtu... So, dia tak boleh fikir apa2, sama cam situasi Ummi sedangkan Ummi pernah jadi camtu 12 tahun lepas... So, sapa2 yang ada dekat dgn pesakit, nasihatkan dia supaya tarik nafas dalam2, lepaskan perlahan2...

Kalau dia tak boleh bernafas perlahan2, amik plastik, pekup kat mulut dia... So that, dia akan bernafas dalam plastik tu & karbon dioksida akan dapat masuk balik dlm paru2 pesakit...

Ummi siap buat ujian darah... Alhamdulillah darah Ummi ok... Lepas balik dr KMC, Ummi betul2 dah rasa ok... Tapi malam td lps Maghrib sekali lagi jadi camtu... Mungkin disebabkan stress coz Ummi banyak fikir kerja Ummi yang tak siap2 kat ofis... Malam tadi jadi teruk sikit coz Ummi langsung tak boleh berdiri... Rasa terlalu lemah... Bila berdiri je rasa nak jatuh... Pinggang tak kuat... Lepas tu, terus makan nasi & makan ubat... Ubat tu ada kesan mengantuk... Memang Ummi dapat rest lah makan ubat tu... Abah bagi Anas tido coz Abah nak balik rumah sekejap amik baju Abah nak gi keje...

Ummi pulak langsung tak sedar apa2 time Anas nangis kuat... Tok Mi datang amik Anas baru Ummi sedar... Bagi Anas menyusu, baru Anas senyap... Ummi tengok jam, dah pukul 11.00pm rupanya... Patut la Anas nangis kuat, Anas lapar... Last skali Anas nyusu sebelum Ummi tido, kul 8.oopm... Kesian Anas, Ummi sakit, tak boleh nak bagi perhatian kat Anas... Ummi minta maaf ye sayang... Ummi janji Ummi akan jaga kesihatan Ummi baik2 demi Anas dan Abah tersayang...

Ummi & Abah sayang Anas

3 comments:

Suziey Ahmad said...

uish ngerinye..dgn anas nangis lagi..agknya anas pn paham ummi dia sakit..syukur xde ape yg teruk..hope everything will be fine ok..take care ummi:)

Fazlinil Irma said...

siannya..terkeluar airmata sikit baca entry ni..takut jugak akak bila baca..
ehm..relax..jangan stress sangat..
sian kat anas..
jaga kesihatan baik2 tau...

Ummi Shira (AshAnas) said...

::[-suziey-]::
::fazlinil irma::
thanks a lot... doa kan saya ek...

Now it is easy to present special someone a great personalized photo gift.

Happy Breastfeeding!

Happy Breastfeeding!

My Breastfeeding Achievement Awards

Lilypie Breastfeeding tickers
Silver 6 weeks
Rose Quartz 3 months
Garnet 6 months
Amber 9 months
Gold 12 months
Emerald 18 months
Sapphire 2 years

Our Family

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Anas-Ummi-Abah

Anas-Ummi-Abah

Anak susuan AshA's Family

Anak susuan AshA's Family
Akifah Solehah bt Faidzul Mursyidi