Tahukah anda bahawa bahan yang dibuat dari plastik seperti botol plastik, tidak semuanya selamat digunakan. Tentunya kita tidak tahu plastik mana yang selamat dan yang tidak selamat untuk digunakan. Namun telah ditetapkan secara antarabangsa menggunakan kod dan simbol yang sama. Tahap selamat dari setiap bahan plastik dinyatakan dalam kod atau simbol yang biasanya terdapat atau dicantumkan pada bahan plastik tersebut. Kod ini dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan diselaraskan oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization).
Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:
1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga
Tanda pengenalan plastik itu dibahagi kepada 7 jenis. Tanda-tanda plastik tersebut adalah:
JENIS PERTAMA:
Tanda ini biasanya tertera logo segitigadengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih(transparent) seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. BOTOL JENIS PET/PETE ini HANYA SEKALI PAKAI. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air suam ataupun panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik (dapat menyebabkan kanser) dalam jangka panjang.
JENIS KE 2:
Umumnya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo tigasegi dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu,tupperware, kerusi lipat, dan lain-lain. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sama seperti PET, HDPE juga hanya untuk sekali pemakaian kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat.
JENIS KE 3:
Tertera logo tigasegi (kadang-kadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V. V itu berartiPVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling susah dikitar semula. Plastik ini boleh dilihat pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang dibuat dari polietilena atau bahan semulajadi(daun pisang misalnya).
JENIS KE 4:
Tertera logo tigasegi dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (low density polyethylene) iaitu plastik jenis coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak), biasa digunakan untuk bekas makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembik.
Sifat jenis plastik LDPE adalah kuat; agak tembus cahaya; fleksibel dan permukaan agak berlemak; pada suhu di bawah 60oC sangat resisten terhadap kimia; daya perlindungan terhadap wap air yang baik; kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen; plastik ini boleh dikitar semula, baik untuk barang-barang yang memerlukan kelenturan tetapi kuat, dan memiliki resistensi yang baik terhadap reaksi kimia.
Barang berbahan LDPE ini susah dihancurkan, tetapi tetap baik untuk bekas makanan kerana sukar bereaksi secara kimia dengan makanan yang disimpan dengan bahan ini.
JENIS KE 5:
Tertera logo tigasegi dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi. Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk bekas makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan terpenting botol minum untuk bayi. Carilah dengan kod angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan berbagai makanan dan minuman.
JENIS KE 6:
Tertera logo tigasegi dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. PS (polystyrene) ditemukan tahun 1839, oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minuman sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga boleh diperolehi dari asap rokok dan asap kenderaan. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita dan pertumbuhan dan sistem saraf dan bahan ini juga susah dikitar semula. Bahan ini memerlukan proses yang sangat panjang dan lama. jika dikitar semula Bahan ini dapat dikenali dengan kod angka 6, namun bila tidak tertera kod angka tersebut pada barangan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga, dan meninggalkan jelaga.
JENIS KE 7:
Tertera logo tigasegi dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu :
1. SAN – styrene acrylonitrile,
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene,
3. PC – polycarbonate; dan
4. Nylon.
Biasa digunakan sebagai bekas makanan dan minuman seperti botol minum ahli sukan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan. SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan berus gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.
Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat.
Dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
Apakah yang Dapat Kita Peroleh dari Informasi SIMBOL PLASTIK Tersebut?
Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6, dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!
Adalah selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)
Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.
Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botolstainless steel atau gelas/kaca.
Elakkan memanaskan makanan yang disimpan didalam plastik, khususnya pada microwave oven, bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di dalam microwave oven.
Elakkan menggunakan plastik untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. Cubalah untuk menggunakan bekas kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan. Elakkan penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunalah alat makan stainless steel, kaca,ceramic atau kayu.
Bahan Plastik Yang Selamat
Sebelum membeli makanan atau minuman, masyarakat seharusnya memilih bahan plastik yang selamat untuk digunakan. Untuk mengetahui bahan plastik yang selamat digunakan, lihatlah nombor-nombor yang tertera. Nombor itu biasanya berada di dalam segitiga tanda panah melingkar dibahagian bawah. Setiap nombor menunjukkan bahan yang digunakan.
Nombor 1:
Polyethylene terephtalate (PTE atau PETE), biasa digunakan menyimpan air minum, minuman ringan berkarbonat, jus buah-buahan, minyak masak dan jeli.
Nombor 2:
High density polyethylene (HDPE), biasa digunakan untuk menyimpan susu, yogurt.
Nombor 4:
Low density polyethylene (LDPE), biasa digunakan sebagai cling wrap, plastik roti, makanan beku dan botol plastik yang dapat ditekan.
Nombor 5:
Polypropylene (PP), biasa digunakan untuk menyimpan sup, sos tomato dan margerin.
Diantara jenis plastik tersebut yang relatif paling selamat dan telah diuji oleh (FDA) adalah PET (nombor 1). Jadi, bila botol air minuman kita bertanda nombor 1, bermakna dibuat dari PET; plastik itu selamat untuk menyimpan makanan atau bersifat food grade.
Bahan Plastik Yang Tidak Selamat…!!!
Berikut adalah jenis plastik yang penggunaannya tidak diperbolehkan untuk bekas makanan kerana mengandungi bahan berbahaya yang dapat berpindah ke makanan.
Nombor 3:
Polyvinyl chloride (PVC atau disebut vinil). Plastik ini sering dibuat cling wrap. Sering juga dipakai untuk bekas coklat. Ada juga botol plastik yang dapat ditekan (untuk pengeluaran bahan) dibuat dari PVC.
Nombor 6:
Polystyrene (PS), biasanya digunakan untuk membungkus buah dan sayuran.
Nombor 7:
Jenis plastik lainnya, terutama polycarbonate. Plastik ini mengandungbisphenol-A yang berbahaya. Plastik ini tahan suhu tinggi. Ada yang menggunakan sebagai botol susu bayi dan alat-alat makan (sendok, garpu, pisau plastik).
Hindari Panas Minyak
Penggunaan plastik untuk membungkus makanan juga perlu dielakkan. Hindari memanaskan makanan dengan cara dibungkus dengan bahan yang dibuat dari plastik dalam microwave.
Elakkan menggunakan tempat dari bahan plastik untuk menyimpan makanan panas, apalagi berminyak, dalam microwave.
Kesimpulan:
Plastik sangat berbahaya jika terkena air / makanan yang panas. Jangan masak atau mencedok nasi dari periuk dengan menggunakan penyedok yang dibuat dari plastik. Sentiasa gunakan peralatan plastik yang ada tandafood grade.
Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan sbb amik guna hp je.
Boleh nampak kan nombor 5 dan tulisan PP tu.
*Lifetime warranty ni, kita leh tukar any produk yg rosak tapi bergantung pada jenis kerosakan. Kalau bekas yg kena gigit oleh cik tikus tu, mmg takleh tukar la...
3 comments:
assalamu'alaikum saya hanya ingin mengkonfirmasi artikel yang anda buat tentang jenis jenis plastik dan kode segitiga nya. Pada plastik jenis kedua HDPE anda menuliskan botol susu dan tuperware sebagai contohnya. tapi di bawah anda menjelaskan tuperware memiliki nomer kode 5 jadi mohon direvisi agar pembaca tidak bingung dan tidak salah info. maaf jika komentar saya mengganggu, saya hanya tidak ingin pembaca blog ini salah ilmu atau percaya dengan info yang salah. terimakasih wasalamu'alaikum
assalamu'alaikum saya hanya ingin mengkonfirmasi artikel yang anda buat tentang jenis jenis plastik dan kode segitiga nya. Pada plastik jenis kedua HDPE anda menuliskan botol susu dan tuperware sebagai contohnya. tapi dibawah anda menjelaskan tupperware termasuk plastik jenis baik nomer 5. saya menyarankan agar postingan tersebut direvisi agar tidak terjagi ambigu bagi pembaca. maaf jika komentar saya mengganggu, saya hanya tidak ingin pembaca blog ini salah ilmu atau percaya dengan info yang salah. terimakasih wasalamu'alaikum
Mohon baca semula dan fahami isi artikel itu.. jenis ke2 dan ke5 yg ditulis adalah lebih kurang sama.. selamat digunakan. Tetapi jenis yg ke5 lebih tahan lama. Di artikel berkenaan jenis2 plastik itu menerangkan tetntang kod2 segitiga pada plastik. Yg selamat dan tidak selamat dan jenis2 barangan yg utk setiap jenis plastik.
Kemidian saya mempromosi tentang tupperware brands, botol minuman itu menggunakan plastik dari jenis kod yg ke5. Ia langsung tidak mengelirukan insya'Allah..
Post a Comment